Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Memahami Tabiat Pemakanan Kucing

Memahami Tabiat Pemakanan Kucing

Jika anda masih ingat dengan Garfield, kucing oren berbelang yang membenci hari Isnin dan suka menyakat anjing saudaranya, Odie, anda pasti ingat bagaimana Garfield menyukai makanan Itali kegemarannya – lasagna. Walaupun tiada penghujung apa yang Garfield suka makan untuk tengah hari nanti, sebagai pemilik kucing, anda pasti tahu makanan kegemaran yang sentiasa difikirkan oleh rakan kucing anda!

Bagi setiap makhluk hidup, diet yang seimbang adalah sangat penting dan kebanyakan pemilik kucing sangat bimbang tentang pengambilan makanan kucing mereka. Corak pemakanan normal kucing bergantung pada umur dan bakanya. Untuk kucing dewasa, berikan sekurang-kurangnya dua hidangan makanan kucing sehari untuk dianggap sebagai hidangan penuh. Walau bagaimanapun, sesetengah baka kucing perlu diberi makan hampir 6-7 kali sehari untuk mengekalkan kehidupan yang sihat.

Sebagai kucing yang bersifat raja, mereka sangat memilih dengan apa yang mereka makan. Tetapi ia tidak bermaksud kucing tidak makan makanan yang tidak boleh dimakan manusia. Cara mereka adalah sangat bermisteri, seperti mereka juga! Inilah sebab mengapa apabila berkenaan makanan mereka, pemilik baru kucing perlu sedar apa dan berapa banyak kucing mereka makan.

Sifat makan kucing yang tidak diduga

Sifat dan sikap kucing adalah jauh berbeza daripada haiwan peliharaan lain. Kucing bukan sahaja boleh menyampaikan emosi, tetapi berupaya menunjukkan pelbagai jenis emosi. Selain menjadi introvet dan pendiam, kucing juga boleh menjadi sangat murung. Angin mereka memainkan peranan yang penting dalam tabiat kucing makan. Kadangkala, mereka meragam untuk makan dan kadangkala mereka mahu makan dengan banyak. Jadi, jadual makan yang betul adalah penting bagi kucing untuk mengelak masalah kesihatan, salah satu daripadanya adalah obesiti.

Walau bagaimanapun, sifat pemakanan kucing yang tidak diduga ini boleh dilihat daripada pilihan makanannya. Walaupun kucing sangat sofistikated, si comel selalunya mempunyai tabiat kucing makan yang bukan sahaja luar biasa, tapi benar-benar pelik. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau lagi, kerana beberapa tabiat pemakanan kucing yang pelik ini dianggap normal dalam keluarga kucing, dan juga disokong oleh pakar kucing. Mempelajari tabiat pemakanan kucing yang luar biasa ini akan membolehkan anda mempelajari lebih mendalam lagi tentang kucing anda dan mengambil perhatian tentang sifat dan kesihatan umum mereka. Di bawah adalah beberapa tabiat pemakanan kucing yang biasa, walaupun pelik.


Tabiat Pelik Pemakanan Kucing

Di bawah adalah 7 perkara biasa tetapi sangat pelik berkenaan tabiat pemakanan kucing yang perlu anda ketahui:

  1. Mengunyah Tumbuhan

    Memakan tumbuhan hijau adalah baik dan sihat dikalangan manusia. Walau bagaimanapun, kucing sebagai haiwan karnivor, akan kelihatan pelik apabila melihat kucing anda mengunyah tumbuhan hijau atau rumput. Walaupun pelik apabila dilihat, ia bukanlah perkara pelik dikalangan kucing. Malah, mengunyah tumbuhan dan rumput hijau boleh memberi manfaat kepada kesihatan kucing anda, dan ia adalah tabiat pemakanan yang boleh diterima. Baka kucing liar dipercayai memakan rumput hijau untuk memenuhi keperluan pencernaan mereka kerana rumput kaya dengan serat. Kucing domestik juga menggigit pokok hias rumah untuk sebab yang sama. Malah, kebanyakan rumah yang mempunyai kucing memilih pokok yang mesra kucing seperti catnip untuk dikunyah. Memandangkan tabiat ini adalah benar-benar normal, tiada sebab tertentu untuk menghentikan tabiat ini, namun adalah penting untuk memastikan hanya tumbuhan selamat untuk kucing sahaja berada di dalam capaian kucing anda kerana banyak pokok hias rumah tidak sesuai dan toksik kepada kucing.

  2. Bermain dengan makanan tetapi tidak makan

    Secara semulajadi kucing adalah pemburu. Di alam liar, adalah perkara biasa bagi kucing untuk mengejar dan memburu mangsa untuk dimakan. Jadi, jangan terkejut jika kucing anda cuba lakukan perkara yang sama dengan makanannya. Jika anda melihat mereka menepuk dan bermain dengan makanannya, itu adalah kerana mereka ingin mengejar makanan mereka sebelum memakannya. Ia juga dipercayai sebagai aktiviti sihat kerana ia membolehkan kucing anda kekal aktif, membakar kalori dan mengelak masalah kesihatan seperti diabetes dan obesiti. Sebagai tindak balas kepada naluri memburu mereka, kucing juga sering bermain dengan makanan mereka apabila mereka bosan dan menjadi sebahagian tingkah laku semasa memberi makan kucing.

  3. Membolot

    Kucing boleh menjadi sangat cerewet dengan makanan mereka, dan membolot makanan adalah perlakuan pelik yang menunjukkan kecintaan mereka pada makanan. Kucing selalunya akan melakukan perlakuan tertentu apabila kelaparan. Kebanyakan kucing mengiau secara berterusan untuk memberitahu pemilik mereka yang mereka lapar. Ada yang tidak sabar apabila dihidangkan makanan dan segera menelan makanan apabila dihidangkan. Dikenali juga sebagai membolot, sesetengah kucing akan cepat menelan makanan untuk mengelak daripada berkongsi hidangan yang lazat dengan kucing lain. Walau bagaimanapun, jika kucing anda membolot, adalah lebih baik untuk tidak menggalakkan perlakuan ini kerana membolot adalah salah satu tabiat makan kucing yang pelik dan mungkin mengakibatkan makan berlebihan, ketidakhadaman dan obesiti.

  4. Membawa pulang trofi

    Bukanlah perkara yang luar biasa apabila kucing membawa pulang ‘trofi’ atau sesuatu yang diburunya. Terdapat pelbagai jenis trofi seperti batu, burung mati, tikus dan banyak lagi. Pastinya tidak selesa apabila melihat kucing anda bawa pulang burung mati , tetapi ia dilakukan oleh kucing anda disebabkan cinta dan kasih sayang terhadap anda. Di alam liar, ibu kucing akan memburu mangsa dan membawa pulang untuk diberi makan kepada anak-anak kucing. Jika kucing anda bawa pulang trofi, ia adalah cara mereka meluahkan rasa cinta sejati, kerana mereka menganggap anda sebagai tersayang seperti anaknya dan prihatin terhadap kesejahteraan anda. Setelah mengetahui perkara ini, apabila kucing anda membawa pulang trofi pada masa akan datang, anda boleh berikan mereka kasih sayang dengan memberi mereka snek atau usap/garu di belakang telinganya.

  5. Makan Najis

    Mohon maaf, apa? Ya, tepat sekali! Ia mungkin kedengaran jijik, tetapi kucing boleh ditangkap ketika mereka masukkan kepala ke dalam kotak pasir. Secara klinikal ia dipanggil coprophagia, tabiat kucing makan najis adalah pelik dan sering berlaku pada ibu kucing yang mempunyai anak kucing baru lahir. Ibu kucing memakan najis anaknya yang dianggap sebahagian proses dandanan. Tetapi bagi kucing lain pula, ia mungkin disebabkan beberapa masalah seperti parasit, gangguan saraf ataupun masalah psikologi. Kucing juga akan makan najisnya jika mendapati terdapat makanan yang tidak dicerna di dalamnya. Walaupun jarang berlaku, jika anda melihat kucing anda memakan najisnya, ia mungkin menunjukkan beberapa keadaan kesihatan yang tersembunyi, seperti kekurangan zat makanan, kekurangan vitamin, diabetes atau penyakit tiroid. Usah abaikan tabiat pelik ini, bawa mereka berjumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan kesihatan.

  6. Makan barang selain makanan

    Keadaan memakan barang selain makanan dipanggil pica. Jika kucing anda dilihat menghisap fabrik, kain fleece atau ‘stuffed toy’, ia mungkin kerana telah berhenti menyusu awal. Tetapi ia menjadi sangat membimbangkan jika anda melihat mereka mengunyah beg, plastik, gelang getah, habuk dan sabun. Kurang rangsangan juga boleh menyebabkan kucing melakukan aktiviti ini. Sebab lain termasuk latar belakang genetik, dorongan nafsu(kompulsi), keperluan diet, dan sebagainya. Anda boleh memperbaiki tingkah laku ini dengan memberikan mainan yang mengandungi catnip. Ia bukan sahaja menggembirakan kucing anda, tetapi ia juga mengurangkan peluang kucing anda menelan sesuatu yang mungkin membahayakan kesihatannya.

  7. Makan terlalu banyak dan memuntahkannya

    Kucing adalah pemakan yang cerewet, tetapi disebabkan tabiat pemakanan kucing yang pelik, mereka juga menjadi tamak dengan makanan kegemarannya. Akibatnya, mereka akan makan tidak berhenti sehingga licin apabila diberi makanan kegemarannya.Walaupun kelihatan lucu melihat mereka makan dengan lahap, ia juga berpotensi menjadi risiko. Makan berlebihan bukan sahaja membawa kesan pada kesihatan seperti obesiti, diabetes, dan masalah buah pinggang, tetapi ia juga memberi tekanan pada jantung kucing. Dan jika kucing tidak dapat mencerna semua yang dimakannya, ia mungkin menyebabkan ketidakhadaman, dan menyebabkan kucing muntah. Cara untuk mengelakkan ini berlaku, pastikan kucing anda menerima makanan dalam sukatan yang betul, yang memberikan semua nutrien yang diperlukan, dan pada masa yang sama, mudah dihadam.

Kesimpulan

Jika tabiat makan pelik kucing anda menyebabkan anda mempersoalkan kewarasannya, inilah yang boleh anda lakukan sebagai pemilik kucing yang menyokongnya. Bukan sahaja cinta dah kasih sayang tanpa had merupakan cara memberitahu tidak kira apa pun, anda sentiasa bersamanya. Dengan Makanan Kucing Premium daripada Sheba, anda boleh berikan mereka alternatif yang lazat, kaya nutrisi yang membuatkan kucing anda menjilat bersih mangkuknya! Makanan Kucing Premium daripada Sheba adalah pilihan yang tepat untuk kucing anda yang sofistikated. Ia terdapat dalam pelbagai jenis, daripada makanan basah lazat seperti Pouch Chicken hingga ke batang snek kucing berkrim seperti Melty Tuna

Soalan Lazim

  • Mengapa kucing saya makan apa sahaja di atas lantai?

    Jika kucing anda secara tiba-tiba menukar tabiat pemakanan yang biasa dan menggigit sebarang benda bukan makanan di atas lantai, ini mungkin petanda bahawa kucing anda berhenti menyusu terlalu awal. Walaupun ini adalah tabiat biasa kucing, ia boleh mendatangkan bahaya jika termakan sesuatu yang tajam dan toksik. Menggigit barang bukan makanan yang kecil seperti gelang getah atau plastik boleh menyebabkan risiko tercekik. Jadi adalah penting untuk memerhatikan kucing anda jika ia memakan sebarang benda di atas lantai.

  • Bagaimana untuk mengetahui kucing mengalami gangguan pemakanan?

    Anda boleh mengetahui sekiranya mereka mengalami gangguan makan dengan memerhati secara teliti corak pemakanan dan tabiat makan. Sebagai contoh, hilang selera secara tiba-tiba bukanlah petanda positif kerana ia mungkin menunjukkan masalah kesihatan tersembunyi. Tambahan pula, anda juga boleh mengetahui sama ada mereka mengalami gangguan makan jika mereka mengalami cirit-birit atau sering muntah. Memakan najis juga boleh dianggap gangguan pemakanan dan mungkin menunjukkan kekurangan nutrisi.

  • Bagaimana untuk menangani masalah kucing bersikap agresif terhadap makanan?

    Kucing bersikap agresif terhadap makanan adalah keadaan yang memerlukan perhatian segera. Jika kucing anda agresif semasa waktu makan, anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan memberi sedikit bahagian makanan pada satu masa, bukannya memberi secara banyak. Walau bagaimanapun, pastikan beri makan secara lebih kerap supaya mereka mendapat nutrien yang mencukupi.  Berikan reaksi positif dan ganjaran tingkah laku pada kucing anda juga boleh membantu semasa menangani sifat agresif kucing terhadap makanan.

  • Kenapa kucing bersuara geram semasa diberi makan?

    Berbeza dengan ngiauan yang mesra, berdesis atau suara geram bukanlah satu isyarat mesra daripada kucing. Sebaliknya, ia selalunya adalah amaran. Semasa diberi makan, suara geram mungkin menunjukkan kebimbangan dan ketakutan dalam persaingan. Jadi, jika kucing anda bersuara geram semasa anda memberi mereka makan, sebaiknya berilah sedikit ruang semasa mereka makan. Setelah mereka habiskan makan dengan sepuas-puasnya, kucing anda pasti akan kembali kepada manusia kegemarannya – anda!

  • Mengapa kucing sentiasa mahukan makanan?

    Jika kucing anda sentiasa meminta makanan, ia mungkin tanda selera makan meningkat atau kekurangan nutrisi. Sepanjang hayat mereka, kucing mengalami perubahan kerap dalam keperluan diet mereka, jadi peningkatan selera makan tidak perlu dibimbangkan. Walau bagaimanapun,  memandangkan kucing berisiko menjadi obese, penting untuk memastikan  kucing anda mendapat jumlah nutrien yang betul. Bergantung pada baka dan umur, anda boleh berunding dengan doktor haiwan untuk membantu menyediakan carta diet yang sesuai untuk kucing tersebut.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah