Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Ketahui Mengapa Kucing Anda Berdengkur

Ketahui Mengapa Kucing Anda Berdengkur

Pelbagai jenis bunyi yang dikeluarkan oleh kucing boleh dikaitkan dengan emosi-emosi tertentu, ia termasuk emosi positif yang sering diluahkan oleh si manja kepada insan kesayangannya. Semua kucing akan berdengkur (purr) dan mengiau, tapi tahukah anda bahawa kedua-dua bunyi ini hanya digunakan oleh kucing untuk berkomunikasi dengan manusia?

Rata-rata pemilik kucing tidak tahu bahawa bunyi ngiau dan dengkur ini sebenarnya merupakan bunyi-bunyi yang khusus untuk kucing dan dikaitkan dengan pelbagai ekspresi serta emosi kucing. Dan jika anda berupaya untuk membezakan erti bunyi dengkuran kucing, anda dapat memahami si manja dengan lebih baik, ia termasuk emosi dan keperluannya, lantas membantu anda merapatkan lagi hubungan dengan si manja.

Mengapa kucing berdengkur?

Anda tertanya-tanya mengapa kucing berdengkur? Kucing merupakan sejenis haiwan yang amat vokal lagi ekspresif, dan ia akan berdengkur atas pelbagai sebab. Berikut merupakan antara sebab mengapa kucing berdengkur:

  • Untuk meluahkan kegembiraannya

    Tujuan utama kucing berdengkur adalah untuk meluahkan bahawa ia berasa senang hati dan gembira. Berbunyi halus dan lembut, dengkuran kucing memberi indikasi bahawa ia sedang bersenang hati. Si manja yang selesa dengan seseorang insan akan berada di samping mereka, berdengkur dan menguis tangannya, iaitu cara ia meluahkan perasaan kasih sayang dan kegembiraan.

  • Cara ia menenangkan diri

    Bunyi dengkuran dan pernafasan yang dikeluarkan oleh kucing bukan selalunya boleh disamaertikan dengan kegembiraan. Kucing mempunyai sifat kemandirian yang tinggi, dan ia juga tidak suka sesuatu perubahan yang drastik dalam kehidupannya. Perubahan yang drastik seperti kawasan kediaman yang baharu boleh memberi tekanan kepada si manja. Jadi, kucing biasanya akan berdengkur untuk menenangkan diri dalam situasi seperti ini, kerana getaran bunyi dengkuran tersebut bersifat terapeutik bagi haiwan ini.

  • Anak kucing berdengkur untuk berkomunikasi dengan ibunya

    Mengapa kucing berdengkur pada usia kecil? Dalam fasa awal kehidupan seekor kucing, dengkuran merupakan bunyi pernafasan yang utama dihasilkan oleh anak kucing sebagai kaedah komunikasi dengan ibunya. Oleh kerana anak kucing bergantung sepenuhnya ke atas ibunya untuk makanan dan pelbagai keperluan, dengkuran memainkan peranan yang penting dalam fasa kehidupan anak kucing. Selain dengkuran ibu kucing yang juga boleh menenangkan anak-anaknya, bunyi dengkuran merupakan satu cara yang efektif untuk menunjukkan lokasi keberadaan ibu kucing kepada anak-anaknya.

  • Untuk mendapatkan belaian

    Sungguhpun kucing lebih dikenali sebagai haiwan yang introvert, tapi ia juga sangat manja dan ekspresif, sebab itulah anda dapat menyaksikan kucing sering meminta belaian kasih daripada insan kegemarannya. Jadi, dengkuran kucing juga biasanya bererti ia sedang mempelawa anda untuk membelainya.

  • Memberitahu kita bahawa ia sedang lapar atau mahukan sesuatu

    Selain bunyi ngiau yang sinonim dengan kucing, dengkuran juga merupakan bunyi yang unik bagi kucing dewasa kerana ia berfungsi sebagai satu kaedah komunikasi dengan manusia. Bunyi dengkuran yang juga merupakan bunyi nafas kucing adalah lembut dan mesra untuk didengar. Jadi, kucing biasanya akan menggunakan bunyi dengkuran apabila ia menginginkan makanan, atau jika ia mahu bermain dengan anda.

Tujuan utama dengkuran kucing

  • Komunikasi dan hubungan sosial

    Dengkuran memainkan fungsi yang paling utama dalam hubungan sosial. Kucing akan mula berdengkur selepas dilahirkan untuk berhubung dengan ibunya. Dengkuran bagi kucing dewasa merupakan salah satu bunyi nafas kucing yang lazim dan ia melambangkan kepercayaan, kasih sayang, dan persahabatan. Semasa berkomunikasi dengan insan kegemarannya, kucing juga biasanya akan menggunakan bunyi dengkuran sebagai pelawaan untuk menunjukkan kasih sayang, dan turut menandakan bahawa ia sedang berasa gembira dan senang hati.

  • Menenangkan dan menyembuh diri

    Dengkuran, iaitu bunyi kucing bernafas juga digunakan untuk menyembuh dan menenangkan diri. Bunyi dengkuran kucing mempunyai keupayaan untuk menenangkan kucing yang sedang tertekan. Tambahan lagi, dengkuran kucing juga telah dibuktikan secara saintifik mampu mempercepatkan proses penyembuhan, jadi kucing biasanya akan berdengkur jika ia sedang mengalami kesakitan. Frekuensi rendah bunyi tersebut menghasilkan getaran yang menggalakkan penyembuhan tisu serta tulang, memperbaiki tendon, mengurangkan pembengkakan dan kesakitan, serta meregulasi pernafasan.

Adakah semua kucing berdengkur?

Keluarga felin turut mencakupi haiwan-haiwan yang bersaiz lebih besar, seperti singa, harimau, dan juga harimau bintang, tetapi dengkuran (purr) adalah unik untuk kucing sahaja. Bukan seperti yang dipercayai oleh umum, bunyi dengkuran tidak terhasil daripada peti suara kucing. Sebaliknya, bunyi kucing bernafas ini dicetuskan dengan bantuan tulang hioid, iaitu sejenis tulang yang fleksibel dan kecil terletak di dasar leher kucing. Udara yang dikeluarkan melalui tulang hioid membuatnya berdetar, lalu menghasilkan bunyi deruman yang disebut sebagai “purr” dalam bahasa Inggeris. Berbanding singa, harimau dan jenis-jenis kucing bersaiz besar yang lain, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk berdengkur, dan hanya boleh mengaum sahaja.

Kesimpulan

Jika anda pernah tertanya-tanya mengapa kucing sering berdengkur, sekarang anda tahu jawapannya. Bunyi-bunyi dengkuran kucing yang tertentu membawa erti dan tujuan yang berlainan. Dengan tafsirkan bahasa kucing mengetahui mengapa kucing berdengkur, anda dapat membina hubungan yang lebih sihat dan akrab dengan si manja. Dengan memahami dengkuran kucing juga, ia boleh membantu anda mengenal pasti emosi dan keperluannya, termasuk keadaan mental dan fizikal si manja. Oleh kerana kucing juga akan berdengkur apabila tertekan atau mengalami kesakitan, anda dapat memberi kucing anda perhatian yang bersesuaian sebaik sahaja anda mendengar bunyi berkenaan.

Soalan-Soalan Lazim

  • Apakah maksud di sebalik dengkuran kucing?

    Bagi pemilik kucing yang tertanya-tanya mengapa kucing sering berdengkur, bunyi dengkuran telah dikenal pasti mempunyai kaitan yang positif dengan emosi gembira, selain bersifat terapeutik. Bagaimanapun, kucing juga akan berdengkur apabila ia tertekan.

  • Mengapa kucing berdengkur semasa kita membelainya?

    Anak kucing yang baru dilahirkan akan berdengkur untuk meluahkan perasaan kepercayaan dan kegembiraannya, serta untuk merapatkan hubungan dengan ibunya. Bagi kucing dewasa pula, dengkuran digunakan untuk meluahkan emosi gembira dan kasih sayang, sama seperti anak kucing, yang biasanya dapat didengari semasa ia dibelai.

  • Bagaimana kita dapat tahu yang kucing itu sukakan kita?

    Jika kucing sukakan anda, ia akan mengekori anda ke mana-mana sahaja, selain bergesel dengan anda, dan bunyi dengkuran serta ngiau dibuat untuk berkomunikasi dengan anda. Bunyi dengkuran kucing sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang dan kegembiraan yang ingin diluahkan oleh kucing.

  • Adakah kucing mempercayai kita jika ia tidur di samping kita?

    Kucing dikenali sebagai haiwan yang introvert dan meskipun ia mementingkan privasinya, jika kucing suka tidur di samping anda, ini bermakna ia mempercayai anda dan ingin meluangkan sebanyak masa yang mungkin bersama dengan anda. Hasrat kucing untuk tidur di samping anda adalah didorong oleh perasaan kasih sayangnya.

  • Adakah kucing akan berasa bimbang terhadap pemiliknya?

    Kucing mempunyai sifat kemandirian dan juga perwatakan yang terpelihara, lantas menzahirkan satu tanggapan bahawa ia tidak suka bersosial. Tapi sebenarnya kucing mempunyai sifat keprihatinan dan kasih sayang, justeru ia juga boleh mengalami perasaan risau terhadap insan yang disayanginya.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah