Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Cara Menghilangkan Stress Kucing & Menenangkan Kucing yang Stress

Cara Menghilangkan Stress Kucing & Menenangkan Kucing Yang Stress

Kucing merupakan spesis haiwan yang berkelakuan diraja dan ia boleh jadi sangat membebankan apabila dimanjakan oleh manusia! Jika anda sudah lama menjadi pemilik kucing, anda pasti tahu betapa beremosi dan sensitifnya kucing anda. Kucing adalah makhluk yang sangat pintar yang boleh melihat persekitaran mereka secara kritis, dan memaparkan pelbagai jenis emosi. Oleh kerana kucing bersifat sensitif, mereka tidak suka perubahan secara tiba-tiba pada persekitarannya. Jadi, perubahan yang tidak dijangka boleh menyebabkan mereka letih atau kecewa, dan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal mereka juga. Jadi, jika kucing anda kecewa atau tertekan, adalah penting untuk membantu mereka hilangkan stress mereka.

Tetapi bagaimana untuk anda mengetahui kucing anda tertekan dan apakah cara menghilangkan stress kucing?

Stress mudah dilihat pada tingkah laku kucing anda. Stress boleh membuatkan kucing yang paling mesra kelihatan menyepikan diri. Di samping itu, anda boleh mengetahui kucing anda tertekan jika dia menunjukkan kurang toleransi terhadap orang sekeliling, atau menolak sebarang sentuhan kasih sayang seperti pelukan atau usapan kepala. Kucing tertekan juga akan bersifat agresif seperti kerap berdesis.

Stress boleh menjejaskan makan dan minum kucing anda. Sekiranya kucing anda kurang makan atau minum semasa tertekan, selain mengalami dehidrasi, mereka juga boleh mengalami masalah kesihatan yang serius. Oleh itu, kenal pasti tanda stress pada kucing anda dan ketahui bagaimana untuk menangai kucing tertekan.

Mengenal pasti tanda stress pada kucing

Stress pada kucing boleh dilihat daripada gejala fizikal dan juga tingkah laku. Beberapa tanda utama adalah seperti berikut yang akan membantu anda menangani kucing yang tertekan:

  1. Gejala fizikal

    • Cirit-birit

      Selain daripada menjadi gejala kesakitan, cirit-birit juga boleh menunjukkan stress pada kucing anda. Cirit-birit boleh menyebabkan kehilangan air yang pantas dari badan kucing, menjadikannya lebih lemah dan terdedah untuk menjadi lebih sakit. Jika kucing anda mengalami cirit-birit lebih daripada beberapa hari, ia mungkin memerlukan rawatan perubatan.

    • Muntah

      Muntah adalah satu lagi gejala utama pada kucing tertekan dan jika kucing anda kerap muntah atau muntah lebih beberapa hari, dapatkan rawatan perubatan segera. Muntah boleh menyebabkan dehidrasi dan kurang selera makan. Muntah yang kerap boleh menyingkirkan nutrien penting dari badan, menyebabkan kucing anda sakit lebih teruk.

    • Hidung/Mata berair

      Hidung dan mata berair juga menunjukkan kucing tertekan. Sekiranya kucing mengalami hidung dan mata berair, mereka akan rasa tidak selesa dan akan menjilat hidung dengan kerap. Ini akan kerap mengakibatkan pertumbuhan bakteria. Air mata yang meleleh akan meninggalkan kesan di bawah mata seterusnya menggalakkan jangkitan bakteria

    • Kurang selera makan

      Stress boleh menyebabkan kucing anda tidak mahu makan atau minum. Kekurangan selera makan boleh menjadi masalah pada kucing anda, dan lama-kelamaan membuatkan mereka lemah dan sakit, serta menyebabkan dehidrasi dan kebuluran. Jika kucing anda tidak makan, ambil perhatian dan berjumpalah dengan doktor haiwan jika perlu.

    • Turun/naik berat badan secara tiba-tiba

      Stress kerap menyebabkan kucing anda tidak mahu makan atau minum, atau menyebabkan mereka makan berlebihan. Ini akan menyebabkan mereka turun atau naik berat badan secara tiba-tiba. Walaupun penurunan berat badan secara tiba-tiba boleh menjadikan kucing anda lemah dan terdedah kepada beberapa penyakit, kenaikan berat badan secara tiba-tiba juga tidak sihat. Ia selalunya menyebabkan obesiti, sakit jantung dan sakit buah pinggang.

  2. Gejala Tingkah Laku

    • Perubahan tingkah laku

      Stress pada kucing boleh dilihat daripada perubahan tingkah laku mereka. Stress boleh membuatkan kucing yang paling mesra menjadi garang dan agresif. Jadi, jika si comel yang suka memeluk secara tiba-tiba menjauhkan diri dan tidak mahu dibelai dan dipeluk, ia mungkin petunjuk jelas yang mereka stress dan kerengsaan.

    • Toileting outside the litter box.

      Perubahan besar seperti pindah ke rumah baru akan menyebabkan kucing tertekan dan menjadi sangat bimbang. Kucing bukan sahaja tidak suka perubahan, tetapi mereka juga mungkin akan kekal kecewa sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru. Oleh kerana menggunakan kotak pasir adalah perilaku kucing yang menunjukkan kelemahan dan merendahkan pertahanan mereka, kucing yang mengalami tekanan mungkin memilih untuk membuang di luar kotak pasir untuk mengelak daripada menunjukkan kelemahan mereka.

    • Mencakar secara berlebihan

      Mencakar adalah perkara biasa di kalangan kucing. Kebanyakan kucing termasuk kucing domestik, mencakar untuk mengasah kuku dan membuang sel tisu mati dan longgar. Walau bagaimanapun, jika kucing anda mencakar dengan berlebihan, ia mungkin menunjukkan yang mereka mengasah kuku untuk bertindak balas terhadap sesuatu, ia merupakan satu lagi tanda stress.

    • Agresif

      Agresif adalah gejala biasa apabila kucing stress dan bimbang. Walaupun kebanyakan kucing santai dan tenang, tekanan boleh berlaku secara dalaman menjadikan mereka gelisah dan cuba mempertahankan diri lebih daripada biasa. Jika anda melihat kucing anda bertindak garang dan menjauhkan diri secara tiba-tiba, beri mereka ruang sehingga mereka tenang adalah idea yang baik.

    • Mengiau secara berlebihan

      Kucing dewasa mengiau untuk berkomunikasi dengan manusia kegemarannya. Jika kucing anda mengiau secara berlebihan, ia mungkin menunjukkan mereka ingin menarik perhatian dan beritahu anda sesuatu yang serius. Mengiau secara berlebihan juga petanda stress di mana mereka kerap memerlukan bantuan anda. Oleh itu, penting untuk mencurahkan kasih sayang kepada mereka semasa masa yang sukar ini. Walau bagaimanapun, kucing tertekan boleh menjadi sangat memenatkan, jadi penting untuk mengetahui cara hilangkan stress kucing.

Cara hilangkan stress kucing

Jika kucing anda mengalami kebimbangan dan stress, adalah penting untuk mengetahui cara hilangkan stress kucing sebelum mereka jatuh sakit. Berikut adalah cara hilangkan stress kucing.

  • Sediakan kotak pasir yang sesuai

    Kotak pasir yang selesa boleh menjadi cara terbaik untuk menenangkan kucing anda. Memandangkan penggunaan tandas adalah aktiviti peribadi di mana kucing merendahkan pertahanannya, dengan menyediakan persekitaran yang selamat dengan kotak pasir yang sesuai boleh membantu kucing anda berasa selesa dan mengurangkan kebimbangan dan stress.

  • Beli makanan kucing berkualiti

    Sama seperti anda berasa tenang dengan rasa dan bau makanan lazat, makanan kucing berkualiti juga boleh menaikkan mood semasa kucing tertekan. Selain itu, kucing selalunya mengelak untuk makan atau minum semasa tertekan, jadi makanan kucing yang berkualiti boleh membantu mengembalikan selera makan mereka. Simpan bekalan makanan kucing dari Sheba untuk memastikan kucing anda menerima semua nutrien penting yang membantu mengurangkan kebimbangan dan kesedihan. Makanan kucing premium Sheba telah direka khas untuk raja dan permaisuri yang megah seperti kucing anda. Oleh itu, resipi mewah makanan kucing Sheba boleh melegakan kucing anda daripada mood buruk mereka.

  • Pastikan air minum bersih tersedia

    Kucing akan mengelak untuk meminum air semasa tertekan. Selain itu, stress menyebabkan kucing mengalami cirit-birit dan kerap muntah, seterusnya menyebabkan kehilangan air dari badan. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang serius seperti kegagalan buah pinggang dan penyakit hati. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan air minum yang mencukupi di sekitar rumah supaya kucing anda boleh menikmati minuman yang menyegarkan dengan cepat.

  • Sediakan tempat bertenggek

    Kucing berevolusi daripada haiwan pemangsa, dan walaupun kucing domestik jarang menunjukkan naluri pembunuh, tetapi mereka masih mengekalkan tabiat memburu, seperti bertenggek di tempat tinggi dan menggunakannya sebagai sudut pandang. Pada kucing domestik, bertenggek ialah aktiviti normal yang memberi ketenangan kepada mereka dan membuatkan mereka peka dengan persekitaran. Jadi, jika kucing anda berasa tertekan, sediakan tempat bertenggek di sekeliling rumah boleh menggalakkannya untuk memanjat dan menilai persekitarannya. Ini boleh membantu mereka berasa yakin tentang tempat tinggal mereka dan berasa santai.

  • Bermain dengan kucing anda dengan kerap

    Seperti manusia, bermain adalah aktiviti terbaik dilakukan apabila berasa tertekan. Ia bukan sahaja untuk melepaskan stress, tetapi ia juga meningkatkan pengeluaran serotonin di dalam badan, membantu kita berasa selesa. Bermain dengan kucing juga memberikan kesan yang sama, iaitu membantu mereka tenang. Di samping itu, bermain dengan kucing juga dapat mencipta kenangan berharga dan meluangkan masa berkualiti yang membantu membina ikatan yang lebih mendalam dan bermakna antara anda dan si comel.

  • Elak perubahan persekitaran secara tiba-tiba

    Kucing tidak sukakan perubahan secara tiba-tiba. Jadi, perubahan persekitaran secara tiba-tiba seperti berpindah rumah atau kawasan akan menyebabkan kucing tertekan dan bimbang. Mereka mungkin mengambil masa untuk menerima persekitaran baru. Memandangkan kucing adalah makhluk yang ingin tahu, berilah peluang pada mereka untuk menjelajah kawasan baru mengikut rentak mereka dan bukan perkenalkan kawasan baru secara mengejut. Jadi, jika anda terfikir cara menghilangkan stres kucing, elakkan perubahan persekitaran secara tiba-tiba. Sebaliknya, biasakan kucing anda dengan kawasan baharu secara perlahan untuk membantu mereka mengelakkan stress.

  • Sediakan kawasan mencakar

    Mencakar adalah aktiviti biasa bagi kucing, mereka mencakar untuk memastikan kukunya tajam dan memastikan tapak kaki bebas daripada kulit dan tisu mati. Memperkenalkan kawasan mencakar pada kucing anda dapat membantu mereka menyalurkan emosi yang terpendam untuk mengelakkan kehancuran emosi. Mencakar juga membantu kucing berasa santai dan melegakan stress. Oleh itu, pastikan anda sediakan tiang cakar dan mainan kunyah yang mencukupi untuk kucing anda menghilangkan stress kucing.

  • Rujuk ahli professional

    Tekanan pada kucing jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan kesihatan mereka. Stress dan kebimbangan yang berterusan boleh menjadikan kucing anda garang, dan kurang berminat pada cinta dan kasih sayang, ia akan memburukkan lagi kesihatan mental mereka. Di samping itu, tekanan boleh memberi kesan jangka panjang yang boleh menurunkan imuniti mereka, menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit biasa. Jadi, jika kucing anda sering menunjukkan tanda-tanda stress, rujuk doktor haiwan untuk mendapatkan pendapat professional cara menghilangkan stress kucing.

    Jika kucing anda tertekan dan hilang selera makan, salah satu cara terbaik untuk menyembuhkan stress kucing dengan memperkenalkan Sheba Premium Cat Food. kesihatan mereka tetapi memastikan mereka bertenaga dan aktif. Sheba Premium Cat Food boleh didapati dalam pelbagai bentuk, daripada makanan kucing basah yang menyelerakan seperti Sheba Pouch Chicken hingga snek kucing lazat berkrim seperti Perisa Sheba Melty Tuna & perisa Tuna dan Makanan Laut. Bantu kucing anda mengatasi kebimbangan dan stress dengan hidangan lazat dari Sheba Premium Cat Food. Sheba bukan sekadar makanan kucing, ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan untuk kucing diraja.

Soalan Lazim

 
  • Apakah yang terjadi jika kucing sangat tertekan?

    Stress pada kucing bukanlah petanda yang baik. Jika kucing anda stress, mereka mungkin menunjukkan perubahan tingkah laku seperti agresif, tidak mahu bersosial, permusuhan dan kegelisahan. Di samping itu, stress menyebabkan kucing hilang selera makan, kerap muntah, cirit-birit dan turun atau naik berat badan secara tiba-tiba. Dalam erti kata yang mudah, stress memudaratkan kesihatan kucing anda.

  • Apakah rupa kebimbangan kucing?

    Kebimbangan kucing boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, salah satu tanda biasa adalah turun atau naik berat badan secara tiba-tiba. Selain itu, kucing yang mengalami kebimbangan mudah menunjukkan gejala seperti hilang selera makan, agresif, mencakar berlebihan dan membuang najis di luar kotak pasir.

  • Adakah catnip membantu kucing yang mengalami kebimbangan?

    Catnip merupakan cara terbaik membantu kucing yang mengalami kebimbangan. Memandangkan catnip tidak mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan kucing, ia biasanya disyorkan oleh doktor haiwan untuk membantu meredakan kebimbangan kucing. Selain daripada membantu mereka tenang, catnip juga mempunyai manfaat perubatan yang menggalakkan rehat.

  • Adakah kucing saya tertekan atau sakit?

    Jika kucing anda menunjukkan tanda fizikal seperti hilang selera makan, muntah, ciri-birit atau hidung dan mata berair, ia mungkin menunjukkan kesihatannya merosot. Walau bagaimanapun, jika gejala fizikal turut disertai dengan perubahan tingkah laku tertentu, seperti mencakar berlebihan, agresif dan mengiau secara berterusan, ini bermakna kucing anda sedang tertekan.

  • Apakah yang akan terjadi apabila kucing sangat tertekan?

    Jika kucing sangat tertekan, ia mungkin memberi kesan negatif pada kesihatan mental dan fizikal. Stress boleh menyebabkan kucing hilang imuniti, menjadikan mereka terdedah pada penyakit biasa kucing. Selain itu, stress juga boleh membahayakan kesihatan mental mereka, membuatkan mereka mudah marah dan menjauhkan diri dari manusia kegemarannya. Semasa stress, kucing mungkin tidak kelihatan terlalu mesra, jadi adalah lebih baik memberikan ruang yang mereka perlukan.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah