Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Kebenaran tentang susu untuk kucing

Kebenaran Tentang Susu Untuk Kucing

Walau bagaimanapun, anda mungkin terkejut bahawa pada hakikatnya, kucing dewasa biasanya tidak bertoleransi laktosa dan meminum susu untuk kucing boleh menyebabkan mereka mengalami gangguan usus seperti senak dan kembung perut.

Pada masa anak kucing mereka, si Comel bergantung sepenuhnya kepada susu ibu mereka sebagai sumber pemakanan utama dan itulah satu-satunya susu yang sesuai untuk kucing. Susu untuk kucing mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang penting untuk anak kucing, tetapi apabila mereka semakin tua, kucing mulai berhenti menghasilkan enzim yang diperlukan untuk mencerna susu secara beransur dan begitulah akhirnya toleransi susu untuk kucing.

Bolehkah Anak Kucing Minum Susu?

Sejak lahir hingga mereka berumur 4 minggu, anak kucing bergantung sepenuhnya pada susu ibu mereka yang mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan dan kesejahteraan mereka. Susu untuk kucing ini kaya dengan kolostrum dan antibodi yang diperlukan oleh anak kucing pada peringkat awal kehidupan mereka dan bertanggungjawab untuk menguatkan sistem imun mereka. Selain itu, walaupun kucing boleh minum susu lembu, susu ibu mereka juga merupakan sumber utama penghidratan untuk anak kucing dan satu-satunya susu sesuai untuk kucing.

Walaupun kucing boleh minum susu lembu dan mencerna susu sebagai anak kucing, mereka hanya bergantung kepada susu ibunya sehingga mereka mula berhenti menyusu. Apabila mereka berumur 8 hingga 10 minggu, anak kucing telah berhenti sepenuhnya dan bersedia untuk makan makanan pejal. Sebaik sahaja mereka telah berhenti menyusu dan boleh mencerna daging dan derivasi haiwan, kucing akan berhenti menghasilkan enzim yang diperlukan untuk mencerna susu. Oleh kerana badan mereka tidak lagi mampu memecahkan protein laktosa susu, mereka tidak lagi boleh mencerna susu walaupun kucing boleh minum susu lembu.

Kenapa Kucing Tidak Boleh Diberi Susu?

Enzim laktase dihasilkan dalam badan kucing secara alami dan bertanggungjawab untuk mencerna gula, susu, atau laktosa yang terdapat dalam susu. Sebagai anak kucing, laktase dihasilkan untuk mencerna susu ibunya. Tetapi apabila mereka mencapai umur 6 minggu, mereka mula berhenti menyusu dan dapat beralih dan tidak lagi bergantung kepada susu ibu dan memakan makanan pepejal, seperti daging dan lemak haiwan untuk mendapati nutrien.

Sebagai karnivor, sebahagian besar diet alami kucing dewasa mengandungi daging dan mereka tidak lagi bergantung kepada susu untuk nutrien. Akibatnya, apabila mereka telah berhenti menyusu sepenuhnya pada usia 8 hingga 10 minggu, kucing mulai kehilangan keupayaan untuk menghasilkan enzim laktase dan oleh itu mereka perlahan-lahan kehilangan keupayaan untuk mencerna laktosa yang terdapat dalam susu. Oleh itu, kebanyakan kucing dewasa biasanya tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa. Itulah sebabnya untuk jangan menawarkan susu kepada kucing dewasa kerana boleh menyebabkan gangguan gastrousus, yang bisa mengakibatkan cirit-birit, senak dan masalah kesihatan yang lain.

Adakah Ada Beberapa Kucing yang Boleh Minum Susu?

Walaupun kebanyakan kucing tidak bertoleransi terhadap laktosa, perkara ini tidak pasti sama pada semua kucing. Banyak yang masih akan mempertanyakan apakah kucing boleh minum susu lembu ketika dewasa? Bolehkah kucing minum susu lembu? Sesetengah kucing masih boleh mencerna laktosa dalam susu yang sesuai untuk kucing tanpa mengalami sebarang gangguan kesihatan atau senak. Walaupun jawapan untuk pertanyaan: Bolehkah kucing minum susu lembu adalah ya, itu bukanlah susu yang sesuai untuk kucing. Walau bagaimanapun, memberikan susu secara tetap kepada kucing dewasa bukanlah idea yang terbaik atas beberapa sebab:

  • Sebagai karnivor, diet alami kucing haruslah kebanyakannya terdiri daripada daging, ayam, itik dan lemak haiwan. Memberi susu yang sesuai untuk kucing mungkin tidak mencukupi untuk menambah nutrien yang sesuai atau menyediakan nutrisi yang mencukupi yang diperlukan oleh kucing dewasa.

  • Bolehkah kucing minum susu lembu? Selera makan kucing biasanya akan terganggu ketika ia penuh dengan susu jika susu adalah salah satu makanan utama dalam diet mereka. Selanjutnya, kucing meminum susu juga boleh menyebabkan pengelakan pelbagai makanan yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kucing yang baik dan boleh menyebabkan gangguan kesihatan seperti kekurangan zat makanan dan masalah kesihatan lain.

Mengapa kucing dewasa mengidamkan susu?

Kucing adalah penggemar makanan yang suka variasi dalam pemakanan harian mereka. Dan walaupun mereka tidak bertoleransi laktosa, ia jarang menghalang kucing menolak tawaran susu. Oleh itu, ini sering menyebabkan kucing mengalami gangguan gastrousus diikuti dengan senak dan cirit-birit walaupun mereka tidak mengetahui apa yang mungkin menyebabkannya.

Kepada yang mencari susu sesuai untuk kucing, sebagai anak kucing, mereka bergantung sepenuhnya kepada susu ibu mereka iaitu salah satu susu sesuai untuk kucing untuk pemakanan dan penghidratan, yang mewujudkan perkaitan positif dan kenangan lama dengan rasa susu, menyebabkan mereka minum susu sebagai makanan yang memberikan rasa keselesaan. Kucing dewasa juga boleh memilih susu berbanding rasa air yang hambar.

Akan tetapi, tetap faktanya bahawa kucing tidak bertoleransi terhadap laktosa dan harus mengelakkan meminum susu. Jadi, sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, menjauhkan susu daripada capaian si Comel amat penting, supaya mereka tidak mengidam atau memakannya.

Kesan buruk kucing meminum susu

Susu boleh memberi beberapa kesan buruk pada kucing, seperti:

  • Sakit perut:

    Susu tidak boleh dipecahkan secara semula jadi oleh enzim pencernaan yang dihasilkan oleh kucing dewasa, menyebabkan senak dan sakit perut.

  • Cirit-birit:

    Cirit-birit ialah simptom biasa yang dikaitkan dengan sakit perut pada kucing, kerana gula laktosa tidak boleh dicerna oleh kucing dewasa.

  • Kegas:

    Kerana tidak tahan laktosa, minum susu boleh menyebabkan kucing kembung.

  • Perut kembung:

    Kembung perut adalah simptom biasa bagi kucing dewasa yang bergas dan sakit perut, berpunca daripada minum susu.

Kesimpulan

Walaupun susu secara amnya tidak digalakkan untuk kucing dewasa, amat penting para pemilik kucing untuk mengetahui bahawa susu tidak bersifat toksik dan tidak membawa kepada sebarang kebimbangan kesihatan yang mengancam nyawa kucing anda. Bahkan cuma tidak ada lagi susu yang sesuai untuk kucing selain susu ibunya. Jadi, jika si Comel mengidam susu, anda boleh menawarkannya susu dalam bahagian terkawal supaya ia tidak mengalami sebarang ketidakselesaan gastrousus.

Kucing juga memerlukan penghidratan yang mencukupi setiap hari, dan jika kucing anda tidak suka minum air, menambah sedikit susu bisa membuat mereka minum lebih banyak. Sebab kucing biasanya lebih suka rasa susu yang berkrim berbanding air dan boleh menikmati minum beberapa teguk tanpa mengalami masalah pencernaan. Anda juga boleh pertimbangkan menambah makanan basah seperti makanan kucing premium Sheba atau snek kucing berkrim untuk memastikan kucing anda sentiasa hidrat.

Soalan Lazim

 
  • Berapa banyak susu yang perlu saya berikan kepada kucing saya?

    Walaupun meminum susu boleh menyebabkan gangguan pencernaan pada kucing, ia tidak bersifat toksik, dan boleh ditawarkan kepada kucing anda dalam bahagian terkawal. Secara amnya, beberapa teguk sudah memadai jika kucing anda mengidam susu.

  • Adakah susu tepung selamat untuk anak kucing?

    Anak kucing bergantung sepenuhnya kepada susu ibunya untuk penghidratan dan nutrien yang mencukupi. Walau bagaimanapun, jika anak kucing anda telah dipisahkan daripada ibunya, formula susu tepung yang ditetapkan oleh doktor haiwan boleh menjadi alternatif susu sesuai untuk kucing yang baik.

  • Kenapa kucing suka susu?

    Kucing suka rasa krim susu yang lazat. Selain itu, kucing menggemari susu kerana ia mempunyai beberapa perkaitan positif untuk kucing dengan ibunya dan menjadi makanan yang membawa keselesaan dengan mengingatkan mereka kepada kenangan sebagai anak kucing.

  • Apakah susu yang terbaik untuk kucing?

    Tidak dinafikan, susu ibu mereka yang mengandungi kolostrum adalah susu terbaik yang sesuai untuk kucing kerana ia kaya dengan nutrien penting dan antibodi yang diperlukan untuk membangunkan sistem imun mereka. Tambahan pula, anak kucing juga memenuhi keperluan penghidratan harian mereka daripada susu ibu mereka.

  • Apakah susu yang boleh menggantikan susu kucing?

    Walaupun tiada pengganti susu ibu, iaitu susu yang selamat sesuai untuk kucing dan anak kucing, kerana ia kaya dengan nutrien dan antibodi yang diperlukan, formula susu yang dicadangkan veterinar atau susu yang sesuai untuk kucing juga boleh menjadi alternatif yang baik.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah