Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Panduan Kucing Tidur Bersama Anda

Panduan Kucing Tidur Bersama Anda

Kebanyakan kucing biasanya suka ‘bersemayam’ di ruang peribadinya sendiri, tapi pada masa yang sama, agak jarang untuk kita melihat si manja ini elak tidur di atas katil manusia kesayangannya. Dan ini juga sering membuat orang tertanya-tanya, adakah bersih atau sihat untuk kita biarkan kucing tidur bersama kita?

Momen kucing tidur atas badan kita adalah sangat istimewa yang menunjukkan keakraban hubungan kita dengan si manja, tapi ambil maklum bahawa, dengan membiarkan kucing tidur di ruangnya sendiri dan bukannya kucing tidur dengan tuan miliknya boleh menjadikan si bulus anda lebih berdikari.

Meskipun mungkin ada risiko apabila kita tidur dengan kucing, artikel ini akan membantu anda menilai kelebihan dan kekurangan tindakan membiarkan kucing tidur di atas katil, serta mengapa kucing suka tidur dekat dengan kita, agar anda dapat membuat keputusan yang sewajarnya.

Mengapa Kucing Tidur dengan Anda

Tertanya-tanya mengapa kucing tidur dengan tuan miliknya dan bolehkah tidur bersama kucing? Sebelum kita melihat kelebihan dan kekurangan tindakan tidur bersama kucing atau membiarkan kucing tidur atas badan, adalah penting untuk kita mengetahui dahulu mengapa kucing suka tidur berhampiran anda.

Tindakan kucing yang suka tidur bersama tuannya mungkin berbeza-beza bagi setiap kucing. Jadi, mengapa kucing saya tidur bersebelahan saya? Kucing tidur bersebelahan anda kerana perasaan sayangnya. Kucing tersebut juga mungkin akan mengerekot bersama tuannya di atas katil untuk merasai kehangatan. Malah, kucing tidur bersama tuannya juga untuk menunjukkan bahawa tuannya adalah milik si bulus itu. Ada kucing yang berasa selamat dekat dengan tuannya sementara kucing tidur.

Manfaat Tidur Bersama Kucing

  • Ia memberikan satu ketenangan

    Amalan tidur dengan kucing boleh menjauhkan kemurungan dan keresahan, justeru anda akan berasa lebih tenang melalui amalan tidur dengan kucing.

  • Ia meredakan stres

    Amalan tidur dengan kucing boleh meredakan stres. Kajian saintifik mendapati bahawa pemilik kucing yang tidur bersama si manja lebih berkemungkinan mempunyai tahap kesihatan psikologi yang baik di samping emosi yang positif.

  • Ia mengeratkan hubungan dengan si manja anda

    Anda dapat mengeratkan hubungan dengan si manja menerusi aktiviti tidur bersama kerana ia membuat kedua-dua pihak berasa selamat dan selesa.

  • Ia dapat membantu anda melelapkan mata lebih cepat

    Frekuensi dan getaran dengkuran kucing tidur didapati memberi kesan penyembuhan dan ketenangan, menggalakkan kita untuk tidur lebih nyenyak di samping si manja.

Kekurangan Amalan Tidur Bersama Kucing

  • Ia boleh mengganggu tidur anda

    Kucing tidur di sebelah kita mungkin akan terjaga untuk membetulkan kedudukannya, lalu boleh mengganggu tidur kita dalam proses tersebut.

  • Ia mendedahkan anda kepada kotoran daripada bekas najis

    Tidak kira betapa bersih kucing tersebut kelihatan, ia masih berpotensi untuk membawa unsur-unsur bekas najis di bawah telapak kakinya, mendedahkan anda kepada risiko jangkitan apabila kucing tidur di sebelah anda.

  • Sukar untuk mengalihkan kucing yang sedang tidur

    Adalah sukar untuk kita mengalihkan kucing tidur setelah anda mula tidur dengannya.

  • Anda juga mungkin terdedah kepada parasit dan jangkitan kulat

    Jika kucing anda suka keluar bersiar-siar, ia mungkin membawa pulang parasit seperti pepijat, hama, dan pelbagai jenis cacing.

Tip Mendapat Tidur Berkualiti Bersama Kucing

  • Selalu bersihkan bulu kucing anda.
  • Pastikan kucing anda aktif pada waktu siang.
  • Tutup pintu-pintu di rumah anda.
  • Bermain bersama si manja sebelum waktu makan malam.
  • Awasi sebarang perubahan dalam rutin kucing anda.

Kesimpulan

Keputusan anda untuk membiarkan kucing tidur dengan tuan miliknya adalah satu keputusan yang perlu dinilai dengan mempertimbangkan kelebihan dan kekurangannya. Apabila kucing tidur dengan tuan miliknya, ia dapat membantu anda tidur lebih mudah selain memberi ketenangan. Tapi ingat, waktu tidur kucing yang pendek dan terputus-putus juga boleh mengganggu tidur anda selain mendedahkan anda kepada risiko jangkitan kulat atau bakteria.

Lagi satu, jika kucing tidur dengan tuan atau jika anda ingin tidur dengan kucing, kami sedar betapa sukarnya untuk katakan tidak kepada makhluk yang comel molek ini. Jadi, tindakan untuk membiarkan kucing tidur di atas katil adalah keputusan yang perlu dibuat oleh pemilik kucing itu sendiri.

Soalan-Soalan Lazim

  • Bolehkah saya tidur dengan kucing saya?

    Anda tertanya-tanya bolehkah tidur bersama kucing? Tindakan untuk tidur bersama kucing ada kelebihan dan kekurangannya. Kebanyakan kucing suka tidur bersama pemiliknya dan ia membuat si bulus berasa selesa dan selamat. Bagaimanapun, keputusan untuk tidur dengan kucing terletak di tangan anda sendiri.

  • Adakah kucing suka tidur bersama pemiliknya?

    Adalah salah untuk menganggap semua kucing suka tidur dengan tuannya. Haiwan kecil ini amat ‘moody’, justeru kucing mungkin akan tidur bersama tuannya apabila mereka berasa sayang dan mungkin akan menjauhkan diri jika ia berasa rimas.

  • Mengapa kucing saya membuat saya rasa nak tidur?

    Tertanya-tanya mengapa kucing suka tidur bersebelahan anda atau bolehkah tidur bersama kucing? Anda akan rasa lebih tenang semasa tidur bersebelahan dengan kucing. Tambahan lagi, kucing juga didapati boleh membantu meredakan tekanan dan kegelisahan, justeru boleh membuat anda tidur dengan lebih mudah di samping si manja.

  • Apakah manfaat tidur bersama kucing?

    Tidur bersama kucing mempunyai pelbagai kelebihan. Amalan tidur dengan kucing bukan sahaja dapat meredakan kegelisahan dan stres, tapi juga boleh mengeratkan hubungan anda berdua, memberi anda ketenangan terutamanya apabila kucing tidur atas badan.

  • Elokkah amalan kucing tidur di sebelah kita?

    Ada pelbagai manfaat apabila kucing tidur dengan tuan miliknya atau apabila kucing tidur atas badan. Perbuatan tersebut bukan sahaja menunjukkan tahap kepercayaan dan pemahaman yang anda miliki bersama si manja, tapi juga boleh mengeratkan lagi hubungan, meredakan stres, selain memudahkan anda untuk tidur.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah