Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Tip Memilih Snek Kucing yang Terbaik

Tip Memilih Snek Kucing Yang Terbaik

Biarpun perbuatan ini berpunca daripada sifat kasih sayang pemilik kucing, tetapi snek kucing yang dihidangkan secara berlebihan boleh memudaratkan, kerana mesej yang disampaikan melalui perbuatan tersebut adalah kurang elok, dan merupakan punca utama di sebalik masalah obesiti yang dialami kucing.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui bila sebaiknya kucing anda dimanjakan dengan snek dan dalam kuantiti tertentu, untuk memastikan si manja kekal sihat dan gembira.

Tidak dapat disangkal, pemberian snek kepada kucing merupakan satu kaedah yang efektif untuk merapatkan hubungan dengan si manja. Malah, snek juga amat efektif bagi proses melatih haiwan seperti kucing. Bagaimanapun, sebagai pemilik kucing, kita perlu membuat keputusan yang bijak mengenai bukan sahaja bila dan berapa banyak snek kucing yang patut dihidangkan, tapi juga snek kucing apakah yang merupakan pilihan terbaik untuk si manja anda.

Untuk memastikan kucing anda diberikan yang terbaik, berikut merupakan beberapa tip berkenaan dengan hidangan snek kepada si manja.

Apa yang perlu ada dalam snek kucing?

Snek kucing biasanya disediakan dalam pelbagai perisa, di samping aneka tekstur dan juga ramuan. Jadi, kita harus memastikan ia mengandungi ramuan-ramuan yang bertepatan agar ia sesuai untuk si manja.

  • Ramuan yang kita kenali

    Snek-snek untuk kucing biasanya didatangkan dengan pelbagai jenis ramuan, jadi kita harus memastikan snek yang dipilih mengandungi khasiat-khasiat asas seperti lemak dan asid lemak, bijirin, dan ‘catnip’. Langkah ini juga boleh membantu anda menghindari snek yang mengandungi pewarna serta pengisi tiruan, selain pengawet dan juga pemerkaya perisa sintetik yang boleh memudaratkan kesihatan si manja.

  • Daging

    Kucing merupakan sejenis haiwan karnivor. Ia memerlukan protein yang diperoleh daripada daging atau telur haiwan sehingga tahap yang tertentu bagi memelihara fungsi segala tubuh badannya. Kandungan ramuan daging dalam snek kucing juga dapat dikaitkan dengan jumlah kalorinya, dan pastikan ramuan daging tersebut tidak bersifat alergik terhadap kucing anda.

  • Suplemen

    Sesetengah snek jilat untuk kucing juga dirumus khas untuk kucing yang sedang sakit bagi memudahkan proses pemulihannya, selain mengandungi suplemen tertentu yang dapat membuat kucing anda berasa lebih sihat. Di samping itu, ada snek untuk kucing yang mengandungi suplemen seperti vitamin dan probiotik, yang bermanfaat bagi penghadaman kucing, selain dapat melawan jangkitan.

  • Snek yang dirumus khas untuk kucing

    Meskipun lebih mudah jika kita hidangkan sahaja baki atau sisa makanan kita sebagai snek untuk kucing, tetapi jika makanan tersebut tidak sesuai untuk haiwan ini, maka ia boleh menyebabkan ketidakhadaman serta isu kesihatan yang lain. Jadi, jika anda ingin memanjakan kucing anda dengan snek, pastikan snek tersebut dirumus khas untuk kucing.

  • Snek daripada jenama bereputasi

    Bercakap tentang snek kucing seperti snek jilat misalnya, pastikan anda membelinya daripada jenama-jenama yang bereputasi. Jenama bereputasi seperti Sheba menyediakan pelbagai jenis snek kucing terbaik dalam perisa-perisa eksotik dan ia diyakini selamat untuk kucing.

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menghidangkan snek

  • Snek haruslah dijadikan istimewa

    Pemilik kucing harus sedar bahawa snek sepatutnya ditujukan untuk sesuatu yang istimewa dan bukannya diberikan secara rutin setiap hari. Snek kucing hanya patut diberikan sebagai satu bentuk insentif.

  • Hidangkan secara bersederhana

    Berikan snek jilat secara bersederhana atau dalam kuantiti terkawal kerana snek kucing mengandungi nilai kalori yang tinggi, maka jika selalu dihidangkan, ia boleh mengakibatkan kucing anda menjadi obes.

  • Makanan manusia juga boleh diberikan sebagai makanan ringan untuk kucing

    Sekali sekala, anda boleh bahagikan makanan anda untuk diberikan sebagai snek kepada kucing. Ini adalah kerana kucing yang didedahkan kepada makanan manusia untuk tempoh yang lama berpotensi untuk mengalami masalah kesihatan.

  • Elakkan apa-apa yang boleh memudaratkan kucing

    Kenal pasti makanan apa yang selamat untuk kucing sebelum menghidangkannya. Sebagai contoh, kucing boleh jatuh sakit jika ia mengambil coklat atau alkohol, termasuk ubi kentang, bawang merah, dan bawang putih yang tidak dimasak.

  • Jangan gantikan perhatian dengan snek

    Snek kucing boleh menjadi satu alat yang efektif untuk menarik perhatian kucing dan untuk melatihnya. Bagaimanapun, tiada apa pun yang dapat menggantikan perhatian dan masa berkualiti yang diberikan kepada si manja bagi mencorak sebuah hubungan yang bermakna dan penuh dengan kasih sayang.

Alternatif bagi Snek Kucing

  • Ikan dalam tin

    Seperti yang umum ketahui, ikan juga merupakan makanan kegemaran kucing. Jadi, jika anda tidak berminat untuk membeli snek kucing, produk ikan dalam tin juga boleh dijadikan sebagai alternatif untuk menarik selera dan perhatian kucing anda. Selain mengandungi khasiat-khasiat penting seperti iodin, protein, dan asid lemak omega-3, ikan bertin seperti tuna juga sangat enak.

  • Ayam yang dimasak

    Kucing juga menggemari rasa ayam, yang biasanya digunakan sebagai ramuan asas dalam kebanyakan produk snek kucing. Bagaimanapun, jika si manja anda tidak suka menikmati produk-produk snek kucing yang terdapat di luar sana, anda boleh menghidangkannya sahaja ayam yang dimasak sendiri. Ayam mempunyai kandungan protein yang tinggi selain berciri rendah lemak, maka anda boleh menghidangkannya buat si manja dengan kerap. Tapi ingat, pastikan ayam tersebut dimasak dengan sebetulnya agar ia tidak menjejaskan sistem penghadaman si manja.

  • Telur yang dimasak

    Telur merupakan sumber protein dan asid lemak yang baik. Jadi, anda boleh menghidangkannya sebagai makanan ringan untuk kucing tanpa perlu khuatir tentang kenaikan berat badannya. Bagaimanapun, memandangkan telur mentah mengandungi bakteria, seperti salmonela, yang boleh mengakibatkan keracunan makanan, pastikan ia dimasak dengan sebetulnya sebelum dihidangkan kepada si manja. Malah, telur juga mudah untuk dimasak, menyenangkan lagi tugas seorang pemilik kucing.

  • Kiub keju bersaiz kecil

    Ada pemilik kucing yang suka menghidangkan susu kepada kucing mereka, tapi tahukah anda bahawa susu sebenarnya kurang elok untuk diminum oleh kucing dewasa? Anak kucing mempunyai keupayaan untuk meminum dan menghadam susu, tapi semakin ia membesar, kucing tersebut akan kehilangan upaya untuk memproses susu dan biasanya mempunyai intoleransi terhadap laktosa. Bagaimanapun, memandangkan produk tenusu masih menjadi makanan kegemaran kucing, maka anda boleh menghidangkan potongan keju yang kebanyakan kucing boleh hadam dengan mudah.

Kesimpulan

Kucing jarang sekali akan menolak hidangan snek yang lazat daripada insan kesayangannya. Oleh itu, snek kucing menjadi satu bentuk insentif yang berkesan untuk membuat kucing anda menyukai anda atau sebagai alat untuk melatih kucing anda. Bagaimanapun, memandangkan snek kucing juga biasanya mengandungi kalori yang tinggi, maka ia seharusnya diberikan secara bersederhana, kerana sebaliknya, kucing anda mungkin akan mengalami masalah obesiti, ataupun menjejaskan amalan dietnya yang biasa.

Sebagai makanan kegemaran kucing, snek kucing yang didapatkan daripada jenama-jenama yang bereputasi merupakan pilihan yang paling selamat, kerana ia diperbuat dan diedarkan dengan tahap kawalan yang tertinggi, selain mempunyai rasa yang dijamin enak untuk si manja. Snek kucing daripada Sheba untuk sekian yang lama masih menjadi pilihan yang popular dalam kalangan pemilik kucing kerana ia diperbuat daripada ramuan-ramuan terbaik yang diyakini selamat untuk kucing, selain hadir dengan pelbagai perisa dan tekstur yang menarik!

Soalan-Soalan Lazim

  • Apakah yang menjadikan sesuatu snek kucing itu bagus untuk kucing?

    Snek kucing yang bagus diperbuat daripada ramuan-ramuan yang bertepatan serta mengandungi khasiat-khasiat yang bermanfaat untuk kucing anda. Sebagai makanan kegemaran kucing, snek kucing dengan suplemen tambahan juga mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk kucing yang kurus ataupun yang sedang sakit.

  • Snek kucing apakah yang paling sihat untuk kucing?

    Produk snek kucing yang terdapat dalam pasaran sememangnya menarik untuk kucing kerana aneka perisanya yang lazat, tapi penyediaan santapan yang dimasak sendiri seperti ayam, ikan, dan telur adalah snek yang paling sihat untuk kucing kerana ia rendah kalori dan kaya dengan khasiat.

  • Bolehkah saya berikan snek kepada kucing saya setiap hari?

    Amalan pemberian snek secara berlebihan bukanlah satu tabiat yang baik kerana sesetengah snek kucing mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh menghadiahkan si manja anda ayam atau telur yang dimasak sendiri sebagai makanan ringan untuk kucing.

  • Pada usia apakah anak kucing boleh mula makan snek kucing?

    Snek jilat yang lembut boleh diberikan kepada anak kucing seawal usia 8 minggu dan ia boleh mula mengambil makanan yang rangup dalam tempoh 3-4 bulan. Anak kucing perlu diajar untuk beralih daripada susu ibunya kepada makanan lain sebelum ia boleh mula menikmati snek-snek yang tertentu.

  • Bolehkah saya hidangkan snek sahaja kepada kucing saya?

    Anda dinasihatkan untuk tidak menggantikan diet harian si manja dengan snek kucing. Kebanyakan snek kucing mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti. Tambahan lagi, snek kucing juga biasanya tidak mengandungi segala khasiat penting yang kucing perlukan.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah