Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Panduan Pemakanan Anak Kucing Untuk Pemakanan Yang Betul

Panduan Pemakanan Anak Kucing Untuk Pemakanan Yang Betul

Sekarang anda adalah pemilik seekor kucing, Hebatkan perasaan itu? Walaupun ia amat menyeronokkan apabila melihat si comel dan cara hidup mereka yang penuh misteri, ia sangat penting untuk kami menjaga kesihatan mereka. Memandangkan si comel adalah penggemar makanan dan sering mengalami risiko obesiti, ia merupakan tanggungjawab anda untuk memastikan diet seimbang yang sempurna diberi pada kucing anda sepanjang hari. Pemakanan anak kucing biasanya terdiri daripada makanan basah dan kering dalam kuantiti yang betul. Tambahan pula, anak kucing dalam lingkungan umur remaja perlu diberi makanan dalam kuantiti yang secukupnya dengan masa yang sesuai.

Sekiranya anda baru memiliki kucing, kami faham anda mungkin mengalami kesukaran untuk memahami pelan pemakanan yang betul dan sering mempunyai persoalan mengenai kucing makan apa. Jangan bimbang kerana kami akan membantu anda. Artikel ini ialah panduan pemberian makanan anak kucing dan juga bertujuan untuk menjawab persoalan, apa yang perlu diberi kepada anak kucing yang baru lahir. 

Berapa kerap anak kucing makan?

Anda bertuah sekiranya anda menghadapi soalan tentang kucing makan apa atau cara memberi makan kucing kecil. Artikel ini membincangkan cara memberi makan kucing dengan tips memberi makan kucing yang betul. Sebaik-baiknya anda perlu memberi anak kucing anda makanan basah dan kering. Makanan kucing basah adalah penting untuk diet anak kucing kerana ia membantu mereka akan kekal hidrasi. Walau bagaimanapun, makanan basah yang kerap melekat pada gigi boleh menyebabkan masalah pergigian. Jika anak kucing anda mengamalkan diet makanan basah, pastikan anda membersihkan giginya dengan kerap. Satu cara untuk memastikan anak kucing anda menerima semua nutrien penting semasa mereka menjamu selera dengan makanan yang lazat adalah dengan memberikan Sheba Premium Cat Food. Dibuat dengan ramuan yang berkualiti tinggi, Sheba Premium Cat Food adalah pilihan yang ideal untuk kucing kesayangan anda.

Sebaliknya, makanan kucing kering adalah pilihan yang lebih mudah. Tetapi sebagai pemilik, anda perlu mengawasi jumlah yang diambil oleh kucing anda, kerana makan makanan kucing kering secara berlebihan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti tekanan darah, masalah pernafasan, dan sebagainya.

Kekerapan yang ideal untuk anak kucing makan adalah 6 kali sehari, setiap 4-5 jam. Makanan mereka perlu dikawal bergantung pada umur mereka. Oleh itu sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor haiwan yang boleh mengesyorkan panduan pemakanan anak kucing yang ideal bagi jumlah pengambilan kalori harian, dan mengatur carta diet. Setelah jadual pemakanan tersedia, dengan mudah anda boleh pastikan kucing anda menerima semua nutrien penting dalam jumlah yang betul supaya mereka boleh kekal sihat dan aktif.

Memberi Makanan Berlebihan Kepada Anak Kucing

Adakah anda masih bimbang tentang cara memberi makan kucing kecil? Terlalu kerap memberi makanan berlebihan kepada anak kucing boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit jantung dan buah pinggang. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidak memberi makanan secara berlebihan seberapa boleh. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, obesiti adalah perkara biasa dan sangat berbahaya untuk kucing. Memberi  makanan berlebihan dengan kerap boleh menyebabkan obesiti dan mengakibatkan pergerakan yang sukar bagi kucing anda, meningkatkan kelesuan dan juga menambahkan risiko mendapat penyakit hati dan jantung. Kesan jangka panjang daripada memberi makanan berlebihan selalunya menyebabkan anak kucing mengalami diabetes.

Pastikan anda hanya memberi makanan jumlah kalori yang disyorkan oleh doktor haiwan untuk mengelakkan pemberian makanan berlebihan.  Pada permulaan hari, anda boleh mulakan dengan merancang carta makanan anak kucing untuk 24 jam dan pastikan mereka hanya makan jumlah makanan yang disyorkan. Selain itu, anak kucing selalu akan menelan jumlah makanan yang banyak pada masa yang sama, dan ini mungkin boleh menyebabkan masalah pernafasan atau menyebabkan kucing boleh muntah. Jadi, anda boleh perkenalkan kepada anak kucing anda dengan hidangan kecil terdahulu untuk mereka makan tanpa memberi makanan berlebihan. Mengekalkan gaya hidup aktif juga boleh membantu mereka membakar kalori berlebihan dan mengekalkan bentuk badan. Dengan berpandukan tips memberi makan kucing, anda akan lebih mengetahui cara memberi makan kucing

Berapa banyak makanan yang diperlukan oleh anak kucing

Jika  anda tidak pasti tentang jumlah makanan kucing yang perlu diberikan kepada anak kucing atau kucing yang baru dilahirkan  anak kucing dalam fasa pertumbuhan pesat perlukan makanan yang banyak, berbanding kucing dewasa. Anak kucing selalunya makan 1/4 hingga 1/2 cawan hidangan  pada satu masa. Tetapi kalau anda membenarkan anak kucing makan dengan jumlah yang terlalu banyak boleh mempupuk tabiat pemakanan yang tidak sihat.. Corak pemakanan untuk anak kucing tidak tetap, dan boleh berubah bergantung pada baka anak kucing serta usia mereka. Secara umum, doktor haiwan menggunakan formula metabolik untuk mengira pengambilan kalori yang sesuai untuk anak kucing anda. Selain mengikuti carta pemakanan yang disyorkan oleh doktor haiwan, berikut adalah panduan memberi makan anak kucing yang boleh anda gunakan sebagai permulaan.

Usia Anak Kucing

0-1 minggu

1-2 minggu

2-3 minggu

3-4 minggu

4-5 minggu

5-6 minggu

Apa yang perlu diberi makan

Makanan formula anak kucing

Makanan formula anak kucing

Makanan formula anak kucing

Makanan formula anak kucing

Makanan formula anak kucing bercampur dengan makanan basah

Makanan basah atau kering

Jumlah untuk diberi makan

2-6 ml

6-10 ml

10-14 ml

14-18 ml

18-22 ml

Seperti yang disarankan oleh doktor haiwan

Berapa kerap anda perlu beri makan

Suapan botol setiap 2 jam

Suapan botol setiap 2-3 jam

Suapan botol setiap 3-4 jam

Suapan botol setiap 4-5 jam

Suapan setiap 5-6 jam

Suapan setiap 5-6 jam

Kaedah Pemberian Makanan Anak Kucing

Terdapat dua jenis kaedah memberi makanan anak kucing, seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Kaedah Pemberian Makanan Tanpa Had

    Sesetengah pemilik kucing meninggalkan makanan dalam mangkuk, membenarkan kucing atau anak kucing mereka makan seberapa banyak yang mereka suka. Memberi makan secara bebas menggunakan makanan kucing kering adalah mudah untuk pemilik kucing, terutamanya jika mereka berada di luar rumah sepanjang hari. Kaedah ini adalah baik kerana ini memastikan kucing boleh makan pada bila-bila masa ia lapar dan tidak akan kelaparan. Walau bagaimanapun, memberi makanan tanpa had boleh memberi manfaat dan hanya sesuai kepada kucing dewasa. Kaedah ini mempunyai keburukan pada anak kucing kerana ia menyebabkan peningkatan berat badan seterusnya mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

    Jika tidak dipantau, pemberian makanan tanpa had juga terbukti tidak sihat untuk kucing dewasa. Mereka akan menunjukkan dominasi untuk mendapatkan makanan jika diberi makanan tanpa had. Penggunaan “microchip-activated feeder” boleh membantu, kerana ini hanya membuka dan menyediakan makanan apabila mikrocip anak kucing anda diimbas.

  • Kaedah Pemberian Makanan

    Jika anda lebih suka berikan kucing anda makanan basah berbanding makanan kering, pemberian makanan menjadi satu-satunya pilihan anda. Puncanya adalah jelas. Makanan basah tidak boleh ditinggalkan untuk kucing makan sesuka hati kerana ia akan rosak. Oleh itu, pemberian makanan memerlukan penglibatan aktif pemilik kerana pemilik perlu memberi makan mengikut sukatan tertentu semasa waktu makan kepada anak kucing. Terdapat banyak kelebihan pemberian makanan. Pemberian makanan bukan sahaja membantu anak kucing menerima nutrien yang diperlukan tepat pada masanya, tetapi ia juga membantu mengelak risiko obesiti. Memandangkan pemberian makanan selalunya makanan basah, ia membolehkan anak kucing kekal hidrasi.

    Jika anda bimbang terlupa memberi makan anak kucing anda, cara terbaik untuk memberi makan adalah dengan mempunyai jadual rutin. Sebagai pemilik kucing, anda boleh menggunakan mangkuk makanan yang mempunyai fungsi tetapan masa.

Bila harus berhenti memberi makanan anak kucing

Anda mesti ingat bahawa anak kucing comel anda tidak akan kekal sebagai anak kucing selama-lamanya dan tidak lama lagi akan matang menjadi kucing dewasa yang hebat. Semasa ia membesar, adalah perkara biasa untuk tertanya-tanya apa yang perlu diberi makan kepada anak kucing.

Sepanjang hayat mereka, kucing menjalani perubahan keperluan pemakanan bergantung pada umur, baka dan aktiviti mereka. Kebiasaannya, kucing baru lahir mendapat nutrisi daripada pemakanan berasaskan formula (formula-based diet). Namun, pemakanan ini tidak dapat memberikan kucing dewasa dengan nutrien yang sesuai yang diperlukannya. Oleh itu, adalah penting untuk beralih kepada makanan kucing dewasa pada masa yang sesuai untuk memastikan kucing anda terus menerima nutrisi yang mereka perlukan untuk kekal sihat.

Anak kucing membesar dengan cepat dan dalam tempoh 30 minggu selepas kelahiran mereka, mereka mencapai hampir 80 peratus saiz dewasa mereka. Jadi, peralihan secara beransur-ansur kepada makanan kucing dewasa apabila anak kucing kesayangan anda berusia satu tahun adalah idea yang bijak. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membiasakan kucing anda dengan makanan dewasa secara beransur-ansur daripada beralih secara mengejut dengan menambahkan sejumlah kecil makanan kucing dewasa ke dalam makanan formula anak kucing. Anda boleh menambah jumlah makanan kucing dewasa yang dicampur dengan makanan formula anak kucing secara perlahan-lahan sehingga kucing anda beralih sepenuhnya kepada makan makanan dewasa. Kebiasaannya, kucing boleh beralih sepenuhnya kepada makanan kucing dewasa ketika mereka berusia 18 bulan. Oleh itu, jika anda tertanya-tanya bila anak kucing boleh memakan makanan kering, inilah masanya untuk bermula. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor haiwan untuk mengetahui apa yang perlu diberi makan kepada anak kucing.

Kesimpulan

Jika anda ingin memperkenalkan kepada kucing anda makanan basah berkualiti tinggi dan tidak pasti apa yang hendak diberikan kepada anak kucing, Sheba adalah pilihan terbaik. Sheba Premium Wet Cat Food bukan sahaja memberikan semua nutrien penting untuk si comel tetapi juga memastikan mereka menerima jumlah makanan yang betul. Sheba Premium Cat Treats adalah hidangan terbaik untuk menambah sentuhan diraja pada selera anak kucing anda kerana mereka layak mendapat yang terbaik! Sheba Premium Wet Cat Food adalah sangat lazat dan  kucing diraja anda akan menikmatinya dalam setiap gigitan. Dan anda boleh berasa tenang kerana mengetahui bahawa anak kucing anda mendapat nutrisi seimbang.

Soalan Lazim 

  • Apakah jadual pemakanan yang baik untuk anak kucing?

    Sebagai, pemilik kucing baru, adalah biasa apabila berasa bimbang tentang perkara-perkara kecil seperti kucing makan apa? Atau berapa banyak perlu diberi makan anak kucing berusia 3 bulan? Anak kucing yang baru lahir perlu diberi makan setiap 1-2 jam. Mereka tidak boleh menelan banyak makanan dalam satu masa kerana mereka mempunyai perut yang kecil. Sebagai anak kucing yang sedang membesar, jadual pemakanan sihat adalah 6 hidangan sehari.

  • Patutkah anak kucing makan makanan basah atau kering?

    Satu lagi soalan biasa yang dihadapi oleh pemilik kucing baharu selepas cara memberi makan kucing adalah apa yang perlu diberi makan kepada anak kucing. Anak kucing yang berusia 1-3 minggu seharusnya makan makanan dalam tin sebagai sebahagian daripada diet mereka kerana gigi mereka belum berkembang dengan sepenuhnya untuk makan makanan kering. Apabila mereka meningkat dewasa, anda boleh memberi makanan basah dan kering.

  • Perlukah saya tinggalkan makanan untuk anak kucing saya pada waktu malam?

    Meninggalkan makanan pada waktu malam mungkin idea yang baik untuk anak kucing, memandangkan mereka masih muda dan memerlukan nutrien dan kalori yang mencukupi. Pastikan jumlahnya tidak terlalu banyak. Runding dengan doktor haiwan berkenaan jumlah makanan yang anda boleh tinggalkan pada waktu malam untuk si comel nikmati sesuka hati mereka.

  • Bagaimana untuk ketahui sekiranya anak kucing saya lapar?

    Kucing adalah penggemar makanan yang suka makan. Walau bagaimanapun, makan berlebihan boleh mengakibatkan obesiti serta mengakibatkan beberapa masalah kesihatan, jadi anda perlu berhati-hati untuk mengenalpasti tanda-tanda sekiranya kucing anda benar-benar lapar. Salah satu tandanya adalah jika mereka makan terlalu cepat. Sekiranya anak kucing anda menangis semasa makan, ia juga mungkin tanda mereka lapar.

  • Berapakah usia anak kucing boleh makan makanan kering?

    Anak kucing berusia 5-6 minggu boleh diberi sejumlah kecil makanan kering bersama-sama makanan formula anak kucing biasa mereka. Walau bagaimanapun, adalah amat penting untuk ambil perhatian bahawa, makanan kering tidak mengandungi kelembapan seperti makanan basah. Jika anda memberi makan makanan kering kepada anak kucing anda, pastikan mereka minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah