Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kenapa Mulut Kucing Berbau?

Kenapa Mulut Kucing Berbau?

Biarpun selalunya kelihatan elegan, malah giat memastikan dirinya kekal bersih dan rapi, tetapi kucing tidak asing daripada masalah mulut berbau. Jika anda tertanya-tanya kenapa mulut kucing berbau, ia sebenarnya satu perkara yang agak normal bagi kucing. Nafas busuk, atau disebut sebagai halitosis, merupakan satu kondisi lazim bagi kucing, dan juga boleh dialami oleh kucing peliharaan jika kesihatan giginya terabai untuk tempoh yang lama.

Hampir 70% daripada populasi felin akan mengalami suatu jenis masalah kesihatan oral dalam hidupnya. Biarpun mulut kucing yang sedikit berbau tidak perlu dikhuatirkan, tapi halitosis felin boleh melibatkan kes-kes yang lebih ekstrem, di mana bau tersebut menjadi agak keterlaluan, justeru memaksa anda untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor haiwan. Artikel ini merupakan panduan ringkas bagi punca-punca yang mungkin menyebabkan mulut kucing berbau busuk dan cara hilangkan bau mulut kucing.

Kenapa mulut kucing berbau?

Anda tertanya-tanya kenapa mulut kucing berbau? Nafas busuk dalam kalangan kucing merupakan satu isu lazim yang ramai pemilik kucing hadapi dan ingin tangani. Masalah mulut berbau biasanya tidak perlu dikhuatirkan kerana lazimnya ia merupakan sesuatu yang normal bagi haiwan ini. Bagaimanapun, jika nafas busuk tersebut mengganggu anda sebagai seorang pemilik kucing, maka sebaiknya punca masalah tersebut dikenal pasti dahulu, lalu anda boleh cuba menanganinya. Terdapat beberapa sebab kenapa mulut kucing berbau, antara yang paling utama ialah:

  • Punca-punca oral:

    Nafas busuk atau halitosis umumnya berpunca daripada masalah oral, yang mungkin melibatkan pengabaian kesihatan gigi, di samping penyakit mulut seperti gingivitis, pembentukan tartar dan plak, ataupun apabila kucing anda baru sahaja mengambil sesuatu makanan yang berbau ataupun telah basi. Jika mulut kucing anda sangat berbau, anda patut mendapatkan nasihat daripada pakar haiwan.

  • Punca-punca sistemik:

    Di samping punca oral, bau mulut kucing juga sering disebabkan oleh sesuatu yang sistemik, seperti penyakit felin. Kemerosotan kesihatan fizikal, serta kondisi perubatan seperti diabetes felin, ulser dan ruam, jangkitan dan masalah pencernaan, juga boleh menyumbang kepada masalah mulut berbau. Ingat, kucing sakit mulut bau busuk.

Punca-punca mulut kucing berbau busuk -

Memandangkan nafas busuk kucing boleh disebabkan oleh masalah oral dan juga sistemik, dengan mengenal pasti puncanya, ia dapat membantu anda mengambil langkah yang bertepatan untuk menangani masalah ini. Jadi, berikut merupakan antara punca mulut kucing berbau.

  1. Diet yang kurang elok

    Jika bau mulut kucing anda tidak terlalu kuat, maka biasanya ia adalah sesuatu yang normal, mungkin berpunca daripada dietnya yang mencakupi daging haiwan. Bagaimanapun, pengambilan makanan yang mungkin memudaratkan, seperti daging mentah atau yang telah reput, boleh menjadikan mulut kucing anda berbau busuk, malah makanan tersebut juga mungkin mengandungi bakteria seperti salmonela, yang boleh mencetus isu kesihatan lain yang lebih serius. Makanan yang melekat pada gigi kucing juga akan mereput, lantas mengeluarkan bau yang busuk. Jadi, jika anda ingin mengelakkan mulut kucing anda daripada berbau busuk, hidangkan makanan berkualiti tinggit atau makanan kucing premium seperti Sheba.

  2. Gingivitis

    Gingivitis juga merupakan antara punca mulut kucing berbau. Kucing yang berumur lebih mudah menghidap gingivitis, yang boleh menjurus kepada masalah gusi bengkak, pembentukan tartar dan plak, termasuk gusi berdarah. Jika diabaikan untuk tempoh yang lama, gingivitis boleh memikat bakteria, lalu membentuk satu lapisan pada gigi yang akan menyebabkan bau busuk. Gingivitis perlu dirawat dalam kadar segera, atau ia akan menjadi lebih buruk, menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

  3. Penyakit periodontium

    Seperti gingivitis, masalah oral yang diabaikan juga boleh mengakibatkan penyakit periodontium dalam kucing, yang boleh menjurus kepada nafas busuk. Gingivitis, jika lama diabaikan, boleh mencetus penyakit periodontium kronik, di samping pembentukan plak pada gigi dan tisu gusi kucing anda. Proses rawatan penyakit periodontium adalah agak mencabar, dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria lalu menjurus kepada nafas busuk yang dialami kucing.

  4. Isu gastrousus

    Pelbagai penyakit gastrousus turut menjadi punca bagi mulut kucing yang berbau busuk. Penyakit gastrousus disebabkan oleh pengambilan makanan yang rosak ataupun najis, yang boleh menyebabkan mulut kucing berbau busuk. Jika kucing anda cenderung memakan sesuatu yang dianggap bukan makanan, juga disebut sebagai “pica”, ia boleh mengakibatkan masalah pencernaan, membuat mulut kucing berbau, yang mungkin perlu ditangani dengan khidmat bantuan pakar haiwan; sekali lagi menjadi sesuatu yang sinonim, kucing sakit mulut bau busuk.

  5. Stomatitis

    Stomatitis merupakan satu kondisi yang biasanya dikesan pada kucing dan disebabkan oleh keradangan di kawasan tertentu, atau seluruh rongga mulut kucing. Stomatitis boleh mencetus jangkitan bakteria lalu membuat mulut kucing anda berbau busuk. Stomatitis biasanya disebabkan oleh reaksi bakteria dalam mulut dan ia perlu diberi perhatian oleh pakar dalam kadar segera agar ia dapat dirawat dengan sebaiknya. Jika kucing anda menghidap stomatitis, ubat antikeradangan dan klorheksidin boleh bantu menyurutkan pembengkakan dan memperbaiki bau mulut kucing anda.

  6. Penyakit buah pinggang

    Penyakit buah pinggang dalam kucing juga berpotensi untuk menyebabkan mulut kucing berbau busuk, meskipun agak jarang. Kegagalan buah pinggang akut boleh membuat si manja anda mengalami dehidrasi, dan mengakibatkan ulser oral, justeru membuat mulutnya berbau busuk. Kucing yang menghidap penyakit buah pinggang kronik juga didapati boleh mengalami masalah mulut busuk kerana ia akan kerap muntah selain kehilangan berat badan. Jika anda syak masalah mulut busuk kucing anda berpunca daripada penyakit buah pinggang, dapatkan bantuan perubatan pakar dalam kadar segera.

  7. Diabetes

    Diabetes felin juga biasanya dikaitkan dengan bau mulut kucing yang pelik, ekoran disfungsi metabolik yang turut berkait dengannya. Kucing yang menghidap diabetes mempunyai bau mulut yang unik ibarat bau buah-buahan. Ia merupakan satu petanda bahawa ia perlu mendapatkan bantuan perubatan untuk mengelakkan paras gula darahnya menjadi lebih buruk. Kucing yang menghidap diabetes juga menunjukkan simptom seperti kenaikan selera makan, kehilangan berat badan dan juga urinasi.

  8. Penyakit hati

    Penyakit hati kucing juga merupakan antara punca utama mulut kucing berbau, kerana ia boleh menyebabkan masalah pencernaan dalam kucing, membuatnya kerap muntah, lalu menjadikan mulutnya berbau. Selain masalah mulut berbau, penyakit hati juga boleh membuat gigi dan gusinya menjadi kuning, menjejaskan imuniti, selera makan akan merosot, menjadi lesu, serta kerap mengalami masalah pencernaan, muntah dan juga cirit-birit. Kucing anda perlu diberikan bantuan perubatan dalam kadar segera jika anda mengesyaki ia menghidap penyakit hati menerusi bau mulutnya yang busuk.

Cara hilangkan bau mulut kucing

Berikut merupakan antara kaedah yang pemilik kucing boleh amalkan untuk mencegah masalah mulut kucing berbau:

  • Berus gigi kucing anda

    Amalan memberus gigi kucing adalah satu cara yang efektif untuk menghilangkan bau mulut kucing, termasuk masalah gigi yang lain.

  • Gunakan aditif air untuk kucing

    Aditif air untuk diminum oleh kucing hadir dalam pelbagai perisa dan boleh mengurangkan bau mulut.

  • Snek dan mainan kunyah

    Snek kunyah yang dirumus untuk kesihatan gigi kucing, termasuk mainan kunyah yang mengandungi agen-agen berperisa boleh membantu menghilangkan bau busuk mulut kucing.

  • Diet yang berkualiti

    Dengan memastikan pemakanan kucing anda sihat dan berkualiti tinggi, iaitu dengan memasukkan makanan kucing premium dan snek kucing seperti makanan kucing Sheba serta makanan yang dimasak di rumah, anda boleh menangani masalah halitosis ini.

  • Kunjungan berkala ke klinik haiwan

    Halitosis atau nafas busuk dalam kucing juga disebabkan oleh penyakit seperti diabetes, masalah pencernaan, penyakit buah pinggang dan hati, serta kanser. Jadi, kunjungan ke klinik haiwan adalah penting untuk memastikan masalah nafas berbau tersebut tidak berpunca daripada sesuatu komplikasi yang serius.

Kesimpulan

Mulut kucing sepatutnya mempunyai satu bau yang neutral, menunjukkan bahawa kesihatan oralnya berada di tahap yang baik. Jika bau mulut kucing anda tidak keterlaluan, maka anda tidak perlu khuatir, kerana ia mungkin disebabkan oleh dietnya sahaja. Bagaimanapun, jika bau mulut kucing anda agak teruk, maka anda mungkin perlu mendapatkan bantuan pakar, kerana penyakit oral merupakan antara punca utama bagi nafas busuk yang dialami kucing. Dapatkan perkhidmatan pakar untuk menangani masalah ini kerana jika tidak, ia mungkin menjejaskan kesihatan dan gaya hidupnya dari pelbagai sudut yang lain. Ingat, kucing sakit mulut bau busuk. Jika anda mendapati kucing anda mempunyai nafas yang busuk, cuba amalkan pemberian makanan dan snek kucing premium keluaran Sheba untuk membantu menghilangkan masalah mulut busuk di samping memastikan si manja anda kekal terhidrat dan mendapat khasiat yang secukupnya.

Soalan-Soalan Lazim

 
  • Bagaimana saya dapat menangani masalah mulut berbau kucing saya di rumah?

    Cara yang paling efektif untuk menangani masalah mulut kucing berbau adalah dengan memberus giginya. Dengan memberus gigi kucing anda, cebisan makanan yang melekat pada giginya boleh dibuang, mengelakkannya daripada mereput dan mengeluarkan bau busuk.

  • Bagaimana saya dapat mengenal pasti yang nafas busuk kucing saya itu dilatari sesuatu masalah?

    Adalah normal bagi mulut kucing untuk mempunyai bau yang tidak keterlaluan, bergantung kepada diet yang biasanya mengandungi daging haiwan. Bagaimanapun, jika baunya terlalu busuk, maka kucing tersebut mungkin mengalami masalah halitosis, yang perlu mendapatkan rawatan pakar untuk ditangani.

  • Adakah normal jika mulut kucing saya berbau?

    Mulut kucing yang berbau sedikit adalah normal. Memandangkan kucing ialah haiwan karnivor, diet utamanya akan mencakupi daging haiwan, yang boleh melekat pada giginya lalu mengeluarkan bau busuk. Bagaimanapun, nafas busuk yang berpanjangan mungkin disebabkan oleh masalah yang lain.

  • Bolehkah makanan kucing membuat mulut kucing berbau?

    Makanan kucing jenis basah dan kenyal boleh melekat pada gigi kucing lalu mereput, membuat mulut kucing anda berbau. Anda boleh mengelakkannya dengan menghidangkan campuran makanan kucing premium jenis basah dan kering daripada Sheba.

  • Bagaimana saya dapat membersihkan gigi kucing saya?

    Anda boleh membersihkan gigi kucing anda di rumah dengan memberus menggunakan berus gigi yang lembut berserta ubat gigi yang dirumus untuk kucing. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah mulut berbau, tapi juga menjauhkan komplikasi oral seperti gingivitis dan penyakit periodontium.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah