Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Perbandingan antara umur kucing dan manusia

Perbandingan Antara Umur Kucing Dan Manusia

Jika anda pernah membesarkan anak kucing, agak mengagumkan bukan untuk melihat kucing kesayangan kita membesar dengan begitu cepat? Kucing sememangnya mempunyai kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding manusia, dan boleh mencapai kematangan dalam tempoh satu tahun sahaja!

Memandangkan rata-rata kucing hidup selama 13 hingga 15 tahun, maka tidak hairanlah jika ia menjadi matang dengan begitu cepat. Malah, kebanyakan kucing akan mencapai puncak kematangannya dari segi fizikal dan kognitif dalam tempoh dua tahun yang pertama, iaitu bersamaan dengan manusia yang berusia 24 tahun.

Bercakap tentang usia kucing, artikel ini bertujuan untuk membantu anda memahami dan mengenal pasti usia si manja anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan usia kucing?

Beza umur kucing dan manusia boleh dilihat melalui nisbah, iaitu 13-15 tahun umur kucing dan manusia pula 75 tahun. Oleh itu, kucing boleh dilabelkan “dewasa” setelah ia menginjak usia dua tahun, kerana kucing akan melalui proses pembangunan fizikal dan kognitif yang amat pesat dalam tempoh dua tahun tersebut. Perbandingan pertumbuhan kucing pada tahun pertama ialah 1 tahun untuk kucing dan 15 tahun untuk manusia, pada tahun kedua perbandingannya ialah 2 tahun untuk kucing dan 24 tahun untuk manusia. Sehubungan itu, memahami perbezaan umur kucing dan manusia dapat membantu pemilik kucing untuk lebih peka tentang tahap kematangan kucing mereka, selain mengetahui apa yang kucing suka makan dan aktiviti fizikal mengikuti umur.

Cara mengira perbezaan umur kucing dan manusia

Pemilik kucing mungkin pernah tertanya-tanya, apakah perbezaan umur kucing dan manusia? Kucing selalunya kelihatan sihat dan cantik justeru menyukarkan kita untuk mengenal pasti usianya dengan pandangan kasar. Bagaimanapun, sebagai pemilik kucing, adalah penting untuk mengetahui usia kucing untuk bukan sahaja menentukan tahap kematangan dan keperluan dietnya, tapi juga sebarang simptom kesihatan yang berkait dengan usia.

Kucing menjadi matang pada kadar yang amat cepat, ia bermaksud perbezaan antara umur kucing dan manusia adalah amat ketara. Fizikal kucing akan matang pada usia dua tahun sahaja, yang bersamaan dengan 24 tahun dalam usia manusia. Di tahun pertama, jarak antara usia kucing dengan manusia adalah hampir bersamaan dengan 15 tahun, lalu kadar tumbesaran tersebut akan merudum selepas tahun yang kedua. Selepas tahun kedua, jarak antara usia kucing dengan manusia akan jatuh kepada 4 tahun, bermaksud nisbahnya akan menjadi 4 tahun umur kucing dan manusia pula 1 tahun.

Bagaimana usia kucing dikira berdasarkan usia manusia?

Kucing melalui fasa tumbesaran yang cepat dalam tempoh dua tahun yang pertama, dan boleh dilabelkan “dewasa” setelah ia menginjak usia dua tahun. Dalam tahun pertama, jarak antara umur kucing dengan manusia adalah 15 tahun, dan setelah kucing mencecah usia dua tahun, jarak antara umur kucing dengan manusia adalah bersamaan dengan 24 tahun. Selepas kucing mencapai usia dua tahun, proses pengusiaannya akan menjadi semakin perlahan, dan boleh dilihat melalui perubahan fizikal dan tingkah laku si manja. 

Bagaimana usia kucing dapat dikenal pasti?

Agak sukar untuk menentukan usia kucing dengan sekilas pandang sahaja. Bagaimanapun, sebagai pemilik kucing, adalah penting untuk mengetahui usia si manja bagi membantu haiwan ini menjurusi kehidupan yang sihat dan bahagia. Jadi, berikut merupakan beberapa tip untuk membantu anda mengenal pasti usia kucing anda.

  1. Gigi

    Dengan melihat gigi kucing, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang penting mengenai kesihatannya secara umum, termasuk usia kucing tersebut. Penampilan gigi kucing anda, termasuk warna, bentuk dan bilangan dapat memberi maklumat mengenai kesihatannya. Gigi kucing yang menguning mungkin disebabkan oleh pengumpulan tartar di sekitar gusi dan enamel, yang biasanya dialami oleh kucing yang lebih tua. Kucing yang berusia 10 tahun ke atas lebih cenderung mengalami masalah pengumpulan tartar, yang dapat dilihat melalui kekuningan giginya.

  2. Mata

    Selain gigi, mata kucing juga boleh merungkaikan pelbagai maklumat. Mata kucing akan melalui perubahan secara berperingkat sepanjang kehidupannya. Dengan memerhatikan perubahan tersebut, ia boleh membantu anda mengenal pasti usianya dengan mudah. Kebanyakan kucing di bawah usia 6 tahun mempunyai mata dengan bentuk yang jelas, lalu akan hilang ketumpatannya selepas usia 7 tahun dan juga mungkin mula kelihatan berkabus. Selepas usia 10 tahun, mata kucing akan menjadi lebih berkabus, dengan perubahan berperingkat dalam warna iris, satu kondisi yang disebut sebagai atrofi iris.

  3. Tabiat Perapian

    Kucing sangat rajin berdandan. Namun tahukah anda bahawa selain memastikan bulunya bersih, proses perapian juga merupakan satu amalan sosial yang penting bagi kucing, yang juga boleh mendedahkan usia si manja anda? Tubuh kucing yang fleksibel membolehkan si manja membersihkan dirinya secara ekstensif, termasuk anggota-anggota badan yang sukar dicapai. Bagaimanapun, selari dengan kenaikan usia, rata-rata kucing akan kehilangan daya fleksibiliti berkenaan, lalu boleh menjejaskan keupayaannya untuk merapikan diri. Kucing yang berusia lanjut juga mungkin akan berhenti merapikan diri sama sekali jika proses tersebut sukar atau menyakitkan.

  4. Bulu

    Oleh kerana kucing tua mengalami kesukaran untuk merapikan dirinya, maka tidak hairanlah jika bulunya kelihatan kasar dan kusut. Sehingga usia tujuh tahun, kucing biasanya mempunyai bulu yang lembut dan cantik. Bagaimanapun, mengikut kenaikan usia, bulunya akan menjadi lebih kasar dan kusut, selain mengalami tompok kebotakan. Bagi kucing tua, uban juga mungkin akan terbentuk.

  5. Berat badan

    Bergantung kepada baka dan diet seseekor kucing, purata berat badan kucing akan berubah sepanjang jangka hayatnya. Berat badan merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi purata jangka hayat kucing. Biasanya, kucing akan cepat naik berat badan dalam dua tahun yang pertama bagi memenuhi tumbesaran fizikalnya. Walau bagaimanapun, selepas umur 10 tahun, kucing lebih cenderung untuk menurunkan berat badan. Kucing tua yang mengelakkan aktiviti fizikal juga akan kehilangan jisim otot dan menurunkan berat badan.

Purata jangka hayat kucing

 
  • Apakah purata jangka hayat kucing domestik?

    Biasanya, jangka hayat kucing berada dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Bagaimanapun, anda boleh membantu kucing anda hidup lebih lama dengan memastikan ia menjurusi gaya hidup yang sihat.

  • Bagaimana saya dapat memanjangkan jangka hayat kucing saya?

    Selain menyediakan makanan dan gaya hidup yang sihat, anda juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan berkala untuk kucing anda bagi memastikan ia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. 

  • Antara kucing jantan dan betina, yang mana biasanya hidup lebih lama?

    Kucing betina biasanya hidup lebih lama berbanding kucing jantan. Kucing betina didapati boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding kucing jantan, manakala kucing betina yang dimandulkan pula boleh hidup lebih lama daripada itu.

  • Pada usia apakah kucing dianggap telah tua?

    Kucing akan mula menunjukkan kesan penuaan apabila ia menginjak usia 10 tahun. Oleh itu, kucing yang berusia 11 tahun ke atas akan digelar sebagai kucing tua. 

  • Adakah kucing yang bahagia akan hidup lebih lama?

    Purata jangka hayat kucing juga berkait dengan kesihatan emosi dan fizikal selain diet. Kucing yang bahagia didapati akan hidup lebih lama, berpotensi untuk melangkaui usia 17 tahun!

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah