Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing Demam - Gejala & Rawatan

Kucing Demam - Gejala & Rawatan

Biarpun kucing amat vokal dan ekspresif, ia tidak berupaya untuk memberitahu kita yang ia sedang sakit, memaksa pemilik kucing untuk sentiasa peka mengenai demam atau penyakit yang dialami si manja.

Tugas untuk menentukan sama ada kucing sedang mengalami demam adalah agak sukar. Satu-satunya cara untuk mengenal pasti kucing demam atau tidak adalah melalui suhu badannya. Dalam keadaan biasa, kucing mempunyai suhu badan dalam lingkungan 38°C hingga 39°C. Suhu badan yang melebihi 39°C menunjukkan kucing demam selsema.

Apakah yang dimaksudkan dengan demam kucing?

Hal kucing demam merupakan satu anomali kesihatan yang menyebabkan suhu badan kucing meningkat apabila kucing demam selsema. Bagi kucing, suhu badan normal lazimnya berada dalam lingkungan 38°C hingga 39°C. Kucing demam jika suhu badannya melebihi 39°C. Meskipun demam bagi kucing boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, ia sebenarnya menunjukkan bahawa badannya sedang melawan jangkitan, alergen, atau punca-punca lain yang membuat kucing demam.

Malah, masalah kucing demam panas merupakan antara simptom yang boleh menjadi indikator kepada sesuatu masalah fizikal yang mungkin melatari si manja. Pakar haiwan akan memeriksa suhu badan kucing dan mengenal pasti sama ada ia sedang demam dahulu sebelum mereka memulakan sebarang diagnosis dan menentukan puncanya. Selain jangkitan tertentu, demam kucing juga boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti kegelisahan, kesakitan, dan juga keterujaan. Demam juga boleh berlaku kerana keletihan akibat haba, strok haba, atau sebagai reaksi kepada ubat tertentu.

Punca Kucing Demam

Kucing mempunyai struktur fisiologi yang kompleks dan ia boleh terganggu daripada punca-punca demam kucing seperti jangkitan dan alergen yang terdapat di dalam sistemnya. Demam bagi kucing lazimnya disebabkan oleh pirogen di dalam badan, yang membuat suhu badan kucing melonjak naik. Pirogen merupakan elemen penyebab demam yang mungkin bersifat eksogen (dihasilkan di luar badan, lalu memasuki badan) atau endogen (dihasilkan di dalam badan) apabila kucing demam selsema.

Kewujudan pirogen di dalam badan boleh mencetus tindak balas sistem imun kucing, mengeluarkan sel darah putih lebih kerap untuk melawan sesuatu jangkitan atau alahan. Pengeluaran sel darah putih juga memberi kesan kepada kawasan yang meregulasi suhu badan di hipotalamus, menyebabkan termostat tubuh kucing diset semula lalu membuatnya demam, kemudian suhu badan kucing pun akan naik.

Simptom Demam bagi Kucing

Meskipun bukan semua punca insiden kucing demam panas perlu diberi perhatian perubatan segera, anda masih perlu mengawasi simptom lazim yang membuat kucing demam panas.

Apabila kucing anda demam, ia mungkin akan:

  • Berasa lesu
  • Lebih kerap tidur
  • Kurang selera makan
  • Bersembunyi
  • Mengelakkan aktiviti yang ia biasa nikmati
  • Menggigil
  • Kadar degupan jantung tinggi
  • Dehidrasi
  • Muntah atau cirit-birit
  • Kurang aktiviti atau merapikan diri

Apa yang Perlu Dibuat Jika Kucing Demam?

Elak memberikan ubat manusia bagi kucing demam panas. Ini adalah kerana kucing mempunyai metabolisme yang berbeza daripada manusia dan ubat atas kaunter biar sekecil mana pun dosnya boleh menyebabkan keracunan ubat kepada kucing.

Memandangkan demam kucing akan hadir bersama reaksi muntah dan cirit-birit, jadi kucing anda boleh mengalami dehidrasi. Sehubungan itu, pastikan kucing anda kekal terhidrat pada setiap masa dalam situasi ini. Pemberian sup ayam atau makanan kucing jenis basah dalam jumlah kecil juga boleh membantu.

Sementara kebanyakan kes kucing demam panas tidak serius dan akan reda dengan cepat, ada sesetengah kes yang mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang serius. Jika demam kucing anda berpanjangan melebihi 24 jam, sila dapatkan nasihat doktor haiwan. Doktor haiwan akan menjalankan ujian untuk mengenal pasti punca demam serta jika kucing anda mengalami sebarang isu kesihatan yang sedia ada. Mereka akan mencadangkan cara merawat kucing demam atau cara merawat kucing demam di rumah.

Penyembuhan dan Pengurusan Demam bagi Kucing

Ingin tahu cara merawat kucing demam? Kebanyakan kucing yang demam boleh dirawat di rumah sahaja dan boleh sembuh dalam 1 hingga 5 hari. Biarpun kucing anda akan kelihatan lemah dan lesu sepanjang waktu tersebut, kucing akan bingkas kembali kepada gaya hidup aktifnya seperti sedia kala sebaik sahaja demamnya surut.

Bagaimanapun, jika kes kucing demam panas kekal lebih daripada satu hari, atau jika ia kerap demam, cuba dapatkan nasihat pakar dan mulakan proses rawatan secepat mungkin.

Soalan-Soalan Lazim

  • Bagaimana kita dapat mengenal pasti yang kucing sedang demam?

    Kucing demam tidak boleh didiagnos hanya dengan menentukan sama ada hidungnya berasa suam dan kering. Lihat sama ada suhu badan kucing anda melebih 39°C untuk mula mencari jalan cara merawat kucing demam di rumah atau cara merawat kucing demam.

  • Apa yang anda perlu lakukan jika kucing anda demam?

    Ingin tahu cara merawat kucing demam? Apabila kita bercakap tentang cara merawat kucing demam di rumah atau cara merawat kucing demam, pastikan kucing anda kekal terhidrat dan awasi simptomnya.

  • Rawatan apa yang saya boleh berikan di rumah untuk demam kucing?

    Mengalami kes kucing demam atau kucing demam selsema? Pastikan kucing anda kekal terhidrat. Hidangkan sup ayam atau makanan kucing basah untuk memberi ia tenaga.

  • Adakah demam kucing akan reda dengan sendiri?

    Demam yang dialami kebanyakan kucing akan reda dalam tempoh satu hari. Bagaimanapun, jika demam tersebut berkekalan lebih sehari, cuba dapatkan nasihat pakar haiwan untuk kes kucing demam.

  • Bolehkah parasetamol sembuhkan demam kucing?

    Anda harus elak memberikan ubat manusia kepada kucing. Kucing mempunyai metabolisme yang berbeza daripada manusia, dan ubat manusia yang diambil oleh kucing biar sekecil mana pun dosnya boleh menyebabkan keracunan.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah