Sheba® Bahan Makanan Kucing
Mana-mana tukang masak akan memberitahu anda, makanan yang baik bergantung pada ramuan yang berkualiti. Jadi, apabila mencipta resipi kami, kami mendapatkan ramuan yang terbaik dari alam semula jadi: protein berkualiti tinggi, herba segar dan sayur-sayuran. Semua hidangan SHEBA kami penuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan kucing anda – dan langsungtiada bahan tambahan yang tidak berkhasiat.




Dari mana asal-usul makanan kita?

Kami mendapatkan ramuan yang berkualiti tinggi dan boleh dikesan untuk resipi lazat kami. Memandangkan kucing adalah karnivor, kami menggunakan protein berkualiti tinggi untuk memastikan mereka kekal sihat secara fizikal. Sudah tentu sayur-sayuran juga penting, jadi kami masukkan ke dalam hidangan kami untuk memastikan ia kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.

SEDIA, MULA, MASAK

Kami mengolah ramuan berkualiti tinggi kami dengan teliti untuk mengekalkan kebaikan nutrisi. Itulah sebabnya kami memasak ketulan di dalam ketuhar sehingga ia betul-betul enak dan kemudian mencarik secara perlahan untuk memastikan teksturnya sesuai untuk kucing kami. Malah pembungkusan kami yang mudah dihidangkan adalah direka untuk mengekalkan kesegaran.

DIPERAKUI OLEH VETERINAR (DAN KUCING)

Semua resipi SHEBA perlu melalui proses yang mencabar. Mereka dibangunkan bersama saintis dan veterinar di Institut Sains Waltham Petcare kami untuk memenuhi semua keperluan pemakanan kucing anda. Kemudian kami menghantar produk kami untuk diluluskan oleh makmal bebas. Akhirnya, ujian yang paling penting: kucing! Resepi SHEBA ini akan dihidangkan untuk memastikan hidangan ini digemari oleh kucing.
