Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Bolehkah Kucing Makan Coklat

Bolehkah Kucing Makan Coklat

Sebagai pemilik kucing, kita semestinya inginkan yang terbaik untuk si manja kita, dan ia termasuk dalam bab pemakanan. Tapi pernahkah anda tertanya-tanya bolehkah kucing makan coklat, mengapa kucing tak boleh makan coklat atau apa akan terjadi jika kucing makan coklat? Umum mengetahui bahawa coklat bersifat toksik untuk anjing, tapi tahukah anda bahawa kucing juga tidak patut memakan coklat? 

Kucing tidak dapat merasai kemanisan dalam coklat, lantas menjadikannya tidak sesuai untuk kucing. Tambahan lagi, dalam bab mengapa kucing tak boleh makan coklat atau apa akan terjadi jika kucing makan coklat, ketoksikan coklat juga merupakan satu isu yang berat kerana ia boleh mengancam kesihatan kucing anda.

Bolehkah Kucing Makan Coklat?

Anda tertanya-tanya bolehkah kucing makan coklat atau apa akan terjadi jika kucing makan coklat? Kucing tak boleh makan coklat, tapi jangan berasa kecewa hanya kerana anda tidak dapat berkongsi snek kegemaran anda bersama si bulus. Selain coklat, kucing seharusnya tidak dihidangkan minuman berperisa coklat kerana ia juga mampu menjejaskan kesihatannya. 

Jadi, apa akan terjadi jika kucing makan coklat dan apakah antara bahaya coklat untuk kucing? Coklat dan minuman berperisa coklat sarat dengan kafein dan teobromina, yang boleh dinikmati oleh kita sebagai manusia, tetapi ia memudaratkan kucing. Coklat susu yang disediakan dalam pasaran juga mengandungi sebatian kompleks seperti metilxantin yang berfungsi sebagai perangsang lalu menyebabkan ketoksikan coklat dalam kucing. Apabila kita bercakap tentang bahaya coklat untuk kucing, kucing perlu dijauhkan daripada coklat gelap juga, kerana ia mengandungi koko dalam jumlah yang tinggi, dan adalah amat toksik serta boleh membawa maut.

Bolehkah Kucing Mengambil Makanan Berperisa Coklat?

Ada pemilik kucing yang mungkin bertanya sama ada makanan berperisa coklat adalah sama bahayanya seperti coklat bagi si manja. Sebenarnya, coklat dalam apa jua bentuk adalah memudaratkan bagi kucing, dan seharusnya dielakkan jika anda tertanya-tanya bolehkah kucing makan coklat.

Kita sudah tahu tentang bahaya coklat untuk kucing, tapi adakah makanan berperisa coklat juga bahaya untuk kucing? Anak-anak kucing akan menikmati susu dan juga aiskrim jika anda hidangkan kepadanya, tapi elak memberikan susu, puding dan aiskrim berperisa coklat kerana ia lazimnya mengandungi gula, kafein, koko, dan laktosa, yang boleh menyebabkan masalah gastroenterik, ketidakhadaman, serta isu-isu kesihatan lain bagi si manja. 

Bolehkah kucing minum susu? Kucing tidak bertoleransi terhadap laktosa, jadi tindakan meminum susu biasa ataupun cokelat bisa mengakibatkan masalah penghadaman, justeru membuatnya jatuh sakit. Simptom ketoksikan coklat boleh berpanjangan untuk berjam-jam lamanya, dan kes yang lebih berat boleh mengambil sehingga beberapa hari sebelum ia surut.

Simptom Ketoksikan Coklat bagi Kucing

Ramai pemilik kucing yang akan bertanya, bolehkah kucing makan coklat dan mengapa kucing tak boleh makan coklat, atau apa akan terjadi jika kucing makan coklat. Coklat bukan sahaja boleh memudaratkan kucing, tetapi ketoksikan coklat juga boleh menyebabkan beberapa simptom yang kurang menyenangkan seperti:

  • Gangguan gastrousus (mual, muntah, cirit-birit)
  • Kegelisahan
  • Kenaikan kadar degupan jantung
  • Sering dahaga dan membuang air kecil
  • Hilang selera makan
  • Cungap bernafas
  • Sawan
  • Gigil otot
  • Koma

Apa yang Perlu Dibuat Jika Kucing Termakan Coklat?

Memandangkan kini anda sudah tahu mengapa kucing tidak patut memakan coklat, sekarang adalah penting untuk anda mengetahui apa yang perlu dilakukan jika kucing makan coklat. 

  • Beri perhatian kepada kucing anda

    Perhatikan jika ada sebarang simptom ketoksikan coklat pada kucing anda. Jika anda mendapati ada simptom yang mula menjadi semakin buruk, hubungi doktor haiwan dalam kadar segera untuk mengelakkan kondisi kucing anda menjadi lebih parah.

  • Kenal pasti kuantiti dan jenis coklat yang dimakan oleh kucing

    Coklat susu boleh membuat kucing mengalami simptom yang sederhana. Bagaimanapun, coklat gelap, yang mempunyai kandungan koko yang tinggi, adalah lebih toksik untuk kucing dan boleh menyebabkan reaksi yang serius. Jadi, jika kucing anda termakan coklat, adalah penting untuk anda mengenal pasti jenis dan kuantiti untuk langkah seterusnya.

  • Hubungi doktor haiwan

    Jika kucing anda tertelan coklat dengan sengaja ataupun tidak sengaja, sila jumpa atau hubungi pakar haiwan dalam kadar segera. Bergantung kepada jenis dan jumlah coklat yang ditelan, kucing anda perlu diberikan perhatian perubatan yang sewajarnya bagi menyingkirkan sebarang unsur coklat dalam sistemnya lalu mencegah reaksi ketoksikan tersebut.

  • Hospitalisasi, Ubat, dan Terapi Bendalir

    Anda harus mendapatkan khidmat perubatan dalam kadar segera agar kucing anda dapat diberikan rawatan yang diperlukan. Ia mungkin perlu menjalani terapi bendalir untuk mengeluarkan unsur-unsur coklat daripada sistemnya sebelum simptom tersebut menjadi buruk atau membawa maut.

Alternatif Coklat untuk Kucing

Kucing memang tidak boleh diberi makan coklat ekoran kesan buruk coklat untuk kucing, tetapi jangan khuatir kerana anda masih boleh manjakan kucing anda dengan cara yang lain. Snek kucing lazat dan berkrim daripada Sheba merupakan alternatif baik kepada cokelat kerana ia bukan sahaja sebagai ganjaran, tapi juga kaya dengan nutrisi penting diperlukan si Manja.

Disediakan dalam aneka perisa serta tekstur berkrim bertaraf premium, snek kucing daripada Sheba adalah sangat lazat, serta mengandungi khasiat tambahan yang dapat melengkapi diet si manja anda. Jika tujuan sebenar anda adalah untuk memanjakan si Manja, anda tidak perlukan cokelat, hanya dengan menghabiskan masa berkualiti untuk mengeratkan hubungan antara anda berdua amat mencukupi.

Soalan-Soalan Lazim

 
  • Berapakah banyak jumlah coklat yang bersifat toksik untuk kucing?

    Jika anda tertanya-tanya mengenai kesan coklat untuk kucing, sebenarnya tiada amaun biar sekecil mana pun yang selamat untuk kucing. Coklat sarat dengan sumber perangsang seperti koko, kafein, teobromina, dan metilxantin yang boleh menyebabkan keracunan bagi kucing. 

  • Apakah yang akan berlaku jika kucing memakan coklat?

    Pemilik kucing sering bertanya adakah coklat berbahaya untuk kucing? Coklat mengandungi teobromina, koko, metilxantin, dan kafein, yang boleh mencetus keracunan coklat untuk kucing, lalu menjurus kepada masalah penghadaman, peningkatan kadar degupan jantung, kehilangan selera makan, hingga ke simptom yang lebih berat seperti koma, sawan, dan gigil otot. 

  • Bolehkah kucing saya makan aiskrim?

    Aiskrim berasaskan tenusu bukan sahaja mengandungi laktosa yang tidak sesuai untuk dimakan oleh kucing, tetapi kandungan gulanya juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan bagi kucing. Bagaimanapun, kucing masih boleh memakan aiskrim bukan tenusu yang diperbuat daripada soya atau santan. 

  • Mana lebih memudaratkan, coklat untuk kucing atau anjing?

    Kesan toksik coklat untuk kucing dan anjing adalah hampir sama sahaja. Pengambilannya walaupun dalam jumlah yang kecil boleh mencetus keracunan coklat bagi kucing dan juga anjing. Tambahan lagi, kafein, koko, metilxantin, dan teobromina adalah sangat memudaratkan untuk kucing. 

  • Tidak apakah kalau kucing saya menjilat sedikit aiskrim coklat saya?

    Salah, aiskrim coklat adalah ditujukan untuk manusia dan ia bukan sahaja mengandungi coklat yang toksik untuk kucing, tapi juga laktosa yang boleh mengakibatkan masalah penghadaman bagi kucing.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah