Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Jadual Pemakanan Kucing

Jadual Pemakanan Kucing

Jika anda membesarkan kucing di rumah, anda pasti tahu betapa lahapnya mereka. Memandangkan kebanyakan kucing mempunyai gaya hidup yang aktif dan bertenaga, maka amatlah penting untuk kita memastikan mereka diberi makanan dan memperoleh khasiat yang mencukupi untuk aktiviti hariannya. 

Walau bagaimanapun, dengan tabiat kuat makan ini, mereka terdedah kepada risiko obesiti yang bisa membawa kepada pelbagai isu kesihatan jika tidak diberi perhatian. Oleh itu, jika anda memelihara kucing, anda haruslah mewujudkan satu rutin pemberian makanan yang teratur demi perkembangan dan tumbesaran mereka yang sihat. Artikel ini akan bantu anda menjawab persoalan seperti kucing makan berapa kali sehari dan nak hidangkan wet food kucing berapa kali sehari.

Berapa Banyak Hidangan Patut Kucing Makan Setiap Hari?

Masih tertanya-tanya kucing makan berapa kali sehari? Keperluan khasiat kucing adalah bergantung kepada usia dan bakanya. Bagi menjawab persoalan mengenai kucing makan berapa kali sehari, sebaik-baiknya, kucing perlu mengambil 2 hidangan setiap hari selang setiap 12 jam. Bagaimanapun, kucing yang masih muda memerlukan pengambilan kalori yang lebih tinggi, jika anda tidak pasti tentang kucing makan berapa kali sehari, anda boleh mewujudkan satu jadual makan kucing untuk kucing anda. Kucing juga boleh diberi makan lebih kerap dalam jumlah yang kecil, iaitu semasa sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam, dan sebelum tidur. Dan ingat, kucing anda haruslah diberi makan sekurang-kurangnya selang setiap 12 jam bagi mengelakkan ia menjadi mual atau asid perutnya meningkat.

Memberi Kucing Makan Mengikut Usia dan Peringkat

Jika anda tertanya-tanya berapa kali kucing makan, jadual makan kucing dan keperluan pemakanan kucing umumnya bergantung kepada usia si manja. Malah, kucing sebenarnya memerlukan khasiat paling banyak semasa fasa tumbesaran awalnya atau semasa bunting. Jadual makan anak kucing biasanya lebih kerap kerana mereka memerlukan lebih banyak kalori untuk menampung kadar tumbesarannya, serta juga harus memberinya makan sepanjang hari. Setelah anak kucing anda menginjak usia 6 bulan, anda boleh membiasakan jadual makan kucing yang lebih rendah kadar kekerapannya, iaitu dua kali sehari. 

Kaedah Memberi Kucing Makan

Pemilik kucing akan tertanya-tanya berapa kerap kucing perlu makan, dan apakah cara yang terbaik untuk memberi kucing mereka makan. Memandangkan kucing senang dibentuk tabiatnya, ia boleh dilatih dengan kaedah memakan yang tertentu, seperti:

  • Kaedah Makan Bebas

    Kaedah makan bebas ini merupakan antara cara paling popular yang membolehkan pemilik kucing mengenal pasti berapa kali kucing makan dan nak hidangkan wet food kucing berapa kali sehari. Kaedah makan secara bebas telah menjadi popular kerana ia memudahkan pemilik kucing yang perlu keluar bekerja. Kaedah makan bebas dalam jadual pemakanan kucing melibatkan penawaran akses kepada makanan, membolehkan kucing anda makan apabila ia lapar.

    Kaedah makan bebas ini lebih berkesan dengan makanan kering. Tidak seperti makanan kucing jenis basah, ia mempunyai hayat simpan yang lebih lama, serta boleh dihidangkan tanpa menjadi basi atau rosak jika dibiarkan di luar untuk tempoh yang lama. Bagaimanapun, kaedah makan bebas mempunyai satu kekurangan yang jelas iaitu amalan makan berlebihan, justeru obesiti. Di samping itu, kaedah ini menyukarkan pemilik kucing untuk memantau tabiat makan anak bulus mereka, maka mereka tidak dapat mengenal pasti sebarang perubahan dalam tabiat tersebut yang boleh memberi indikasi mengenai kewujudan sesuatu masalah yang mungkin dialami si bulus.

  • Kaedah Makan Berjadual

    Berbanding kaedah makan bebas, amalan jadual pemakanan kucing tampak lebih sihat dan efisien setelah anda dapat mengenal pasti kucing makan berapa kali sehari dan berapa kali anda patut hidangkan makanan kepada kucing. Dengan mematuhi jadual makan kucing secara tertib, ia bukan sahaja dapat mencegah tabiat makan berlebihan, tapi juga membolehkan pemilik kucing mengawasi corak pemakanan si manja dengan lebih baik.

    Biarpun pengamalan jadual pemakanan kucing memerlukan pemilik kucing memberi lebih banyak perhatian, jadual makan kucing yang ketat adalah amat bermanfaat terutamanya di dalam kediaman yang dihuni oleh lebih daripada seekor kucing, kerana ia memastikan kucing-kucing diberi makan yang cukup, serta mengurangkan masalah dalam kalangan anak-anak bulus anda. Ia juga membolehkan anda memantau berapa kali kucing makan – iaitu idealnya tiga kali sehari untuk anak kucing, dan hanya dua kali sehari untuk kucing dewasa.

  • Kaedah Makan Kombinasi

    Tidak hairan jika pemilik kucing baharu dibelenggu dengan persoalan berapa kali kucing makan atau nak hidangkan wet food kucing berapa kali sehari. Bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kaedah makan bebas atau amalan jadual pemakanan kucing, maka anda boleh pertimbangkan kaedah yang menggandingkan kedua-duanya. Dengan memanfaatkan pendekatan ini, pemilik kucing akan menjadi lebih arif tentang keperluan pemakanan si manja mereka.

    Dengan kaedah makan kombinasi ini juga, kucing anda boleh diberikan wet food dua kali sehari, justeru membantunya kekal terhidrat, dan pada masa yang sama, membolehkan ia makan makanan jenis kering secara bebas. Kaedah ini akan membuat kucing anda belajar berdikari dalam bab makanan dan juga perkara lain.

Isu Kesihatan yang Menjejaskan Keperluan Memberi Makan

  • Diabetes: iabetes merupakan isu kesihatan lazim yang membelenggu kucing obes. Memandangkan kucing suka makan dan sering makan berlebihan, adalah penting untuk kita mengawasi petanda-petanda diabetes dalam kucing.
  • Hipertiroidisme: Penjagaan diet yang sihat adalah penting untuk mengelakkan hipertiroidisme dalam kucing. Kucing sering berhadapan risiko hipertiroidisme yang berpunca daripada makanan berunsur soya, iodin yang tinggi, atau BPA dalam makanan bertin.
  • Isu Gigi: Kucing juga sering mengalami masalah oral dan gigi disebabkan oleh makanan kucing yang senang melekat pada gigi kucing. Partikel makanan yang degil dan sukar untuk disingkirkan akan menggalakkan pembentukan plak serta penguraian bakteria, justeru membawa kepada masalah gingivitis dan nafas busuk bagi kucing.

Kesimpulan

Sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, kita perlu mengenal pasti berapa kali kucing makan sehari agar kucing dapat membesar dengan sihat dan bahagia. Dengan mematuhi jadual makan kucing yang baik, ia juga boleh memberi manfaat yang besar untuk anda serta si manja anda. 

Tetapi, pastikan kucing anda diberi makanan basah kucing yang segar dan berkualiti tinggi selain memastikan tabiat makan berlebihan dielakkan. Ambil kira juga faktor usia dan isu kesihatan yang sedia ada sebelum merancang jenis dan jadual pemakanan kucing untuk si bulus anda. Lagi satu, anda juga digalakkan untuk menghidangkan makanan sekurang-kurangnya selang setiap 12 jam bagi mengelakkan isu keasidan dan mual.

Soalan-Soalan Lazim

 
  • Berapa kali sehari anak kucing akan makan?

    Anak kucing memerlukan jumlah kalori yang lebih tinggi berbanding kucing dewasa bagi menampung kadar tumbesaran fizikal dan kognitifnya. Anak kucing berusia bawah 6 bulan seharusnya diberi makan beberapa kali sehari selang setiap 3 hingga 4 jam. 

  • Berapa banyakkah kucing patut makan sehari?

    Keperluan pemakanan dan kalori kucing adalah bergantung kepada usia, baka dan gaya hidup si manja. Rata-rata kucing dewasa perlu makan sekurang-kurangnya 300gms makanan setiap hari. Sebaik-baiknya, kucing dewasa diberi makan dua kali sehari.

  • Selang berapa jam kucing perlu diberi makan?

    Kucing dewasa perlu makan sekurang-kurangnya sekali selang setiap 12 jam bagi memastikan ia cukup makan, jika tidak, kucing anda boleh mengalami masalah perut berasid tinggi dan juga mual.

  • Patutkah kucing makan 5 kali sehari?

    Bukan seperti anak kucing, kucing dewasa lazimnya tidak memerlukan pengambilan kalori yang tinggi. Meskipun kucing boleh diberi makan 5 kali sehari, pastikan anda menghidangkannya dalam kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan pengambilan makanan berlebihan yang boleh menjurus kepada obesiti dan masalah kesihatan lain. 

  • Bolehkah saya beri kucing saya makan 3 kali sehari?

    Anda tertanya-tanya kucing makan berapa kali sehari? Kucing boleh diberi makan tiga kali sehari. Bagaimanapun, memandangkan kucing dewasa biasanya tidak memerlukan lebih daripada 300gms makanan setiap hari, anda boleh membuat penyesuaian dalam diet si manja anda.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah