Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kebaikan rumput untuk kucing

Kebaikan Rumput Untuk Kucing

Kucing peliharaan kita yang selalunya kelihatan elegan dan bergaya juga tidak asing daripada telatah-telatah yang pelik dan mencuit hati, dan ia termasuk memakan rumput!

Betul, walaupun kedengaran pelik, ada sesetengah kucing yang akan memakan rumput, dan apa yang menarik ialah perbuatan ini sebenarnya mempunyai beberapa manfaat bagi kucing dari sudut kesihatan. Rumput adalah sumber laksatif semula jadi yang hebat untuk kucing, ia boleh membantu mencegah sembelit dan masalah gastrousus, serta menenangkan kucing anda, dan membantu mereka muntah untuk melegakan perut mereka. Oleh kerana rumput juga tidak bersifat toksik, maka ia tidak membawakan sebarang kesan negatif terhadap fisiologi kucing. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi lebih lanjut tentang kebaikan dan kenapa kucing makan rumput.

Apa kebaikan rumput untuk kucing?

Kucing merupakan sejenis haiwan karnivor, ia bermaksud sebahagian besar daripada diet asasnya terdiri daripada protein dan lemak haiwan. Tambahan lagi, sistem penghadaman kucing juga tidak berupaya untuk menghasilkan enzim-enzim tertentu bagi menguraikan bahan dan serat yang terkandung dalam rumput, ia bermaksud rumput bukanlah komponen yang natural dalam diet kucing. Jadi, mengapa kucing ada kalanya akan memakan rumput?

Tumbuhan rumput kucing makan ada pelbagai manfaatnya. Memandangkan serat yang terkandung dalam rumput tidak dapat dihadam oleh kucing, ia berfungsi sebagai laksatif semula jadi, justeru dapat mengelakkan kucing mengalami sembelit. Bukan itu sahaja, perbuatan mengunyah rumput boleh menggalakkan kucing untuk muntah sehingga dapat menyingkirkan bahan yang tidak tercerna termasuk gumpalan bulu yang ditelan si kecil. Rumput juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin, berfungsi sebagai suplemen pemakanan untuk kucing.

Bagaimana perbuatan memakan rumput bermanfaat untuk kucing

  1. Kucing memakan rumput sebagai suplemen kepada dietnya

    Kucing ialah haiwan karnivor, ia bermakna dietnya harus mengandungi protein dan lemak daripada haiwan. Meskipun rumput tidak tergolong dalam diet asas kucing, jangan terkejut jika si manja anda seronok mengunyah rumput, yang juga boleh menjadi pelengkap kepada dietnya menerusi kandungan vitamin, asid folik B9, dan mineral yang mungkin tidak terdapat dalam diet asasnya.

  2. Rumput berfungsi sebagai laksatif semula jadi untuk kucing

    Antara manfaat terbesar rumput ialah kandungan seratnya yang tidak dapat dihadam oleh enzim-enzim dalam perut kucing. Oleh itu, di samping membantu menggalakkan kucing untuk muntah, lalu menyingkirkan bahan-bahan tidak dihadam daripada saluran penghadaman, serat dalam rumput juga boleh mengelakkan sembelit, berfungsi sebagai laksatif semula jadi untuk kucing. Manfaat rumput bagi kucing juga meliputi pencegahan pembiakan cacing dalam perut.

  3. Rumput melegakan gangguan perut bagi kucing

    Apa kebaikan rumput untuk kucing? Selain boleh menyebabkan obesiti, tabiat makan berlebihan juga boleh menyebabkan ketidakhadaman atau gangguan perut bagi kucing, lalu mendorong ia untuk memakan rumput. Kucing akan makan rumput untuk mencetus reaksi muntah, dan merupakan kaedah yang selalu digunakan oleh kucing bagi menangani masalah ketidakhadaman. Ini adalah kerana kucing tidak berkeupayaan untuk menghadam rumput sebab perutnya tidak dapat menghasilkan enzim-enzim tertentu bagi memproses rumput, lalu ia akan memuntahkan rumput berserta makanan yang tidak dihadam.

  4. Kucing akan memakan rumput untuk meluahkan keresahan

    Anda tertanya-tanya apa kebaikan rumput untuk kucing? Tumbuhan rumput kucing makan ada pelbagai manfaatnya. Jika anda sudah lama bergelar sebagai pemilik kucing, anda pasti sedar tentang sifat kucing yang suka menyendiri serta kesukarannya untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan drastik dalam persekitarannya. Perubahan drastik yang dimaksudkan adalah seperti berpindah ke rumah baharu, yang boleh membuat kucing berasa resah dan tertekan. Jika anda melihat kucing anda memakan rumput maka ia mungkin berpunca daripada faktor berkenaan, di mana mengunyah rumput boleh membantunya meredakan keresahan.

  5. Ada kucing yang memang suka memakan rumput

    Selain menjadi ekspresif dan pintar, kucing juga tidak asing dengan pemakanan aneh yang menghiburkan. Jadi, jangan terkejut jika anda melihat kucing anda saja-saja mengunyah rumput. Bukan semata-mata kerana manfaat rumput tersebut, ada kucing yang memang suka mengunyah rumput tanpa sebarang sebab.

Adakah selamat untuk kucing memakan rumput?

Sebagai haiwan karnivor, kucing memerlukan protein dan lemak daripada haiwan, dan rumput bukanlah asas dalam dietnya. Bagaimanapun, memandangkan rumput kucing tidak bertoksik selain boleh memberi manfaat kepada kucing anda, maka ia selamat untuk dimakan asalkan dalam jumlah yang sederhana. Pemilik kucing harus memastikan bahawa si manja mereka tidak memakan rumput secara berlebihan bagi mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini.

Selain memastikan rumput yang dimakan oleh kucing anda tidak bertoksik, anda juga perlu memastikan rumput tersebut bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya seperti racun serangga dan tumbuhan misalnya. Sementara itu, jika anda memiliki tumbuhan di dalam rumah, maka kucing mungkin lebih cenderung untuk memakan tumbuhan tersebut dengan menganggap ianya rumput. Jadi, untuk memastikan tumbuhan di dalam rumah anda selamat, anda boleh menyediakan sebekas tumbuhan rumput untuk dinikmati oleh si manja anda.

Soalan-Soalan Lazim

 
  • Bolehkah saya biarkan kucing saya memakan rumput?

    Anda tertanya-tanya kenapa kucing makan rumput? Meskipun rumput tidak tergolong dalam diet natural kucing, ia sebenarnya tidak memudaratkan untuk diambil oleh kucing. Tumbuhan rumput kucing makan ada pelbagai manfaatnya, misalnya untuk meredakan keresahan dan menangani sembelit dengan berfungsi sebagai laksatif semula jadi. 

  • Adakah kucing akan memakan rumput apabila ia sakit sahaja?

    Biarpun rumput kucing berguna sebagai sumber laksatif semula jadi, kita tidak dapat katakan bahawa kucing hanya akan memakan rumput apabila ia sakit. Jika anda tertanya-tanya kenapa kucing makan rumput, ada sesetengah kucing memang tabiatnya suka mengunyah rumput.

  • Adakah kucing akan memakan rumput untuk melegakan perutnya?

    Tumbuhan rumput kucing makan ada pelbagai manfaatnya. Kucing akan makan rumput untuk membuatnya muntah, yakni bagi menyingkirkan makanan tidak dihadam serta partikel bukan makanan seperti gumpalan bulu daripada saluran penghadamannya. Di samping itu, rumput kucing juga berfungsi sebagai laksatif semula jadi yang boleh mengatasi masalah sembelit serta cacing dalam perut.

  • Adakah rumput berfungsi seperti catnip?

    Mengunyah rumput tidak mempunyai kesan yang sama seperti catnip bagi kucing. Ini adalah kerana catnip mengandungi bahan kimia bernama nepetalakton, iaitu pemikat kucing yang boleh membuat haiwan ini berasa khayal untuk seketika. Rumput kucing pula tidak mempunyai kesan seperti itu.

  • Adakah kucing akan memakan rumput jika mengalami masalah cacing?

    Cacing dan parasit dalam perut kucing boleh menyebabkan pelbagai masalah penghadaman seperti mual, cirit-birit, muntah, dan dehidrasi. Oleh kerana rumput berfungsi sebagai laksatif semula jadi, jadi kucing biasanya akan memakan rumput untuk menyingkirkan anasir-anasir seperti cacing daripada sistem penghadamannya.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah