Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Tip untuk Menghilangkan Bau kencing Kucing

Tip Untuk Menghilangkan Bau Kencing Kucing

Air kencing kucing mempunyai bau yang kuat dan agak tersendiri, yang boleh mengganggu orang sekeliling, lalu memaksa pemilik kucing untuk melakukan kerja-kerja membersih. Tambahan lagi, jika kawasan air kencing kucing tidak dibersihkan dengan betul sehingga baunya hilang, maka kucing tersebut akan cenderung untuk kembali ke tempat yang sama untuk membuang air kecil. Ramai individu yang ingin memiliki kucing, tetapi masalah air kencing sering membelenggu mereka, justeru apa yang mereka boleh lakukan untuk menangani isu bau air kencing kucing? Artikel ini akan menjadi satu panduan ringkas dengan mengupas tentang cara hilangkan bau kencing kucing dengan efektif.

Mengapa air kencing kucing mempunyai bau yang kuat?

Kucing mempunyai naluri untuk menjaga kawasannya, dan di habitat liar, kucing akan menandakan kawasan miliknya menggunakan air kencing, yakni dengan bantuan bau air kencing tersebut yang agak kuat dan tersendiri, bertujuan untuk menjauhkan pemangsa serta kucing-kucing yang lain. Di samping itu, air kencing kucing juga mengandungi hormon dalam kuantiti yang agak banyak, yang berfungsi untuk menarik perhatian kucing jantan. Jadi, apa yang membuat air kencing kucing berbau hancing?

Selain sisa-sisa metabolik yang dapat mengeluarkan bau yang hancing, air kencing kucing sebahagian besarnya juga terdiri daripada urea dan asid urik dalam kuantiti yang besar, di samping natrium klorida, kreatina, dan elektrolit-elektrolit yang lain. Asid urik di dalam air kencing kucing juga akan diuraikan melalui reaksi bakteria, justeru mengeluarkan amonia yang mempunyai bau yang kuat. Tambahan lagi, air kencing kucing juga membebaskan merkaptan, dikenali atas baunya yang kuat dan berkekalan. Kandungan hormon juga boleh membuat air kencing kucing berbau lebih hancing.

Cara hilangkan bau kencing kucing

Jika anda sedang mencari jalan untuk hilangkan bau kencing kucing, cuba amalkan tip-tip yang berikut.

  • Lap air kencing menggunakan kain

    Anda boleh menggunakan kain atau tuala lusuh untuk mengelap air kencing kucing anda.

  • Gunakan pencuci enzim

    Pemilik kucing sering dibelenggu dengan pertanyaan mengenai bagaimana mereka dapat hilangkan bau kencing kucing mereka. Anda boleh mengamalkan bahan seperti pencuci enzim yang didapati amat berkesan.

  • Wujudkan pengudaraan untuk hilangkan bau kencing kucing

    Dengan mewujudkan ruang pengudaraan, ia dapat membantu menyingkirkan bau air kencing kucing anda.

  • Kenal pasti mengapa kucing anda membuang air kecil di luar bekas najisnya

    Untuk memudahkan tugas anda, cuba ketahui mengapa kucing anda bertindak membuang air kecil di luar bekas najisnya. Situasi ini selalunya berlaku apabila kucing berasa tertekan.

Punca bau air kencing yang hancing

Adalah penting untuk mengenal pasti mengapa air kencing kucing mempunyai baunya terlebih dahulu sebelum maklumat tersebut dapat digunakan untuk membantu anda menangani masalah ini dengan lebih efektif. Jadi, berikut merupakan antara sebab mengapa air kencing kucing mempunyai bau yang kuat:

  • Dehidrasi

    Kucing agak jarang meminum air dengan secukupnya, lalu membuatnya mengalami dehidrasi. Bagaimanapun, dehidrasi dalam kucing boleh menjadikan kandungan air di dalam badannya menurun, justeru kuantiti air kencing yang dikeluarkan juga akan menurun. Oleh itu, air kencing berkenaan akan mempunyai konsentrasi amonia yang jauh lebih tinggi, dan boleh mengeluarkan bau yang kuat. Untuk mengelakkan situasi tersebut, cuba pastikan si manja anda kekal terhidrat dan ini akan menjadi satu cara menghilangkan bau kencing kucing yang mudah.

  • Diet yang kurang elok

    Diet kucing anda juga perlu diberi perhatian apabila kita bercakap tentang cara hilangkan bau kencing kucing. Memandangkan kucing merupakan sejenis haiwan karnivor, maka diet kucing biasanya akan mengandungi makanan yang berasaskan protein seperti daging dan telur. Pemberian protein berasaskan ayam boleh menjurus kepada kandungan amonia yang lebih tinggi dalam badannya, lantas membuat air kencing kucing berbau agak hancing. Diet yang kurang elok, termasuk jika makanan yang ditelan mempunyai sebarang jangkitan, ia juga boleh membuat air kencing kucing berbau.

  • Stres

    Kucing mudah mengalami stres. Sebarang perubahan dalam persekitaran kucing boleh menyebabkannya rasa tertekan yang akan mendampakkan perubahan tingkah laku, seperti menjadi lebih agresif atau menyendiri, dan anda akan menghadapi situasi seperti dia membuang air kecil di luar kotak pasirnya. Jika kucing berasa gusar untuk tempoh yang lama, ia juga mungkin akan bertindak untuk membuang air kecilnya di serata kawasan untuk menunjukkan dominans dan menandakan kawasannya. Bau air kencing kucing yang kuat ini mampu kekal untuk berjam-jam lamanya.

  • Jangkitan saluran kencing

    Jangkitan saluran kencing merupakan antara punca utama yang menjadikan air kencing kucing berbau. Di samping mempelajari sendiri mengenai cara hilangkan bau kencing kucing, anda juga boleh membawa si manja anda ke klinik untuk diperiksa. Ini adalah kerana jangkitan saluran kencing bagi kucing lazimnya merupakan satu komplikasi kesihatan yang serius, yang boleh menjejaskan gaya hidup si manja, dan jika diabaikan, boleh mengakibatkan sepsis. Sepsis merupakan masalah kesihatan serius yang juga boleh membuat bau air kencing kucing menjadi semakin teruk.

  • Bekas najis yang tidak dibersihkan

    Kucing merupakan haiwan yang sangat pembersih dan lebih gemar membuang air di tempat yang tidak terlalu kotor. Oleh itu, bekas najis yang tidak dibersihkan boleh membuat kucing anda membuang air kecilnya di tempat lain. Tambahan lagi, bekas najis yang dibiarkan lama juga boleh mengakibatkan pembiakan bakteria pada air kencing dan juga najis, lalu mengeluarkan bau yang busuk. Jadi, langkah membersihkan bekas najis juga menjadi satu cara menghilangkan bau kencing kucing yang berkesan.

Perubahan dalam bau air kencing kucing yang anda patut ambil tahu

Jika anda sudah arif tentang cara hilangkan bau kencing kucing, anda juga perlu sedar bahawa bau air kencing yang agak kuat bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan serta-merta. Air kencing kucing secara semula jadi memang mempunyai bau yang kuat.

Bagaimanapun, bukan semua bau air kencing kucing yang boleh diendahkan, kerana perubahan tertentu pada air kencing kucing mungkin berpunca daripada sesuatu masalah kesihatan yang serius, yang mungkin perlu ditangani dengan khidmat bantuan pakar. Oleh itu, berikut merupakan antara perubahan dalam air kencing kucing yang anda patut ambil tahu:

  • Air kencing mempunyai bau ikan yang kuat

    Jangkitan saluran kencing dalam kucing boleh membuat air kencingnya berbau seperti ikan. Bau ikan yang kuat juga boleh menjadi petanda bagi penyakit sepsis, yang perlu dirawat dengan segera.

  • Air kencing berbau manis/buah-buahan

    Air kencing kucing yang seakan-akan berbau manis atau seperti buah-buahan adalah berpunca daripada diabetes felin. Kandungan gula dalam darah akan merebak ke dalam air kencing, lantas menzahirkan bau tersebut.

  • Bau amonia yang kuat

    Bau amonia dalam air kencing kucing juga mungkin menandakan konsentrasi amonia yang lebih tinggi berbanding normal. Ia kemungkinan berpunca daripada masalah dehidrasi, selain penyakit buah pinggang yang perlu ditangani dengan bantuan perubatan.

Cara halau kucing kencing merata

Cara-cara halau kucing kencing secara merata meliputi penggunaan tumbuhan yang tidak disukai kucing, misalnya pokok daun kari. Anda juga boleh mendirikan tembok atau pagar untuk menghalang kucing daripada memasuki sesuatu kawasan. Di samping itu, anda boleh meletakkan objek-objek yang runcing di sekitar kawasan tanaman dan pasu untuk menjauhkan kucing, dan itulah antara cara halau kucing kencing dan membuang air besar secara merata.

Kesimpulan

Air kencing kucing mempunyai bau yang kurang menyenangkan, ekoran kandungan urea dan asid urik di dalamnya. Di samping kewujudan sisa metabolik di dalam air kencing, proses reaksi bakteria juga akan mengurai protein yang terkandung di dalam air kencing, lantas membebaskan amonia dan merkaptan yang menambah kekuatan baunya. Walau bagaimanapun, jika anda mencari cara untuk menghilangkan bau air kencing kucing dengan berkesan, anda juga boleh cuba menukar pemakanan mereka kepada makanan kucing premium Sheba, yang mengandungi semua khasiat penting yang kucing perlukan untuk kekal terhidrat dan elakkan daripada air kencing berbau busuk dan hancing. Di samping itu, anda juga boleh memandulkan kucing anda untuk mengurangkan bau hancing air kencing kerana ia tidak lagi mengandungi hormon.

Satu lagi cara menghilangkan bau kencing kucing yang efektif adalah dengan membersihkan air kencingnya dalam kadar segera agar ia tidak mereput lalu mengeluarkan bau yang lebih busuk. Dengan membersihkan kawasan air kencing kucing juga, ia dapat mencegah si manja anda daripada membuang air kecil di tempat yang sama. Bagaimanapun, jika bau tersebut masih ada walaupun selepas dibersihkan, anda patut mendapatkan nasihat pakar haiwan, kerana bau air kencing kucing yang terlalu kuat mungkin berpunca daripada sesuatu masalah kesihatan.

Soalan-Soalan Lazim

  • Mengapa air kencing kucing saya berbau sangat hancing?

    Selain sisa metabolik, air kencing kucing mempunyai konsentrasi asid urik dan urea yang tinggi, justeru mengeluarkan bau yang hancing. Tambahan lagi, reaksi bakteria pada protein yang terkandung di dalam air kencing kucing juga akan membebaskan merkaptan dan amonia, yang turut mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

  • Apa yang dapat menghilangkan bau air kencing kucing?

    Dengan mengelap air kencing kucing menggunakan kain atau dengan bahan pencuci enzim, ia boleh membantu anda membersihkan kawasan air kencing tersebut dengan cepat selain menjamin hasil yang terbaik.

  • Adakah bau air kencing kucing tidak akan hilang?

    Jika diabaikan, air kencing kucing akan mula mereput, lalu membuat bau air kencing tersebut berkekalan. Bagaimanapun, di samping membersihkan kawasan air kencing, anda juga boleh membuka tingkap untuk mewujudkan pengudaraan dan peredaran udara bagi menghala keluar bau tersebut.

  • Bolehkah bau air kencing kucing memudaratkan bayi?

    Air kencing kucing mempunyai bau yang hancing, tetapi ia tidak berbahaya untuk bayi. Bagaimanapun, memandangkan air kencing kucing mengandungi sisa-sisa metabolik dan boleh memikat bakteria, maka adalah mustahak untuk memastikan ia tidak terdedah kepada bayi anda.

  • Sekuat manakah bau air kencing kucing?

    Bau air kencing kucing adalah agak kuat ekoran sisa-sisa metabolik yang terkandung di dalamnya, termasuk urea, asid urik, merkaptan, amonia, dan juga hormon. Bau tersebut boleh kekal untuk berjam-jam lamanya dan dapat dihidu dari jauh.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah