Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Pengertian Mata Kucing

Pengertian Mata Kucing

Meskipun perbuatan mengiau merupakan satu cara yang paling lazim untuk kucing berkomunikasi, tetapi haiwan yang pintar ini juga boleh menggunakan bahasa badan dan isyarat yang lain untuk menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh, kucing mempunyai sepasang mata yang amat ekspresif dan pergerakan dalam mata kucing boleh membawa makna tertentu. Banyak yang anda boleh ketahui dengan melihat matanya sahaja, seperti mood, kondisi kesihatan, perasaan, atau mesej-mesej yang lain. Sebagai pemilik kucing, tidak lekang kita melayan ragam si bulus kita yang pelbagai, dan dengan mempelajari bahasa badannya, seperti anak mata kucing yang tampak membesar atau mengecil, ia boleh membantu kita memahami mereka dengan lebih baik.

Perbezaan antara bentuk mata kucing dan mata manusia

Seperti manusia, mata kucing adalah sensitif kepada cahaya dan anak matanya akan mengembang atau mengecut untuk mengawal cahaya yang memasuki matanya, namun ia tidak sama seperti mata manusia dari segi bentuk, fungsi dan maksud di sebalik pergerakan anak mata kucing. 

Makna di sebalik anak mata kucing boleh difahami dengan mudah berbanding mata manusia. Kita sebagai manusia mempunyai anak mata berbentuk bulat, manakala si bulus mempunyai anak mata yang lebih padat dan berbentuk runcing secara menegak, yang boleh mengembang dalam keadaan gelap serta mengecut jika didedahkan kepada cahaya. Bentuk runcing yang menegak dan memanjang ini membolehkan saiz anak mata kucing disesuaikan mengikut tahap pendedahan kepada cahaya, membolehkan kucing mempunyai penglihatan yang lebih jelas dalam keadaan gelap berbanding manusia. Selain memberi kucing kelebihan untuk melihat lebih baik pada waktu malam, anak mata kucing juga dapat meningkatkan daya persepsi dan kejituan mengenai jarak objek di sekitar mereka. 

Memahami makna di sebalik mata kucing

Kucing mempunyai mata yang amat ekspresif, ia membolehkan kucing membayangkan pelbagai jenis emosi yang ia sedang alami, ia termasuk keterujaan, ketakutan, kemarahan, kasih sayang, dan kepercayaan. Bukan itu sahaja, perubahan pada bentuk mata kucing juga boleh membantu pemilik kucing mengesan sebarang perubahan pada mood si manja. Kita dapat memahami si manja semasa mata kucing bergerak gerak, dan selain mata, kita juga boleh melihat pada ekor, misai, dan suara untuk tahu lebih lanjut mengenai perasaan si manja, justeru memudahkan pemilik kucing meluaskan lagi pemahaman mengenai kucing mereka.

Pergerakan mata kucing yang lazim dan maknanya

  • Pejaman secara perlahan

    Biarpun bersikap introvert dan terpelihara, kucing juga sebenarnya mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi, jadi jika mata kucing bergerak gerak dan anda melihat ia memejam matanya secara perlahan, ia boleh diertikan sebagai satu bentuk senyuman mesra yang diutuskan oleh kucing anda. Pejaman perlahan yang dibuat oleh kucing membawa maksud perasaan kasih sayang dan kepercayaan yang tinggi terhadap manusia kegemarannya. Sering diiringi dengan dengkuran, mata kucing yang kelihatan tenang dan separa tutup, dan pejaman perlahan juga menunjukkan betapa selamat dan selesa si manja anda rasakan di samping anda.

  • Mata separa tutup

    Kucing mata bulat, mata kucing bergerak gerak dan pergerakan kelopak mata merupakan antara bentuk komunikasi kucing. Kucing mata kecil menunjukkan ia sedang berasa tenang dan gembira. Di samping kucing mata kecil dan kucing mata bulat, kucing juga boleh membayangkan kebahagiaan dengan menggeser kepalanya pada anggota badan anda, mengiau dengan nada yang tinggi, mendedahkan perut, atau meninggikan ekor dengan lengkungan pada hujung ekornya.

  • Renungan tajam

    Biarpun kucing mata bulat biasanya boleh diertikan sebagai kucing yang mesra, si manja juga boleh menunjukkan sifat defensif dan agresif dirinya apabila ia berasa terancam. Kucing mata bulat yang disusuli dengan renungan yang tajam bermakna kucing tersebut sedang tekun menilai persekitarannya. Renungan tajam dan mata kucing bergerak gerak, berserta dengan ekor dan bulu meremang juga mungkin bermaksud ia sedang mengalami tekanan, ketidakselesaan, atau berasa agresif dan dominan.

  • Mata membeliak dan anak mata membesar

    Kucing tidak suka perubahan yang mendadak di persekitarannya, yang boleh membuat si manja berasa tertekan. Mata kucing bergerak gerak dengan mata yang terbeliak menunjukkan bahawa ia sedang cuba menilai persekitarannya. Di samping telinga menegak ke hadapan dan kedudukan kepala yang lebih tinggi, mata kucing yang membeliak juga boleh menunjukkan ia sedang berada dalam keadaan peka.

  • Anak mata mengecil

    Mata kucing adalah sangat sensitif kepada cahaya, membolehkannya mengembangkan atau mengecilkan anak mata mengikut tahap pendedahan kepada cahaya. Oleh itu, kucing yang berada di bawah sinaran matahari akan mempunyai anak mata yang kelihatan lebih runcing dalam bentuk menegak. Bagaimanapun, dalam kondisi yang gelap juga, anak mata kucing boleh mengecil jika ia berasa terancam atau marah. Perbuatan merengus dan mendesis juga menunjukkan bahawa kucing tersebut sedang berada dalam keadaan agresif dan mungkin akan menyerang.

Mata kucing juga boleh membayangkan masalah kesihatan

Adalah penting bagi pemilik kucing untuk mengawasi sebarang petanda di sebalik pergerakan mata kucing. Di samping bahasa badan yang lain, keadaan mata kucing seperti mengenyit, kewujudan taik mata kucing, dan mata berair boleh menunjukkan bahawa mungkin si manja anda sedang mengalami sesuatu masalah kesihatan. Ya betul, kewujudan taik mata kucing juga boleh melatari sesuatu masalah seperti jangkitan pernafasan. Taik mata kucing ini mungkin disebabkan oleh virus yang boleh meningkatkan kekerapan pembentukan taik mata kucing. Jadi, jangan ambil mudah isu melibatkan taik mata kucing dan si bulus anda haruslah diberi perhatian yang sewajarnya jika anda melihat taik mata kucing sering terbentuk.

Soalan-Soalan Lazim

  • Apakah maksudnya jika anak mata kucing membesar?

    Anak mata kucing dalam saiz besar membolehkan kucing melihat dengan lebih baik, dan ia juga mungkin disebabkan oleh keterujaan yang dirasai oleh si manja. Perasaan terkejut atau takut juga boleh dikaitkan dengan anak mata yang kelihatan besar. 

  • Adakah anak mata kucing yang tampak besar bermakna ia menyayangi kita?

    Kucing adalah haiwan yang penyayang, jadi tidak hairanlah jika ia suka dibelai dan dimanjakan. Jadi, apabila kucing sedang diselubungi dengan perasaan kasih sayang, anak matanya akan menjadi besar, meluahkan keterujaannya apabila ia berada di samping anda.

  • Bagaimana mata kucing dapat dibaca?

    Pergerakan mata kucing boleh menyampaikan sesuatu mesej kepada kita. Anda boleh memahami si manja anda dengan lebih baik dengan mempelajari erti di sebalik pergerakan mata kucing anda.  

  • Mengapa kucing saya merenung saya?

    Perbuatan merenung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Jika kucing anda merenung anda, ia kemungkinan besar sedang mempunyai sikap yang positif terhadap diri anda, seperti sedang menunjukkan kasih sayangnya atau meminta anda untuk membelainya. Tetapi renungan tajam yang diiringi dengan desisan adalah kerana ia sedang bersikap agresif.

  • Apakah maksudnya jika kucing mengenyit mata kepada kita?

    Kucing mungkin akan mengenyit matanya kerana ia berasa gembira dan tenang di samping anda. Kenyitan dan pejaman mata secara perlahan juga boleh diertikan sebagai senyuman mesra daripada kucing, melambangkan kasih sayang dan kepercayaannya terhadap diri anda.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah