Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

KOMITMEN KAMI TERHADAP PEMBANGUNAN YANG LESTARI

Kami membuat makanan berkhasiat dan lazat yang disukai kucing anda, tetapi kami tidak berhenti di situ sahaja. Terokai tindakan kami untuk mencipta masa depan yang lebih mampan dan penuh harapan.

People with snorkels diving under water
A school of fish swimming in a circle
Ikan daripada
sumber perikanan yang lestari
Employee working on deliveries
MENCIPTA SEMULA
PEMBUNGKUSAN
Sun setting beyond the sea
MENANGANI
PERUBAHAN IKLIM
A Coral reef with blue fish swimming nearby
MEMULIHKAN
TERUMBU KARANG
Terumbu karang planet kita berada dalam keadaan yang berbahaya. Jika tidak dilakukan sesuatu, ekosistem yang penting ini akan hilang selama-lamanya. Tetapi masih ada harapan
Kami telah melancarkan program pemulihan terumbu karang terbesar di dunia untuk memelihara dan memulihkan keindahan lautan kita.

KETAHUI SHEBA HOPE GROWS

Ketahui lagi

PERIKANAN YANG LESTARI. MEMELIHARA SUMBER UNTUK GENERASI MASA DEPAN

Keutamaan Sheba adalah manawarkan makanan enak yang berintergriti kepada rakan kucing melalui pencarian sumber bahan mentah terbaik secara bertanggungjawab dan melalui proses pembuatan kami. Kami percaya bahawa makanan yang benar-benar enak, datang bukan sahaja daripada penyediaan pakar tetapi daripada ramuan terpilih yang diperoleh dengan berhati-hati. Untuk menyokong kami dalam matlamat pembangunan lestari kami, kami telah bekerjasama dengan Marine Stewardship Council, sebuah organisasi bukan untung antarabangsa yang mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada usaha untuk melindungi lautan dan melindungi bekalan makanan laut untuk masa depan.

Apabila anda melihat label ikan biru MSC pada produk Sheba, anda boleh merasa yakin bahawa semua ikan di dalamnya datang daripada sumber yang boleh dikesan dan lestari.

IKAN YANG LESTARI DI MENU SHEBA

Kini, 83% resepi ikan Sheba mempunyai label biru MSC. Ini hanyalah langkah pertama: SHEBA® komited terhadap ikan yang diperoleh 100% secara lestari. Ini bermakna anda dan rakan kucing anda boleh menikmati makanan kucing terbaik yang lestari.

APAKAH
PERIKANAN LESTARI?

83 %* OF SHEBA FISH PRODUCTS ARE ALREADY SUSTAINABLY SOURCED
*% produk ikan Sheba di Eropah yang mempunyai logo MSC

APABILA ANDA MELIHAT LABEL IKAN BIRU MSC PADA PRODUK, ANDA BOLEH MERASA YAKIN BAHAWA IA ADALAH:

Daripada sumber lestari yang diperakui - Setiap perikanan yang diperakui MSC telah dinilai secara bebas mengenai impak khususnya kepada populasi ikan liar dan ekosistem yang menjadi sebahagian daripadanya.

Dikendalikan dengan berhati-hati - Sepanjang rantaian bekalan, dari lautan ke pinggan, ikan dan makanan laut yang diperakui MSC diasingkan daripada yang tidak diperakui. Ia dilabel dengan jelas supaya ia boleh dikesan kepada perikanan lestari yang diperakui.

Boleh dipercayai - ujian DNA yang kerap telah menunjukkan bahawa produk berlabel MSC dilabel dengan betul. Jadi, anda boleh percaya bahawa ikan adalah seperti apa yang dinyatakan dalam pembungkusan atau menunya..

Diyakini - Selama lebih 20 tahun MSC telah bekerjasama dengan saintis, perikanan, pengeluar makanan laut dan jenama untuk membangunkan piawaian mereka dan mempromosikan penangkapan ikan yang lestari. MSC diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Makanan dan Pertanian dan Inisiatif Makanan Laut Lestari Global

KELESTARIAN IKAN MARS

Makanan laut adalah bahagian terpenting dalam diet untuk semua haiwan peliharaan dan manusia di seluruh dunia. Di Mars, kami komited untuk menyelidik dan melaksanakan lebih banyak amalan yang lestari untuk mendapatkan sumber yang berharga ini supaya kami boleh terus menawarkan produk kami yang mengandungi ikan dengan cara yang sihat untuk manusia, haiwan peliharaan dan alam sekitar.

PELAN RANCANGAN "LESTARI DALAM SEBUAH GENERASI" MARS

Dunia sedang menghadapi cabaran yang ketara. Isu kemiskinan, kekurangan air, perubahan iklim, sosial dan alam sekitar menghalang potensi manusia, komuniti dan perniagaan. Ketahui tentang cara Mars menangani cabaran ini.

KELAYAKAN KELESTARIAN PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN MARS

Di Mars, kami bertanggunjawab memastikan bahawa tindakan kami menyumbang kepada masyarakat yang lebih lestari, di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebab itulah kami berusaha untuk memberi impak positif di setiap jenama penjagaan haiwan peliharaan kami

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah