Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kegunaan Catnip untuk Kucing

Kegunaan Catnip Untuk Kucing

Catnip popular sebagai pemikat kucing dan haiwan ini suka mengunyah tumbuhan catnip untuk kucing merasai kesannya. Kesan catnip pada kucing adalah berbeza-beza, tapi umumnya, ia dapat membuat kucing berasa tenang dan gembira. Antara petanda yang menunjukkan bahawa kucing sedang khayal daripada catnip ialah ia akan meregangkan badan, terliur, selain hilang kepekaan. Bagaimanapun, bagi rata-rata pemilik kucing yang baharu, mereka mungkin masih kurang arif dalam bab catnip ini. Jadi, artikel ini ditujukan untuk menjelaskan apa itu catnip, dan mengapa si manja anda amat menyukainya.

Apa itu catnip?

Catnip, atau nama saintifiknya nepeta cataria, merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari benua Asia dan Eropah, serta dikenali atas kesannya terhadap kucing, yang sering kali mencuit hati untuk dilihat. Tumbuhan catnip berwarna hijau dengan sentuhan rona kelabu, dedaunnya berbentuk hati, dan ia juga mengandungi elemen kimia yang dinamakan nepetalakton.

Catnip tergolong di bawah famili pudina dan ia menghasilkan sejenis elemen kimia yang disebut sebagai nepetalakton dalam ulas-ulas kecil yang terbentuk pada dedaun dan batangnya. Nepetalakton, apabila ia memasuki sistem seekor kucing, boleh mengaktifkan beberapa kawasan dalam otak kucing yang bertanggungjawab bagi mengawal emosi dan tingkah laku. Nepetalakton akan meningkatkan beban sensori, yang mempunyai kesan yang menyenangkan ke atas kucing. Dengan menghancurkan ulas pada daun dan batang tumbuhan catnip ini, elemen kimia nepetalakton yang terkandung di dalamnya akan terbebas. Nepetalakton boleh diambil oleh kucing melalui pelbagai cara. Oleh kerana kebanyakan kucing akan mengunyah daun catnip, bahan kimia tersebut akan memasuki tubuh kucing melalui mulutnya. Di samping itu, nepetalakton juga boleh menimbulkan reaksi kucing jika bahan tersebut mengaktifkan reseptor olfaktori di dalam hidung apabila kucing menghidunya, mencetus reaksi sensori dalam otak kucing tersebut.

Adakah catnip baik untuk kucing? Ya! Ini adalah kerana antara fungsi catnip untuk kucing ialah ia mampu membuat kucing berasa tenang. Bagaimanapun, pengaruh catnip pada kucing biasanya akan surut dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja.

Kesan catnip pada kucing

Kucing biasanya akan merasai pengalaman euforia daripada catnip, dan antara fungsi catnip untuk kucing yang utama ialah kemampuannya untuk menenangkan kucing. Nepetalakton mencetus tindak balas sensori dalam seekor kucing, yang boleh membuatnya bersin, menjilat, mengunyah, menggosok pipi, dan berguling-guling dekat dedaun catnip tersebut.

Di bawah pengaruh nepetalakton, kucing akan hilang kepekaan, meregang dan terliur. Pengaruh tersebut bagaimanapun hanya bertahan sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.

Di samping reaksi yang dapat dilihat dengan jelas ini, catnip juga boleh membuat kucing mengalami perubahan emosi, membuatnya berasa lebih tenang dan gembira. Oleh kerana nepetalakton juga memberi kesan ke atas kawasan otak yang mengawal fungsi-fungsi motor, ia boleh membuat kucing berasa hiperaktif.

Catnip tidak membawa ketagihan bagi kucing, dan setelah kesannya surut, kucing anda akan berkelakuan seperti normal semula. Kucing yang baru sahaja mengalami kesan khayal daripada catnip tidak akan tertarik dengan tumbuhan tersebut selama beberapa jam setelah pengaruh tersebut surut.

Adakah catnip baik untuk kucing? Ya! Kucing biasanya akan mengalami tekanan akibat sesuatu perubahan di persekitarannya. Catnip boleh digunakan sebagai solusi dalam situasi tersebut. Malah, ia juga boleh digunakan untuk menenangkan si manja semasa ia sedang sakit.

Adakah semua kucing mempunyai reaksi terhadap catnip?


 Respons kepada catnip adalah diwarisi secara genetik, jadi kesannya tidak sama untuk semua kucing. Hanya 60% kucing yang mempunyai reaksi terhadap tumbuhan catnip. Di samping itu, anak kucing juga biasanya belum mempunyai keupayaan untuk mengalami reaksi daripada catnip sehinggalah usianya mencecah 6 bulan.

Juga terdapat alternatif bagi catnip yang mempunyai kesan yang serupa - iaitu silvervine! Ia merupakan tumbuhan seumpama catnip yang biasanya boleh ditemui di Jepun, China, dan Rusia. Silvervine juga menghasilkan buah yang boleh dimakan, dengan fungsi kebaikan catnip yang serupa untuk kucing.

Bagaimana catnip diberikan kepada kucing

Menerusi fungsi-fungsi bermanfaat yang dibekalkan oleh tumbuhan catnip untuk kucing, ia digunakan sebagai alat yang popular untuk melatih kucing selain boleh digunakan untuk memanjakan kucing anda. Dan antara kelebihan utamanya ialah, selain boleh disemai di rumah, catnip bergred komersial juga mudah didapati di kedai-kedai haiwan peliharaan dalam bentuk semburan, serbuk catnip, dan juga mainan. Semburan catnip merupakan alternatif yang terbaik bagi catnip organik kerana ia mengandungi nepetalakton dalam kuantiti yang agak banyak, yang dapat memberi kesan kepada kucing anda secara efektif.

Catnip kering juga boleh dibeli dan disapu pada mainan atau tempat cakaran untuk menggalakkan kucing anda bermain dan bersenam. Semasa anda keluar bersama si manja ke kawasan yang baharu, atau semasa mengunjungi klinik haiwan, taburkan sedikit nepetalakton di sekelilingnya untuk menenangkan kucing anda.

Adakah catnip selamat untuk kucing?

Ada pemilik kucing yang khuatir tentang penggunaan catnip, tetapi kajian telah membuktikan bahawa tumbuhan ini sebenarnya selamat untuk kucing. Catnip tidak membawa ketagihan dan tidak mendatangkan masalah pengambilan dos berlebihan, jadi pemilik kucing tidak perlu risau jika mereka terberi bahan ini dalam jumlah yang banyak kepada kucing mereka.

Sebaliknya, tumbuhan catnip untuk kucing mempunyai pelbagai manfaat! Ia boleh membantu memperbaiki sistem penghadaman kucing anda. Bagaimanapun, jika anda kerap mengamalkan pemberian catnip kepada kucing, pastikan ia diberikan dalam kuantiti yang bersesuaian. Meskipun kita tidak perlu risau tentang masalah pengambilan dos berlebihan, ia masih boleh mengganggu proses penghadaman kucing anda, dan berpotensi untuk membuatnya jatuh sakit.

Di samping itu, penggunaan catnip untuk tempoh yang panjang juga boleh membuat kucing anda hilang daya tarikan terhadapnya, lantas mengurangkan kesan positif tumbuhan tersebut pada kucing anda.

Soalan-Soalan Lazim

  • Adakah kucing suka menjadi khayal di bawah pengaruh catnip?

    Catnip membekalkan kesan euforia yang disukai oleh kucing. Di samping itu, antara fungsi catnip untuk kucing ialah ia juga boleh menimbulkan reaksi positif seperti ketenangan dan kegembiraan.

  • Apa yang akan berlaku jika kucing diberikan terlalu banyak catnip?

    Antara kebaikan catnip ialah ia tidak membawa ketagihan dan kesannya akan bertahan selama 10 hingga 15 minit sahaja. Catnip juga tidak membawa maut dan tidak bertoksik, jadi kucing boleh mengambilnya dengan selamat. Catnip yang diambil secara berlebihan tidak memudaratkan kucing, tetapi ia boleh mengganggu penghadamannya.

  • Mengapa catnip boleh membuat kucing khayal?

    Tumbuhan catnip untuk kucing mengandungi nepetalakton, yang mempunyai daya penarik terhadap kucing dan mampu mempengaruhi beberapa bahagian dalam otak kucing yang mengawal emosi serta tindakan. Pengambilan nepetalakton melalui mulut atau hidung boleh mengaktifkan reseptor-reseptor tertentu, lalu mencetus reaksi sensori kucing.

  • Sekerap manakah patut saya beri catnip kepada kucing saya?

    Terdapat pelbagai kebaikan catnip untuk kucing. Bagaimanapun, jika kucing anda masih baharu dalam bab penggunaan catnip, atau tidak pernah menggunakannya sebelum ini, cuba berikannya dalam kuantiti yang sedikit dahulu dalam jangka waktu tertentu.

  • Bolehkah catnip menenangkan kucing yang sedang tertekan?

    Catnip biasanya digunakan untuk menenangkan kucing yang sedang tertekan. Catnip mengandungi nepetalakton, yang mempunyai kesan euforia terhadap kucing dan boleh menenangkannya. Oleh itu, catnip juga merupakan satu alat yang efektif untuk menangani tekanan.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah