Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Mengapa Kucing Mencakar?

Mengapa Kucing Mencakar?

Meskipun kucing mempunyai sifat penyayang dan mesra, si Manja juga ada kalanya akan menunjukkan perangainya, yang boleh berakhir dengan gigitan atau cakaran yang mungkin tidak disengajakan oleh haiwan kecil ini. 

Cakaran yang dialami oleh pemilik kucing pastinya menyakitkan ataupun agak menjengkelkan, tetapi haiwan ini sebenarnya tidak berniat pun untuk mencederakan anda kerana perbuatan mencakar adalah sesuatu yang normal dan merupakan naluri alami seekor kucing. Kucing akan mencakar untuk menandakan kawasannya, selain untuk bersenam, meredakan tekanan, dan merapikan dirinya. Bagi pemilik kucing yang tertanya-tanya mengapa kucing suka mencakar atau cara elak kucing cakar sofa jika kucing cakar sofa anda, kucing sebenarnya tidak dapat membezakan antara yang betul dan salah. Kucing akan mencakar untuk memuaskan apa yang menjadi keperluannya pada saat itu.

Mengapa Kucing Mencakar?

Sebagai pemilik kucing, anda pasti pernah menyaksikan anak bulus anda mencakar sesuatu objek beberapa kali sehari tanpa sebarang sebab yang jelas. Meskipun ia kelihatan aneh, terdapat beberapa sebab mengapa kucing mencakar, jadi anda boleh menggunakan peluang ini untuk mempelajari tentang cara elak kucing cakar sofa jika kucing cakar sofa anda misalnya.

  • Perbuatan mencakar membolehkan kucing mengasah kukunya. Selain membuang tisu kulit yang telah mati, kucing akan mencakar untuk memastikan kukunya kekal tajam, yakni bagi membantunya memburu dan mempertahankan diri.
  • Di samping itu, mencakar juga memudahkan kucing untuk meregang dengan lebih efektif.
  • Di habitat liar, kuku yang tajam membolehkan kucing memburu serta menanda kawasannya. Kucing mahu meninggalkan kesan cakaran, malah kukunya juga akan meninggalkan jejak bau daripada telapak kakinya, yang memudahkan ia untuk menandakan serta menunjukkan pengaruhnya ke atas sesuatu kawasan.

Adakah Kucing Mencakar dengan Sengaja?

Jika anda ingin tahu mengapa kucing suka mencakar atau cara elak kucing cakar sofa jika kucing cakar sofa anda, kucing sebenarnya didorong oleh naluri dan bukannya atas tujuan tertentu yang bagi kita mungkin ianya betul ataupun salah. Kucing akan mengasah kukunya untuk memudahkan haiwan ini memburu, selain melindungi dirinya daripada ancaman pemangsa. 

Kucing juga mempunyai sifat untuk memiliki kawasannya, dan perbuatan mencakar membolehkan kucing liar menandakan kawasan miliknya dengan meninggalkan kesan cakar pada pokok misalnya. Kucing peliharaan mungkin akan cuba melakukan perkara yang sama dengan mencakar perabot, pintu, dan juga papan pencakar yang mungkin disediakan oleh pemilik kucing bagi mengelakkan kesan cakaran kucing pada perabot. Memandangkan mencakar adalah naluri semula jadi kucing dan bukannya masalah tingkah laku, maka sebaiknya papan pencakar atau cadar disediakan untuk kucing anda, membolehkan si bulus memenuhi naluri semula jadinya tanpa perlu meninggalkan kesan cakaran kucing pada perabot anda.

Bagaimana Kucing Dapat Dihalang daripada Mencakar Perabot?

  • Sediakan sesuatu objek untuk kucing mencakar:

    Perbuatan mencakar adalah naluri semula jadi bagi kucing dan ia bukannya masalah tingkah laku. Jadi, daripada menghukumnya kerana ia mencakar perabot anda, sebaliknya anda boleh melatihnya dan menyediakan sesuatu objek untuk membolehkan kucing anda mencakar. Anda juga boleh mencungkil kreativiti anda dengan mencipta objek pencakar anda sendiri menggunakan bahan-bahan kitar semula dan saksikan anak bulus anda menikmati hadiah ciptaan anda!
  • Beli papan pencakar yang berkualiti:

    Jika tugas mencipta papan pencakar anda sendiri kedengaran mencabar, maka anda boleh sahaja membeli daripada kedai untuk kegunaan si manja anda. Dan biarpun terdapat harga yang bermacam-macam bagi papan pencakar, pastikan anda mendapatkan papan pencakar yang berkualiti dan tahan lasak, serta tidak membahayakan kucing anda. 

  • Cuba bereksperimen dengan fabrik-fabrik pencakar yang berlainan:

    Jika anda ingin mengetahui cara elak kucing cakar sofa untuk elak kucing cakar sofa anda, selain membeli papan pencakar untuk si manja anda, anda juga boleh cuba bereksperimen dengan kain-kain pencakar dan kenal pasti yang mana sesuai untuk kucing anda. Kain sisal adalah sangat sesuai untuk dicakar kerana kelembutannya. Tambahan lagi, pastikan papan pencakar yang dipilih adalah tahan lasak dan seronok untuk digunakan oleh si manja anda, kemudian anda perlu mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan papan tersebut. 
  • Memilih tempat yang sesuai untuk papan pencakar:

    Kucing ialah haiwan yang pembersih dan cerewet dalam bab ruang peribadinya, jadi pemilihan tempat yang sesuai untuk meletakkan papan pencakar tersebut akan menjadikannya lebih efektif. Kucing suka memastikan dirinya bersih, jadi sebaik-baiknya papan pencakar diletakkan jauh daripada bekas najis untuk mengelakkan berlakunya pencemaran bakteria. Papan pencakar yang terletak di tempat yang mudah diakses oleh si manja anda juga pastinya akan memudahkan anak bulus anda.
  • Menghilangkan kebosanan dengan mencakar:

    Selain didorong oleh naluri semula jadinya, kucing juga akan mencakar jika ia berasa bosan. Kucing suka bermain dan merupakan seekor haiwan yang pintar, jadi dengan menyediakan mainan untuk si manja anda, ia dapat menghilangkan kebosanan si manja lalu mengurangkan keinginannya untuk mencakar. Mainan kucing seperti mainan bulu, mainan minda, dan mainan gigit berunsur catnip boleh didapati di pasaran, dan ia juga mungkin boleh membuat kucing anda bertambah sayang pada diri anda.
  • Sediakan objek untuk mencakar:

    Dalam bab cakaran kucing, sebaik-baiknya kelainan diwujudkan dari segi objek yang disediakan untuk kucing mencakar, yakni untuk memastikan ia akan terus berasa teruja untuk mencakarnya. Kucing merupakan haiwan yang pintar dan suka bermain, jadi apa kata anda sediakan mainan kucing serba interaktif yang boleh membuat anak bulus anda terhibur? Objek cakaran juga wujud dalam bentuk mainan yang boleh merangsang minda kucing anda dan juga naluri pemburunya. 

Mengapa Kucing Mencakar Orang?

Sebagai pemilik kucing, anda mungkin tertanya-tanya kenapa kucing cakar sofa untuk elak kucing cakar sofa dan kenapa kucing suka mencakar benda atau orang. Terdapat beberapa sebab, tapi yang disebutkan di bawah adalah antara sebab yang paling lazim mengapa kucing mungkin akan mencakar orang:

  • Bermain:

    Permainan yang bersifat agak kasar boleh merangsang naluri semula jadi kucing sebagai pemburu, dan pada masa yang sama boleh mengakibatkan gigitan dan cakaran yang tidak disengajakan oleh si manja.
  • Rangsangan berlebihan:

    Ada kalanya kucing dan anak kucing mungkin menerima rangsangan berlebihan, membuatnya berasa agresif lalu mencakar orang.
  • Tindakan defensif:

    Perasaan terancam atau defensif juga merupakan antara sebab utama mengapa kucing akan mencakar orang. Selain itu, tekanan dan kegelisahan juga boleh menggalakkan lagi tingkah laku defensif kucing, menjadikannya agresif dan cenderung untuk mencakar.

Kesimpulan

Jika anda khuatir tentang kesan cakaran kucing yang sering terbentuk pada perabot anda, kami berharap artikel ini dapat membolehkan anda berlapang dada. Adalah penting untuk kita memahami bahawa perbuatan mencakar itu sebenarnya ialah naluri seekor kucing. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyediakan papan cakaran kucing untuk kegunaan si manja anda. 

Papan cakaran kucing merupakan satu alternatif yang baik untuk si manja kerana selain mengelakkan kesan cakaran kucing pada perabot anda, anak bulus anda juga boleh meringankan tekanan dan kegelisahannya. Di samping itu, selain memastikan kucing anda mendapat latihan yang secukupnya, anda boleh mendapatkan nasihat pakar haiwan jika kucing anda menunjukkan tingkah laku yang agak keterlebihan seperti sering mencakar, agresif, dan berasa gelisah.

Soalan-Soalan Lazim

 

  • Apa yang menyebabkan kucing mencakar kita?

    Tertanya-tanya mengapa kucing mencakar? Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjurus kepada cakaran kucing. Meskipun kucing biasanya akan bertindak agresif seperti mencakar apabila ia berasa terancam atau ketakutan, sebab-sebab lain seperti rangsangan berlebihan, bermain secara kasar, dan kegelisahan juga boleh membuat kucing mencakar.

  • Sebanyak manakah perbuatan mencakar itu dianggap normal bagi kucing?

    Kucing yang sihat akan merapikan dirinya sendiri selama hampir satu jam setiap hari, dan proses perapian itu termasuk mencakar atau mengasah kukunya untuk sekitar satu minit. Bagaimanapun, cakaran berlebihan selama satu jangka masa yang panjang mungkin disebabkan oleh faktor lain seperti jangkitan atau parasit.

  • Apa yang perlu dibuat jika kucing mencakar saya?

    Jika kucing anda mencakar anda, dengan segera bersihkan kawasan cakaran dan sapu bahan antiseptik atau ubat. Di samping itu, anda juga boleh melatih kucing anda untuk elak mencakar ekoran sifat keagresifannya, justeru situasi yang boleh membuat anda tergerak untuk menghukum atau memukulnya boleh dielakkan. 

  • Adakah kucing akan mencakar apabila ia berasa tidak puas hati?

    Ya, kucing akan mencakar jika ia berasa kurang senang, tetapi sebab di sebalik perbuatan mencakar tersebut mungkin lebih mendalam. Meskipun kucing tidak akan mencakar pemiliknya dengan sengaja, ia mungkin masih akan mencakar anda jika ia menerima rangsangan berlebihan atau berasa terancam.

  • Adakah kucing akan ‘meminta maaf’ kerana mencakar?

    Jika si manja tercakar anda tanpa sengaja, ingat bahawa ia mungkin disebabkan oleh rangsangan berlebihan ataupun mungkin kerana ia berasa terancam. Kucing tidak mempunyai niat yang jahat untuk mencakar manusia dan jika kucing anda tiba-tiba menjadi agresif, ia biasanya akan kembali menjadi tenang seperti sedia kala.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah