Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kucing dan Cirit-Birit

Kucing Dan Cirit-Birit

Kucing juga mengalami masalah cirit-birit dari masa ke masa, menyebabkan ‘insiden’ yang tidak diingini berlaku di rumah para pemilik kucing. Selain ketidakhadaman, terdapat beberapa punca kucing cirit birit, termasuk sensitiviti terhadap makanan hinggalah ke anasir seperti parasit, termasuk juga jangkitan bakteria apabila kucing anda tertelan sesuatu tanpa sengaja. 

Cirit-birit bagi kucing biasanya tidak membawa maut, tetapi jika ada kes yang serius seperti kewujudan darah dalam najis kucing anda, maka anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar haiwan. 

Gejala cirit-birit yang tidak serius bagi kucing akan reda dalam tempoh beberapa hari, tetapi ia akan membuat kucing anda berasa kurang senang – sehubungan itu, berikut merupakan beberapa tip yang anda boleh amalkan untuk membantu kucing anda mengatasi masalah cirit-birit.

Apakah Itu Cirit-Birit bagi Kucing?

Cirit-birit diertikan sebagai najis yang cair, dan biasanya dikeluarkan oleh kucing dalam jumlah dan kekerapan yang lebih tinggi. 

Sementara masalah cirit-birit adalah lazim bagi kucing, ia masih boleh membuat kucing anda berasa kurang senang, dan boleh mengakibatkan ‘insiden’ yang tidak diingini di rumah anda. Dan meskipun cirit-birit tidak boleh dilabel sebagai penyakit, ia mungkin menjadi petanda kepada sesuatu masalah kesihatan yang melatari si manja.

Cirit-birit ialah aliran bahan najis dalam kadar yang cepat melalui usus, diiringi dengan kekurangan penyerapan air, elektrolit, dan nutrien. Kes cirit-birit yang serius juga boleh menyebabkan lendir, darah, dan cacing terkandung di dalam najis kucing.

Apakah Punca Cirit-Birit Kucing?

Sebelum kita beralih ke topik cara menangani masalah cirit-birit, ialah penting untuk kita memahami punca kucing cirit birit seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Parasit:

    Parasit seperti pepijat, kutu dan nyamuk merupakan antara pembawa masalah cirit-birit bagi kucing. Selain membawa penyakit yang serius, tindakan parasitik oleh cacing kerawit dan cacing pita juga boleh menjejaskan sistem imun si manja anda secara signifikan, lalu menjurus kepada masalah cirit-birit yang agak berat.
  • Jangkitan:

    Jangkitan yang disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sesuai untuk kucing merupakan antara punca yang paling utama. Di samping itu, cirit-birit kucing selalunya juga disebabkan oleh alahan kepada makanan kerana kucing tersebut sensitif dengan sesuatu bahan yang terkandung di dalam makanan itu.
  • Pengabaian diet atau perubahan diet:

    Kucing merupakan haiwan yang teratur dan perubahan mendadak dalam dietnya boleh menyebabkan isu gastrousus serta ketidakhadaman, lalu membuatnya mengalami cirit-birit. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan sebarang perubahan dalam diet dibuat secara beransur-ansur atau anda boleh menghidangkan makanan untuk kucing cirit birit yang khas jika kucing anda mengalami gangguan perut.
  • Tekanan:

    Kucing tidak sukakan perubahan, dan perubahan mendadak dalam persekitarannya juga boleh membuat ia berasa tertekan lalu mengabaikan keperluan pemakanannya. Oleh itu, tekanan juga boleh menyebabkan masalah cirit-birit, dan pemilik kucing haruslah mengawasi si manja semasa ia sedang melalui sesuatu perubahan.
  • Masalah keradangan:

    Sementara masalah penghadaman seperti cirit-birit adalah sesuatu yang lazim bagi kucing, tetapi kes yang berpanjangan mungkin disebabkan oleh masalah latar seperti keradangan, ia boleh wujud dalam bentuk enteropati kronik dan penyakit radang usus yang dapat diturunkan kepada kucing secara genetik, serta boleh mengakibatkan kehilangan selera makan dan muntah selain cirit-birit.
  • Penyakit metabolik:

    Kucing sememangnya suka memakan, jadi tidak hairanlah jika ia sering terlebih makan. Perbuatan makan secara berlebihan juga merupakan sebab utama di sebalik masalah metabolik yang dialami kucing, membuat kucing berak cair.  
  • Pengambilan ubat/toksin:

    Ubat dan antibiotik yang kuat kesannya mungkin akan mempunyai kesan yang berkekalan buat sementara waktu bagi kucing anda, lalu menjurus kepada reaksi seperti kerap muntah dan cirit-birit. Pengambilan bahan yang toksik dan tidak sesuai untuk kucing seperti coklat juga boleh membuat kucing berak cair.

Apa yang Perlu Dibuat Jika Kucing Mengalami Cirit-Birit?

Kucing cirit birit kerana masalah tertentu dan ia boleh menyebabkan gejala-gejala yang khusus. Awasi sebarang perubahan yang ketara dalam tingkah laku si Manja jika anda mengesyakinya mengalami masalah cirit-birit. Juga awasi gejala-gejala kucing cirit birit seperti sering muntah dan kehilangan selera makan, lalu punca kucing cirit birit dapat dikenal pasti dengan lebih mudah. 

Kucing cirit birit kerana masalah tertentu dan ia bermaksud najisnya akan berbentuk cecair. Oleh itu, cuba tingkatkan pengambilan serat oleh kucing anda sebagai satu solusi yang efektif. Memandangkan kucing cirit birit juga kerana kehilangan nutrien yang penting serta air di dalam badan, maka pastikan si manja anda kekal terhidrat dan memperoleh nutrien yang mencukupi. 

Sementara gejala kucing cirit birit umumnya akan reda dalam tempoh beberapa hari, anda patut mendapatkan khidmat nasihat pakar haiwan jika gejala tersebut berkekalan untuk jangka waktu yang panjang. Ingat kekerapan dan bentuk najis kucing anda untuk dimaklumkan kepada doktor haiwan agar mereka dapat mendiagnos punca kucing cirit birit dan menasihatkan cara merawat kucing berak cair dengan sewajarnya.

Bolehkah Cirit-Birit Kucing Dicegah?

  • Pencegahan cirit-birit kucing adalah tidak mustahil.
  • Anda perlu menangani masalah yang melatari si manja dengan ubat serta diet yang sesuai.
  • Elak menukar diet secara mendadak atau menghidangkan makanan manusia kepada si manja.
  • Jangan secara tiba-tiba hidangkan snek yang baharu untuk mengelakkan insiden cirit-birit akut.

Kesimpulan

Kucing cirit birit merupakan antara masalah kesihatan yang lazim. Meskipun kurang menyenangkan, cirit-birit bagi kucing boleh ditangani dengan mudah di rumah sahaja dan gejalanya akan reda dalam tempoh beberapa hari. Sebagai pemilik kucing yang sedang mencari jawapan kepada cara merawat kucing berak cair, langkah pertama yang anda patut ambil ialah mengenal pasti punca yang melatari masalah tersebut. 

Bergantung kepada faktor dan punca kucing cirit birit yang tertentu, terdapat kaedah rawatan yang disediakan secara meluas yang doktor haiwan anda mungkin syorkan sebagai cara merawat kucing berak cair. Dengan rawatan yang betul, si manja anda dapat kembali menjalani kehidupannya secara sihat dan gembira seperti sedia kala dengan secepat mungkin!

Soalan-Soalan Lazim

  • Apa yang perlu dilakukan jika kucing saya cirit-birit?

    Cirit-birit merupakan satu masalah yang lazim bagi kucing, jadi untuk menangani masalah ini, anda harus memastikan kucing anda kekal terhidrat dan mempunyai akses yang mencukupi kepada makanan untuk kucing cirit birit. 

  • Bagaimana najis cirit-birit kucing kelihatan?

    Kucing cirit birit akibat masalah tertentu dan ia dikaitkan dengan konsistensi najis yang tidak sihat. Najis kucing berak cair juga mungkin akan mengandungi lendiran, darah dan cacing.

  • Adakah makanan kucing jenis basah menyebabkan cirit-birit?

    Kelembapan dalam makanan basah boleh menjadikan najis kucing anda tampak lebih lembut, tapi ia sahaja tidak akan menyebabkan cirit-birit. Cirit-birit bagi kucing boleh diakibatkan oleh perubahan mendadak dalam diet, makanan kurang berkualiti, dan alahan terhadap makanan.

  • Patutkah saya henti menghidangkan makanan jika kucing saya cirit-birit?

    Meskipun cirit-birit kucing boleh disebabkan oleh penelanan makanan yang tidak sesuai, tetapi anda seharusnya tidak menghentikan pemberian makanan yang biasa dihidangkan jika ia mengalami cirit-birit. Langkah tersebut boleh membuat kucing kehilangan lebih banyak nutrien dan air di dalam badannya.

  • Berapa lamakah masalah cirit-birit akan berpanjangan?

    Cirit-birit bagi kucing dewasa merupakan satu perkara yang lazim dan biasanya akan berpanjangan selama dua hari. Meskipun variasi dan konsistensi najis berbeza dari kucing ke kucing, gejala cirit-birit biasanya akan surut dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah