Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Sikap Agresif Kucing

Sikap Agresif Kucing

Tertanya-tanya mengapa kucing anda tiba-tiba sahaja bersikap agresif? Kucing umumnya merupakan haiwan yang sangat penyayang, tetapi makhluk comel ini juga boleh menjadi agak ganas, menjadikannya antara masalah yang paling utama terpaksa dihadapi oleh pemilik kucing. Biarpun keagresifan kucing tidaklah seberat keagresifan haiwan lain seperti anjing, tapi sebaik-baiknya sikap agresif kucing juga ditangani dengan sewajarnya mengikut waktu dan keadaan yang sesuai. 

Kucing akan menunjukkan tanda-tanda keagresifan dalam situasi rentan, dan meskipun ia merupakan satu tindak balas yang natural bagi kucing liar, tapi tingkah laku ini adalah tidak elok bagi haiwan peliharaan. Oleh itu, artikel ini akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut mengenai sikap agresif kucing dan cara tenangkan kucing marah serta jinakkan kucing garang bagi meningkatkan kualiti kehidupan anda dan kucing anda serta mengeratkan lagi hubungan antara anda berdua.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Sikap Agresif Kucing?

Keagresifan bagi kucing umumnya dilihat sebagai tingkah laku yang mengancam atau membahayakan terhadap kucing, haiwan dan manusia lain. Di habitat liar, kucing garang akan menjadi ganas jika ruang peribadinya diceroboh atau jika ia berasa terancam. Di samping itu, keagresifan juga merupakan tindak balas semula jadi yang dialami oleh kucing bagi menjauhkan ancaman daripada kawasan mereka, termasuk melindungi anak dan dirinya daripada pemangsa.

Keagresifan kucing boleh dizahirkan dalam pelbagai segi dan ia bergantung kepada situasi dan faktor tertentu. Kucing peliharaan mempunyai tahap keagresifan yang lebih sederhana jika dibandingkan dengan kucing liar. Tetapi jenis keagresifan yang dipamerkan adalah agak sama dari sudut geraman, desisan, dan serangan yang meliputi gigitan dan cakaran.  

Tanda-Tanda Keagresifan Kucing

  • Geraman:

    Kucing mempunyai bunyi suara yang sangat mempesonakan, dan ia terdiri daripada pelbagai corak vokal untuk berkomunikasi mengenai emosi dan perasaannya. Meskipun bunyi ngiau adalah bunyi yang paling biasa didengari daripada kucing, tetapi bunyi seperti desis dan geraman juga merupakan sesuatu yang lazim bagi kucing dan selalunya disebabkan oleh sikap agresif si manja.
  • Bersembunyi dan enggan keluar:

    Kucing garang biasanya akan menunjukkan sifat keagresifan dengan bersembunyi. Kucing yang berasa gelisah atau tertekan akan mahu bersembunyi daripada orang lain sehingga dirinya tenang, dan mungkin akan menunjukkan keagresifan jika ia dipaksa keluar dari tempat persembunyiannya.
  • Telinga mendatar ke belakang:

    Banyak perkara yang anda boleh pelajari tentang kucing seperti mood dan emosi hanya dengan melihat bahasa badannya, dan kebolehan anda untuk memahami bahasa badan ini dapat memudahkan lagi anda untuk mengeratkan hubungan dengan si manja. Petanda yang menunjukkan kucing garang seperti telinga mendatar ke belakang dapat memberitahu anda bahawa kucing tersebut sedang bersikap agresif.
  • Menggigit semasa anda membelainya:

    Kucing ialah haiwan yang introvert dan sangat mementingkan ruang peribadinya, ini termasuk semasa ia dibelai dan dimanjakan. Rata-rata kucing mempunyai satu tahap toleransi terhadap belaian dan interaksi, dan boleh menunjukkan keagresifan seperti menggigit jika tahap toleransi tersebut dilampaui.
  • Ekor berketar:

    Pergerakan ekor kucing juga termasuk dalam bahasa badan kucing, dan pergerakan tersebut boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis emosi yang dirasai oleh si manja. Sementara ekor yang berlegar di atas dianggap sebagai tanda kemesraan, tapi ekor yang berketar pula menandakan sikap kucing yang agresif.
  • Mencakar perabot:

    Kucing ialah pemburu di habitat semula jadinya, jadi ia akan mengasah kukunya pada batang pokok bagi memudahkan tugasan memburu, atau melindungi dirinya daripada pemangsa. Biarpun kucing peliharaan jarang sekali menunjukkan tingkah laku seperti kucing liar atau kucing gila, ia ada kalanya akan mengasah kuku pada perabot anda misalnya, bagi memastikan ia sentiasa bersedia untuk mengelakkan ancaman.
  • Berdengkur:

    Meskipun berdengkur atau ‘purring’ umumnya dilihat sebagai satu tabiat yang positif, tetapi perbuatan tersebut juga boleh membawa erti yang lain! Selain membuat kucing berasa tenang dan selesa, kucing juga akan ‘berdengkur’ untuk mengurangkan kegelisahan apabila ia berasa tertekan, serta ia mudah tersentap dan menjadi marah.

Jenis-Jenis Keagresifan Kucing

  • Keagresifan Semasa Bermain:

    Bermain secara kasar boleh membuat kucing menjadi agresif, lantas menjurus kepada perbuatan menggigit dan mencakar yang mungkin terpaksa dialami oleh pemilik kucing.
  • Agresif Akibat Ketakutan:

    Kucing marah mungkin akan menunjukkan sikap agresif jika ia berasa tertekan atau ketakutan, yang boleh tercetus menerusi perselisihannya dengan orang atau haiwan yang tidak dikenali, ataupun juga dentuman kuat didengari oleh si manja secara tiba-tiba. 
  • Keagresifan Semasa Belaian:

    Rata-rata kucing mempunyai tahap toleransi mereka sendiri terhadap belaian. Perbuatan membelai yang melampaui tahap toleransi si manja boleh mengakibatkan rangsangan berlebihan, justeru membuat kucing marah lalu memaksa anda untuk jinakkan kucing garang itu.
  • Keagresifan Sebagai Ibu:

    Susulan kelahiran anak-anaknya, ibu kucing akan lebih berjaga-jaga untuk melindungi anaknya, sering kali menjadikan kucing garang bagi menjauhkan ancaman daripada anak-anaknya.
  • Keagresifan Kerana Kawasan:

    Kucing garang kerana mungkin kawasan atau ruangnya diceroboh, lalu membuat kucing marah dan menyerang haiwan atau manusia yang melakukan pencerobohan tersebut.
  • Agresif Kerana Status:

    Sikap keagresifan disebabkan oleh status juga boleh membuat kucing marah, dan sikap agresif ini lazimnya dilihat sebagai petanda yang ia ingin menunjukkan dominan, menjadikan kucing marah lalu mendesis atau menggeram kepada sesiapa yang ia lihat sebagai ancaman atau pesaing, memaksa anda untuk berusaha jinakkan kucing garang.

Bagaimana Kucing yang Garang Dapat Ditenangkan?

Jika anda ingin mengetahui cara tenangkan kucing marah, cuba amalkan tip ini:

  • Dekati si manja dengan berhati-hati
  • Kekang tingkah laku agresifnya
  • Sediakan persekitaran yang selamat
  • Hidangkan snek kucing
  • Sediakan mainan yang sesuai

Apa yang Anda Patut Elakkan Jika Kucing Anda Agresif

Kucing marah akan lebih cenderung untuk menjadi agresif, tetapi jarang sekali ia mempunyai niat untuk mencederakan anda dengan sengaja. Jadi, sebaik-baiknya, lindungi tangan dan kaki anda sebelum anda cuba jinakkan kucing garang. 

Dalam bab cara tenangkan kucing marah dan kucing garang, jangan hukum kucing anda secara fizikal mahupun lisan kerana kaedah ini tidak akan dapat menangani sikap agresif tersebut dengan efektif. Malah, tindakan ini hanya akan membuat kucing anda membenci anda. 

Pada masa yang sama, jangan selalu berikan ganjaran untuk cuba menenangkan kucing yang agresif. Sebaliknya, kucing garang dan agresif perlu diberi latihan yang betul. Juga lebih efisien jika anda mendapatkan nasihat pelatih kucing bagi mencari jalan penyelesaian untuk menangani sikap agresif si manja anda.

Soalan-Soalan Lazim

  • Bagaimana sikap agresif kucing dapat ditangani?

    Bercakap tentang cara tenangkan kucing marah, adalah penting untuk kita mendekati si manja dengan cara yang positif dan bukannya secara kasar. Usaha yang positif seperti memberikan snek, belaian dan mainan boleh bantu menangani sikap kucing garang atau kucing gila.

  • Apakah 4 contoh sikap agresif yang dipamerkan oleh kucing?

    Keagresifan kucing boleh diungkapkan dari pelbagai sudut, bergantung kepada situasi dan tingkah laku kucing tersebut. Melibas, menggigit, mencakar, mendesis dan menggeram adalah antara 4 contoh paling lazim jika kita bercakap tentang sikap agresif kucing atau kucing gila.

  • Apa yang mengakibatkan keagresifan?

    Keagresifan kucing boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor, termasuk apabila kucing anda sedang berasa tertekan, gelisah atau terancam, mengalami rangsangan berlebihan, ruang peribadinya diceroboh, naluri keibuan, ataupun semasa ia sedang bermain. 

  • Bagaimana keagresifan kucing dapat dikurangkan?

    Biarpun kedengaran mencabar, kita harus cuba bersabar dan memberi galakkan kepada si manja, yang boleh dibuat secara efektif dengan memberikan snek, belaian serta mainan misalnya. Di samping itu, ruang peribadi kucing juga harus dihormati dan pastikan ia mempunyai satu persekitaran yang selamat di rumah anda.

  • Apakah perbezaan antara kemarahan dan keagresifan?

    Sebagai pemilik kucing, adalah penting untuk kita mengerti perbezaan antara keagresifan dan kemarahan yang dialami kucing. Walaupun keagresifan kucing boleh meliputi perbuatan seperti melibas, menggigit, mencakar, mendesis, dan menggeram, tetapi kemarahan kucing pula biasanya melibatkan perbuatan yang tidak begitu kasar seperti merajuk.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah