Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Fungi Misai Kucing

Fungi Misai Kucing

Kucing dengan misainya nampak comel bukan? Tapi tahukah anda bahawa misainya kucing mempunyai pelbagai kegunaan dan bukan untuk membuat kucing anda kelihatan segak dan comel sahaja. 

Misainya kucing bukan sahaja menjadi komponen yang utama pada wajah kucing, tapi ia juga amat sensitif terhadap sentuhan, dan merupakan alat sensori yang paling efektif untuk kucing menavigasi sesuatu kawasan yang asing atau mencabar untuknya. Artikel ini akan mengupas bagaimana misai kucing bantu si bulus menavigasi persekitarannya dengan lebih baik, serta menjawab persoalan mengenai fungsi misai kucing.

Apa Itu Misai Kucing?

Ada pemilik kucing yang akan bertanya mengapa misainya kucing tidak kelihatan seperti bulu-bulunya yang lain. Malah, misainya kucing menonjol dari segi kepanjangan dan teksturnya. Jadi, apakah sebenarnya fungsi misai kucing? 

Kucing mempunyai bulu-bulu khas di sekitar wajah, dagu, kaki depan, telinga dan bibir atas, serta di bahagian atas mata, yang juga disebut sebagai kumis dalam bahasa tempatan. Misai menyerupai rambut dan akan tumbuh daripada folikel, tetapi ia sebenarnya lebih kasar dan tebal, yang mana akarnya boleh membenam tiga kali lebih dalam. 

Memandangkan misainya kucing memainkan peranan yang khusus dalam rutin harian kucing, ia adalah sangat sensitif, hampir setara dengan hujung jari manusia. Ia memberi si manja anda satu lagi deria sentuh, lantas adalah tidak wajar jika sesiapa ingin potong misai kucing tersebut. Sementara corak pertumbuhan kumisnya kucing mungkin berbeza dari satu baka ke baka yang lain, kebanyakan kucing mempunyai 12 helai misai yang tersusun dalam 4 baris di kedua-dua belah pipi.

Apakah Fungsi Misai Kucing?

Dengan tahap sensitiviti yang tinggi, kumisnya kucing mempunyai peranan yang penting dalam gaya hidup kucing yang suka mengembara. Jadi, berikut merupakan antara kelebihan dan fungsi misai kucing:

  • Deria Sentuh

    Selain membuat si manja tampak menawan dan segak untuk dilihat, kumisnya kucing mempunyai reseptor-reseptor sensitif yang membolehkan kucing memproses persekitarannya dengan mudah, serta menavigasi kawasan yang mencabar. Kumisnya kucing membantunya mengenal pasti sama ada mudah atau tidak untuk ia melalui sesuatu lubang atau laluan yang sempit, justeru mengelakkan ia daripada tersangkut.

  • Deria Orientasi

    Kumisnya kucing juga adalah sangat penting untuk keseimbangan dan orientasi kucing. Bahagian dasar misai kucing mempunyai proprioseptor, iaitu organ deria khas yang membantu kucing mengkoordinasi pergerakannya, selain memastikan ia sentiasa dapat mendarat dengan kakinya.

  • Komunikasi

    Selain bunyi ngiau kucing yang mencuit hati, kucing juga sangat ekspresif melalui bahasa badannya, dan kumisnya kucing merupakan satu anggota yang penting dalam kaedah komunikasi bukan lisan bagi kucing. Kumisnya kucing yang mengendur biasanya bermaksud ia sedang berasa tenang, manakala jika ia menegak, maka kucing tersebut mungkin sedang berada dalam keadaan peka atau tertekan.

  • Misai kucing berfungsi sebagai sensor getaran

    Tahukah anda bahawa misai kucing bukan sahaja mempunyai fungsi taktil, malah misai kucing juga cukup sensitif untuk mengesan sebarang perubahan halus dalam arus udara, membuat kucing peka mengenai bentuk, saiz dan kelajuan objek berhampirannya lalu dapat memburu mangsanya dengan mudah.

  • Misai sebagai alat daya penglihatan malam

    Kucing ialah haiwan krepuskular dan biasanya aktif pada waktu subuh dan senja. Jadi, apakah fungsi misai kucing dalam bab ini? Misai kucing memudahkan kucing untuk mengesan sebarang perubahan halus dalam persekitarannya. Misai kucing berfungsi sebagai sensor radar, membolehkan kucing mengesan sesuatu di persekitarannya dengan mudah.

  • Misai kucing sebagai pelindung

    Misai kucing adalah sangat sensitif dan mampu mengesan perubahan-perubahan yang kecil di sekelilingnya. Selain berupaya menghindari pemangsa dengan efektif, misai kucing membolehkannya melindungi mata daripada habuk serta mengelakkan pelbagai jenis halangan semasa mereka keluar mengembara.

Berapa Helai Misai yang Kucing Ada?

Adalah natural untuk kucing memiliki misai, tetapi corak pertumbuhan dan bilangannya mungkin berbeza mengikut jenis baka. Tambahan lagi, misai kucing biasanya akan bertumbuh di kawasan yang spesifik, dan akan mempunyai jarak yang sekata. Kucing lazimnya mempunyai 12 helai misai dalam susunan 4 baris di setiap pipi, yang pendek boleh dilihat di depan dan yang panjang di belakang, 3 lagi di atas mata, dan beberapa helaian pendek di dagu. 

Bukan itu sahaja, kucing juga mempunyai kumis yang panjang di sekitar telinga dan di sebalik kaki depan mereka. Juga tahukah anda bahawa kucing mempunyai bilangan misai dalam nombor genap, dan akan bertumbuh secara bersimetri di kawasan wajah mereka? Ini adalah untuk membolehkan mereka menavigasi kawasan sekitar dengan lebih baik.

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Potong Misai Kucing?

Anda tertanya-tanya apa kesan potong misai kucing? Kucing merupakan haiwan yang sangat pintar dan boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Memandangkan kucing memproses persekitaran mereka menggunakan deria taktil, maka ia akan bergantung kepada misainya untuk memahami dan menavigasi persekitarannya dengan lebih baik. Malah, kebanyakan respons sensori otak kucing adalah reaksi kepada data yang diperoleh daripada misai kucing. 

Jadi, tindakan untuk potong misai kucing bukanlah satu idea yang baik. Di samping itu, folikel misai kucing terhubung dengan bahagian sarafnya, dan walaupun tindakan potong misai kucing tidak akan membuatnya berasa sakit, ia masih boleh menjejaskan kehidupan seharian kucing, menjadikannya keliru dan tertekan, jadi itulah kesan potong misai kucing.

Kesimpulan

Kucing merupakan haiwan yang suka mengembara, jadi tidak hairanlah jika ia menaruh kebergantungan terhadap misainya untuk mendapatkan input sensori lalu menavigasi persekitarannya dengan efektif. Jika misai kucing tercabut atau dipotong untuk tujuan perubatan, ia akan tumbuh balik. Tapi ingat bahawa ia boleh membuat kucing anda berasa gusar dan keliru untuk seketika kerana ia tidak lagi dapat bergantung ke atasnya bagi pelbagai tujuan. 

Kucing tidak asing dengan fenomena kehilangan bulu dan kumisnya juga akan gugur secara semula jadi, tetapi tidak lebih daripada 2 hingga 3 helai dalam satu masa. Misai kucing biasanya akan tumbuh balik kepada saiz yang betul dalam tempoh 6 minggu hingga 3 bulan. Biarpun fungsi misai mereka tidak akan berubah, warnanya mungkin akan berubah setelah ia gugur dan yang baharu tumbuh.

Soalan-Soalan Lazim

  • Apa akan jadi jika misai kucing dipotong?

    Meskipun misai kucing terhubung dengan sarafnya, tindakan memotong misai kucing tidak akan membuat kucing anda berasa sakit. Misai kucing juga akan tumbuh kepada saiz betulnya dalam tempoh 6 minggu hingga 3 bulan.

  • Apakah fungsi misai kucing?

    Misai kucing membantu kucing menavigasi persekitarannya. Misai kucing membolehkan kucing memproses dan memahami persekitarannya dengan lebih baik, termasuk memburu dengan lebih efisien, selain menggunakannya untuk mengesan perubahan dalam arus udara. 

  • Bolehkah saya sentuh misai kucing saya?

    Sentuhan secara lembut dan manja tidak akan menjadi masalah. Kucing merupakan haiwan yang penyayang dan pastinya suka dibelai. Bagaimanapun, pastikan misai kucing tidak ditarik kerana ia boleh membuat kucing anda berasa sakit dan tidak selesa. 

  • Adakah misai kucing akan tumbuh balik jika dipotong?

    Ya, tindakan memotong misai kucing tidak akan menyakitkan kucing dan ia biasanya akan tumbuh balik dalam masa 6 minggu hingga 3 bulan. Bagaimanapun, memandangkan misai kucing mempunyai fungsi sensori yang penting baginya, anda dinasihatkan untuk tidak memotongnya. Jadi, itulah kesan potong misai kucing.

  • Adakah kucing akan mengalami kesakitan jika misainya dicabut?

    Meskipun kucing mempunyai reseptor sensori pada dasar misainya yang dihubungkan dengan otak, tindakan memotong misai kucing tidak akan menyakitkan si manja. Bagaimanapun, tindakan menarik atau mencabutnya dengan paksa akan membuat kucing anda merasai kesakitan.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah