Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Penjagaan Gigi Kucing

Penjagaan Gigi Kucing

Umumnya gigi kucing akan berbau sedikit, tetapi bau yang terlalu kuat adalah bukan petanda yang baik dan mungkin disebabkan oleh suatu masalah melibatkan gigi. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan gigi kucing bersih, yakni bagi mencegah penyakit periodontal dan juga masalah kesihatan yang lain. Biarpun kedengaran agak mencabar, dengan mempelajari cara bersihkan gigi kucing yang betul, anda boleh meningkatkan tahap kesihatan mulut kucing anda. Baca lebih lanjut mengenai cara bersihkan gigi kucing atau berus gigi kucing, dan hindari masalah melibatkan gigi kucing sekarang.

Mengapa Anda Harus Memberus Gigi Kucing Anda

Kucing merupakan sejenis haiwan yang mempunyai sifat kasih sayang, ia lazimnya akan meluahkan perasaan kasih sayang tersebut dengan menjilat atau mencium wajah manusia kegemarannya. Meskipun gigi kucing biasanya sedikit berbau, dengan mempelajari cara bersihkan gigi kucing yang betul anda boleh memastikan gigi dan kesihatan mulut kucing anda sentiasa terjaga.

Rata-rata kucing akan mengalami masalah gigi, dan dengan mengetahui cara bersihkan gigi kucing yang betul, anda boleh mengelakkan pembentukan plak pada gigi kucing anda. Hampir 50% hingga 80% daripada kucing yang berusia atas empat tahun lazimnya menghidapi penyakit periodontal akibat pembentukan plak yang boleh menebal lalu menjadi mineral, menjurus kepada masalah karang gigi kucing. Masalah karang gigi kucing yang serius, jika diabaikan, juga boleh menjurus kepada gingivitis dan penyakit periodontal yang boleh merosakkan gigi kucing lalu menyebabkan giginya hilang secara kekal.

Berapa Kerapkah Patut Saya Memberus Gigi Kucing Saya?

Seperti manusia, gigi kucing juga perlu diberus selalu untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan pembentukan plak. Memandangkan kucing atas usia 4 tahun adalah lebih cenderung mengalami masalah gigi seperti gingivitis, periodontitis dan keradangan gigi, maka adalah penting untuk kita memberi perhatian ke atas kesihatan gigi kucing dan untuk berus gigi kucing sekerap yang mungkin. Selain mencegah pembentukan karang gigi kucing dan penyakit periodontal, penjagaan gigi juga boleh mengelakkan mulut si manja anda daripada berbau. 

Ada kalanya kucing anda mungkin tidak suka giginya diberus. Jika anda mengalami situasi ini, anda boleh menggunakan gel gigi yang mengandungi enzim dengan fungsi untuk mengekang pembentukan karang gigi kucing, atau dengan menghidangkan snek kucing dengan ramuan air khas bagi menghilangkan plak dan cebisan makanan yang terperangkap pada gigi kucing.

Langkah semasa memberus gigi kucing

Ramai pemilik kucing yang tertanya-tanya cara bersihkan gigi kucing yang betul tanpa mencederakan gusi kucing yang sensitif. Jadi, berikut merupakan antara tip mudah yang boleh diikuti mengenai cara bersihkan gigi kucing: 

  • Pilih untuk memberus gigi kucing anda semasa ia berada dalam keadaan tenang.
  • Berdiri di belakang kucing dan halakan si manja anda ke hadapan. Belai dan gosok wajah kucing anda agar ia berasa selesa.
  • Dongakkan kepala kucing anda dan dedahkan giginya.
  • Masukkan berus gigi ke dalam mulut kucing, dan dengan pergerakan membulat secara perlahan, berus gigi kucing anda dari hadapan ke belakang, selama sekitar 10 saat.
  • Ulang di bahagian yang seterusnya.
  • Hadiahkan belaian dan snek yang kucing anda sukakan.

Jenis berus gigi apakah yang patut digunakan untuk memberus gigi kucing?

Selain mengetahui cara berus gigi kucing, pemilihan berus gigi kucing yang betul juga adalah penting demi kesihatan gigi si manja anda. Berus gigi yang dicipta untuk manusia adalah kurang sesuai bagi kucing kerana ia mempunyai gentian yang tajam yang boleh mencederakan gusi sensitif kucing anda, selain menghakis lapisan enamel yang melindungi giginya. 

Sebaliknya, penggunaan berus gigi yang dirumus khas untuk kucing, seperti yang boleh didapati di kedai haiwan adalah amat penting. Berus gigi kucing yang lembut ini adalah lebih sesuai untuk gigi dan gusi kucing anda yang sensitif, serta didatangkan dengan pemegang yang melengkung, dalam saiz kecil, serta gentian yang lembut. Untuk memudahkan lagi tugas memberus ini, anda boleh mendapatkan berus gigi jari yang dapat dimuatkan pada jari anda lalu digunakan untuk berus gigi kucing anda.

Kesimpulan

Dari satu sudut, tugas memberus gigi kucing anda mungkin kedengaran mencabar, tetapi kebersihan gigi kucing adalah sangat penting kerana ia dapat mencegah pembentukan tartar lalu mengelakkan pelbagai masalah gigi. Di samping itu, memberus juga boleh mengelakkan mulut kucing anda daripada berbau, maka anda boleh memeluk dan mencium kucing anda dengan lebih selesa dan sepuas-puasnya.   

Tapi ingat juga bahawa mulut kucing mempunyai bakteria yang mungkin berbahaya bagi manusia. Jadi, untuk memastikan kesihatan gigi kucing anda dan juga kesihatan diri anda terjaga, anda disarankan untuk memakai sarung tangan semasa memberus gigi si manja.

Soalan-Soalan Lazim

  • Berapakah bilangan gigi yang kucing miliki?

    Seperti manusia, gigi kucing terdiri daripada dua barisan. Anak kucing pada mulanya akan mempunyai 26 gigi susu, ia akan gugur semasa kucing menginjak dewasa, lalu akan digantikan dengan 30 gigi kekal semasa usia dewasa.

  • Patutkah kita memberus gigi kucing?

    Gigi kucing mungkin akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, tapi pengabaian kebersihan mulut kucing anda juga boleh menjurus kepada pembentukan plak, yang boleh mengeras dan menjadi mineral, lalu mengakibatkan penyakit periodontal. Jadi, anda haruslah gosok gigi kucing anda secara kerap. 

  • Bagaimana saya dapat membersihkan gigi kucing saya?

    Ramai pemilik kucing yang ingin mengetahui cara gosok gigi kucing yang betul. Meskipun tugas gosok gigi kucing tampak mencabar, anda boleh memudahkannya dengan memberi belaian dan snek sebelum anda gosok gigi kucing anda.

  • Bolehkah saya gunakan ubat gigi biasa untuk kucing?

    Tidak, ubat gigi biasa yang dicipta untuk manusia mengandungi fluorida yang mungkin bersifat toksik kepada kucing anda semasa anda gosok gigi kucing. Perisa yang kuat dalam ubat gigi manusia juga tidak sesuai untuk digunakan bagi gigi kucing yang sensitif. 

  • Apa yang saya boleh gunakan selain ubat gigi kucing?

    Sebaiknya berus gigi dan ubat gigi yang dicipta khas untuk kucing digunakan semasa gosok gigi kucing, tetapi anda juga boleh menggunakan gel gigi berasaskan enzim jika kucing anda tidak suka giginya diberus.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah