Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Petua Bermain Dengan Kucing

Petua Bermain Dengan Kucing

Hidup para pemilik kucing menjadi lebih ceria dengan adanya anak-anak bulus di rumah. Haiwan yang manja dan riang ini boleh membuat kita terhibur menerusi celoteh dan keinginannya untuk sentiasa bermain.

Selain membuat kita terhibur, aktiviti bermain adalah penting untuk kucing kecil dan juga dewasa, kerana ia membekalkan rangsangan mental bagi pembangunan otak yang sihat sepanjang proses pembesarannya. Tambahan lagi, kucing anda juga akan kekal aktif secara fizikal dengan bermain, membolehkan mereka menggunakan tenaga yang terpendam dengan sebaiknya. Pengetahuan mengenai cara bermain dengan kucing juga dapat membolehkan kucing merungkai personaliti uniknya, justeru mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kepercayaan antara pemilik kucing dan si bulus mereka.

Kenapa Kita Perlu Bermain dengan Anak Kucing?

Anak kucing mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, selain interaktif dan nakal, dan dengan bermain, ia menyumbang kepada pembangunan fizikal dan keupayaan koordinasi kognitif si manja. Aktiviti bermain juga merupakan satu bentuk interaksi sosial yang penting dalam kalangan kucing, ia membolehkan anak kucing belajar menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi sosial, selain memperbaiki kemahiran komunikasi mereka. Jadi, bagaimanakah cara mengajak kucing bermain tanya anda?

Cara bermain dengan kucing sepatutnya berubah mengikut usia si manja. Kucing kecil dan dewasa merupakan sejenis pemangsa dalam habitat semula jadinya, dan naluri memburu seperti menghendap, menerkam, menggigit, dan mencekau boleh diperkembangkan sambil bermain dengan kucing. Malah, kemahiran ini mula terbentuk sementara anak kucing baru berusia 14 minggu.

Selain menjadi outlet untuk kucing meluahkan naluri pemangsanya, sesi bermain dengan kucing juga boleh membantu si manja mencorak koordinasi dengan manusia kegemarannya, justeru dapat dilatih untuk melakukan sesuatu dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, bermain juga boleh membantunya mengelakkan kebosanan, di samping mendapatkan senaman fizikal yang mencukupi.

Jenis-Jenis Permainan yang Disukai Kucing

  • Permainan Interaktif - Ada kucing kecil dan dewasa yang mempunyai sifat manja yang tinggi, dan amat suka bermain dengan manusia kegemarannya.
  • Permainan Bersendirian - Kebanyakan kucing mempunyai sifat introvert dan adalah pemalu secara alamiah, dan biasanya suka bermain bersendirian bersama mainan kegemarannya.
  • Permainan Kombinasi - Ada kucing juga yang suka bermain bersama pemiliknya dan juga secara bersendirian dari masa ke masa.

Cara-Cara untuk Bermain dengan Kucing

  • Berseronok dengan Mainan Kucing

    Jika anda ingin mengetahui cara mengajak kucing bermain, cuba perkenalkan mainan kucing untuk si manja anda. Mainan gigit untuk kucing yang berunsurkan ‘catnip’ atau ‘silver vine’ juga boleh menjadikan sesi bermain lebih menarik untuk kucing.

  • Cipta Mainan untuk Si Manja

    Macam mana nak bermain dengan kucing? Apa kata anda cuba hasilkan sendiri mainan untuk kucing anda dengan mengitar semula barangan, ia bukan sahaja ‘mesra poket’, tapi anda juga boleh mencungkil kreativiti anda pada masa yang sama.

  • Main Sembunyi-Sembunyi, Kejar-Kejar dengan Kucing Anda

    Nak tahu lagi cara bermain dengan kucing? Kucing penuh dengan tenaga dan amat aktif, menjadikan aktiviti bermain seperti sembunyi-sembunyi satu pilihan yang baik.

  • Rapikan Kucing Anda

    Untuk meluangkan masa berkualiti bersama si manja, anda juga boleh bantu merapikan bulu-bulu kucing anda yang kusut dan masai. Kucing sebenarnya suka dirapikan dan proses merapikan itu boleh mengeratkan lagi hubungan antara pemilik kucing dan si manja mereka.

  • Tonton TV Bersama-Sama

    Menonton TV bersama si bulus merupakan satu cara yang anda boleh manfaatkan untuk merungkai personaliti kucing anda sambil bermain dengannya. Kucing jarang sekali menolak peluang untuk mengerekot bersama manusia kegemarannya semasa anda sedang bersantai menonton rancangan TV.

  • Hidangkan Snek Kucing Melalui Cabaran

    Memandangkan kucing mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mainan kucing yang diisi dengan snek boleh membuat kucing anda terhibur untuk tempoh yang lama! Seperti yang kita ketahui, kucing memang suka makan, dan dengan menghidangkan makanan di dalam sebuah kotak khas untuk dikuis keluar oleh si manja, ia boleh menjadi satu bentuk aktiviti untuk kucing anda menguji kemahiran kognitifnya.

  • Sediakan Ruang Bermain Kucing

    Walaupun kita berhabis duit membelikan kucing kita tempat untuk ia “bersemayam”, kucing masih akan memilih kotak! Tidak kira apa jua saiz, kucing suka bermain dengan kotak-kotak kadbod dan juga beg kertas. Jadi, apa kata anda hadiahkan si manja anda ruang bermain kucing yang dipenuhi dengan kadbod untuk dinikmati oleh si manja anda sepuas-puasnya! Ruang bermain kucing juga boleh dijadikan lebih menarik dengan meletakkan cabaran-cabaran baharu, membuat kucing anda leka menghabiskan masanya di ruang bermain kucing ini. Jadi, anda patut mencuba kaedah ruang bermain kucing untuk keseronokan si manja anda!

  • Tidur Bersama-Sama

    Bukan semua sesi bermesra dengan kucing memerlukan anda kekal aktif bersama si manja. Kucing juga suka melelapkan matanya, jadi anda boleh menggunakan peluang ini untuk tidur bersama-sama dengan si manja untuk mengeratkan lagi hubungan antara anda berdua.

Apa yang perlu dielakkan semasa bermain dengan kucing

Anda harus peka mengenai sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kucing anda diberi rangsangan yang berlebihan, seperti:

  • Permainan seperti mengejar melibatkan keupayaan alamiah kucing untuk menghendap dan memburu mangsanya. Bagaimanapun, dengan membiarkan kucing anda menghendap sahaja dan bukannya juga memburu semasa sesi bermain, anda boleh membuat kucing anda berasa hampa.
  • Bermain dengan laser juga boleh membuat kucing anda lama-kelamaan hilang minat ke atas aktiviti tersebut. Memandangkan kucing tidak dapat menangkap laser ini, maka ia bukanlah sejenis permainan yang ideal untuk kucing.

Ingat!

  • Main bersama si manja setiap hari walaupun sekejap

    Aktiviti bermain dengan kucing memberi sumbangan yang besar ke atas pembangunan kognitif dan juga personaliti si manja. Oleh itu, dengan menikmati beberapa sesi bermain setiap hari walaupun sekejap, ia dapat membantu dalam pembangunan otak si manja, selain membuat kucing anda terhibur.

  • Berikan kucing anda peluang untuk menangkap mainannya pada penghujung setiap sesi permainan

    Kucing sememangnya gemar aktiviti bermain tangkap, disebabkan oleh naluri pemburunya seperti yang disebutkan tadi. Dengan membolehkan kucing anda menangkap mainan yang diburunya pada penghujung sesuatu sesi permainan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan si manja, tapi juga membentuk sifat kemandirian dan perasaan kejayaan untuk kucing anda.

  • Jangan paksa kucing anda untuk bermain atau dilatih

    Meskipun kucing juga mempunyai sifat-sifat mesra, manja dan berupaya untuk belajar helah-helah baharu dengan mudah, ia juga merupakan haiwan yang suka menyendiri. Oleh itu, jangan cuba paksa kucing anda untuk bermain atau dilatih jika ia tidak berminat untuk melakukannya.

  • Pada penghujung setiap sesi bermain bersama kucing, kemaskan mainan yang bertali atau apa-apa yang boleh membahayakan si manja anda.

    Memandangkan sekarang anda sudah tahu cara bermain dengan kucing anda, adalah penting untuk memastikan mainan dikemaskan selepas setiap sesi bermain. Mainan yang mempunyai tali atau sudut-sudut yang tajam boleh mencederakan kucing anda tanpa pengawasan anda.

  • Berseronoklah

    Ramai pemilik kucing yang suka bermain dengan si manja kerana ia dapat memberi mereka satu ketenangan, selain dapat menyumbang kepada pembangunan fizikal dan kognitif si bulus. Jadi, jika sebelum ini anda runsing tak tahu cara nak bermain dengan kucing anda, kini anda tidak perlu risau lagi.

Soalan-Soalan Lazim

  • Apakah tatacara yang betul jika seseorang ingin bermain dengan kucing?

    Pertama sekali, anda perlu mempunyai sikap bertimbang rasa ke atas keinginan dan sifat kucing anda. Setiap kucing mempunyai cara bermain yang berbeza dan adalah penting untuk mengetahui keinginan si manja anda agar mereka dapat berseronok dengan cara yang betul.

  • Bagaimana sepatutnya saya bermain dengan kucing peliharaan saya?

    Anda tidak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk bermain dengan si bulus, anda boleh menghiburkan kucing anda hanya dengan kotak kadbod sahaja misalnya! Anda juga boleh memperkenalkan mainan ‘catnip’ dan mainan DIY untuk si manja anda.

  • Apakah indikator yang menunjukkan kucing saya sedang bermain dengan saya?

    Permainan kegemaran kucing biasanya melibatkan penggunaan naluri pemburu semula jadinya seperti menghendap, menerkam dan mencekau. Jadi, jika kucing anda cuba menangkap atau menggigit jari anda secara manja, ia umumnya menunjukkan bahawa kucing anda sedang bermain dengan anda.

  • Apa yang paling disukakan oleh kucing?

    Kucing merupakan haiwan yang sangat manja jadi sesi bermain merupakan satu perkara yang amat dinanti-nantikan oleh si bulus. Bukan itu sahaja, kucing juga sukakan snek yang dihidangkan selepas waktu bermain atau latihan mereka berakhir.

  • Apa yang akan terjadi jika saya tak pernah bermain dengan kucing saya?

    Sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, adalah penting untuk kita bermain dengan si manja. Ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kita dengan si bulus, tapi juga membantu dalam pembangunan fizikal dan kognitifnya.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah