Sheba imagery

Carian

Enter a keyword below to search for articles and products.

Tafsirkan bahasa Kucing & Ketahui Cara Berkomunikasi Dengan Kucing

Tafsirkan Bahasa Kucing & Ketahui Cara Berkomunikasi Dengan Kucing

Kucing merupakan makhluk yang megah tetapi misteri. Daripada dianggap petanda buruk sehinggalah dianggap sebagai tuhan dalam beberapa budaya. Kucing adalah makhluk yang paling comel, bijak dan suka bermain.

Maka, tidak hairanlah kucing mempunyai bahasa sendiri untuk berkomunikasi bukan sahaja sesama mereka tetapi dengan manusia juga. Malah, bahasa kucing termasuk pelbagai bunyi dan bahasa tubuh. Sebagai contoh, apabila kucing anda melihat ke dalam mata anda dan berkelip dengan perlahan, mereka sebenarnya berkata “Saya sayang kamu”. Comelnya!

Jadi, sekiranya anda adalah pemilik kucing, berikut adalah beberapa bahasa kucing dari suara yang biasa yang akan membantu anda memahami dengan lebih baik bahasa kucing.

Maksud pelbagai jenis bunyi kucing

Walaupun kucing selalu bermisteri dan sukar difahami, mentafsirkan bahasa kucing tidaklah sukar! Kucing mengeluarkan pelbagai jenis suara, sesetengah suara sangat menonjol yang akan membantu anda bagaimana cara faham bahasa kucing adalah:

  • Mengiau

    Apabila bercakap mengenai cara berkomunikasi dengan kucing, ketahuilah bahawa mengiau mungkin suara biasa yang dibuat oleh kucing. Tetapi percaya atau tidak, suara mengiau oleh kucing dewasa hanyalah digunakan untuk berkomunikasi dengan manusia! Anak kucing juga mengiau dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perhatian ibunya atau apabila mereka sejuk atau lapar. Kucing dewasa tidak mengiau antara satu sama lain. Jadi, apabila anda mendengar kucing anda mengiau, ingatlah yang kucing anda gemarkan ‘berbual’ dengan anda.

  • Purr

    Tidak dinafikan yang purr adalah bunyi yang sangat menonjol tetapi misteri di dalam bahasa kucing. Purr adalah bunyi gemuruh yang rendah yang tidak dibuat secara vocal tetapi dikeluarkan dari tekak. Tetapi perkara pertama yang anda perlu perhatikan, kucing akan purr apabila meraka gembira atau berpuas hati. Ibu kucing melakukan bunyi purr untuk memanggil anak-anaknya dan getaran daripada purr membantu anak-anaknya berasa santai dan tenang. Kucing sering mengekalkan sifat ini sehingga dewasa dan akan purr apabila mereka gembira dan menikmati kehadiran manusia kegemarannya. Purr juga membantu kucing menenangkan diri mereka semasa kesakitan.

  • Kicauan (Chattering)

    Kucing terkenal dengan kebolehan menyelinap belakang mangsanya. Jadi, adalah perkara biasa bagi kucing untuk mengeluarkan bunyi yang rendah dan kicauan untuk meniru bunyi burung apabila mereka mengintip burung di luar. Bunyi kicauan yang berbeza dihasilkan oleh getaran pantas rahang bawah juga merupakan tanda kekecewaan atau keseronokan. Ia menunjukkan kucing anda sedang bersedia untuk memburu lagi. Walau bagaimanapun, bunyi kicauan adalah sangat berbeza dengan bunyi getaran(trill) yang tinggi, bunyi yang dibuat oleh kucing untuk menyapa kucing lain atau ibubapa mereka. Bunyi menciap seperti kicauan adalah cara kucing anda menyatakan selamat pagi atau berjabat tangan.

  • Berdesis

    Desis adalah bunyi yang tidak mungkin dibuat oleh kucing peliharaan, tetapi jika anda mendengar kucing berdesis, berhati-hati dekatinya. Bunyi desis rendah biasanya bukan dianggap nada mesra tetapi menunjukkan sikap agresif dan kemarahan. Ia dibuat sebagai tanda amaran oleh kucing yang kecewa atau ketakutan. Berdesis biasanya adalah amaran yang diberikan kucing sebelum menyerang. Sekiranya kucing anda berdesis pada anda, pilihan bijak adalah membiarkannya bersendirian sehingga mereka tenang. Penting untuk mengetahui desis kucing apabila bercakap mengenai bagaimana cara berkomunikasi dengan kucing.

  • Yowl/Menangis

    “Yowl” adalah bunyi tangisan yang panjang dan berlarutan dilakukan oleh kucing menyerupai seperti tangisan manusia dalam bunyi dan tujuannya. Kucing biasanya mengeluarkan bunyi “yowl” untuk menunjukkan kesedihan dan kesakitan. Bunyi “yowl” yang ditarik keluar bermaksud ketidakselesaan fizikal, kesakitan, kekeliruan atau ketakutan, mungkin menunjukkan mereka kecewa dengan sesuatu. Jika kucing anda “yowl” untuk masa yang panjang, bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan untuk mengetahui komplikasi kesihatan tersembunyi daripada mengabaikannya.

Bagaimana untuk berkomunikasi dengan kucing?

Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara berkomunikasi dengan kucing, inilah caranya!  Sebagai kucing yang penyayang dan comel, kucing biasanya mengiau untuk berkomunikasi dengan manusia, sama ada meminta makanan atau perhatian ataupun semata-mata untuk membuatkan diri mereka didengari.

Ingat kucing adalah raja, jadi sekiranya kucing mengiau pada anda untuk memaparkan sifat mesra mereka dan mendesak anda untuk menggaru belakang telinga mereka, janganlah kecewakan mereka!

Walau bagaimanapun, jika kucing mengiau terlalu kerap, anda boleh melatih mereka supaya kurangkan mengiau dengan memberi ganjaran apabila mereka senyap, atau belai apabila mereka berhenti mengiau.

Selain daripada mengiau, kucing sering bergantung pada komunikasi bukan lisan untuk berkomunikasi dengan kucing dan manusia, seperti mengerlipkan matanya, menggerakkan ekor dan banyak lagi. Kelip perlahan biasanya menunjukkan bahawa kucing anda selesa dengan kehadiran anda dan merendahkan pengawasannya. Menaikkan ekor juga adalah tanda mesra, bermakna si comel teruja melihat anda, dan anda boleh bertindak balas dengan menggaru belakang telinganya. Tenungan, badan melengkung belakang, atau ekor di antara kakinya ditafsirkan sebagai tanda permusuhan – kucing anda kecewa atau takut dengan sesuatu, dan lebih baik jangan dekatinya sekarang.

Bagaimana untuk menenangkan kucing sedih/menangis?

Menenangkan kucing yang sedih memerlukan perhatian khusus, kerana persekitaran atau tingkah laku yang tertekan boleh menakutkan kucing anda. Tetapi mereka sentiasa boleh pulih dengan dengan kasih dan sayang yang mencukupi.

Kebiasaannya, lebih baik biarkan kucing yang sedih bersendirian supaya mereka boleh menenangkan diri. Tetapi jika kucing anda tidak menunjukkan tanda permusuhan dengan kehadiran dan menghargai anda berada dekat dengannya, anda sentiasa boleh berkomunikasi dengan kucing atau memeluknya untuk memberi perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan

Kucing yang jinak menghargai masa bersendirian semasa tertekan, jadi anda boleh biarkan mereka di sudut kegemarannya untuk seketika. Walau bagaimanapun, pastikan mereka diberi makan yang cukup dan terhidrat, tukar kotak pasir untuk membantu mereka tenang. Muzik kucing yang digubah khas juga boleh memberi kesan ketenangan pada kucing anda

Salah satu cara yang terbaik menenangkan raja atau permaisuri kucing yang sedih dengan memberikan mereka hidangan lazat untuk kucing Dan apabila bercakap mengenai makanan yang sedap, tiada yang lebih baik daripada makanan kucing premium daripada Sheba. Sheba menawarkan pelbagai jenis makanan kucing yang lazat, kaya nutrien untuk memenuhi perasaan si comel. Daripada makanan basah seperti Sheba Chicken Premium Loaf hingga ke hidangan harian seperti Perisa Sheba Melty Tuna & perisa Tuna dan Makanan Laut, kucing anda akan menjilat licin mangkuknya!

Soalan Lazim

 
  • Mengapa kucing saya membuat bunyi pelik?

    Jika kucing anda membuat bunyi pelik seperti “yowl” atau bunyi tangisan yang panjang dan berlarutan, ia mungkin petanda kucing kecewa atau tertekan. Memandangkan ia boleh bermaksud tekanan disebabkan perubahan persekitaran, ketidakselesaan fizikal. Bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan jika mereka “yowl” untuk tempoh yang lama. 

  • Apakah maksud kucing mencicip?

    Cicipan kucing adalah bunyi yang rendah dan merupakan cara yang biasa untuk menyapa manusia kegemarannya atau kucing lain. Sekiranya kucing anda mencicip apabila melihat anda, ia bermaksud “hello” dalam bahasa kucing. Anda boleh membalasnya dengan menggaru belakang telinganya. Kucing juga menggunakan suara ini untuk berkomunikasi dengan kucing lain.

  • Apakah suara kucing apabila sedih?

    Kucing dalam kesedihan akan mengeluarkan bunyi tangisan yang panjang dan berlarutan yang dikenali sebagai “yowl”. Kucing akan “yowl” untuk menyatakan kesakitan dan ketidakselesaan fizikal, serta untuk menunjukkan mereka kecewa, keliru, tertekan atau cemas. 

  • Bolehkah memahami apa ngiauan kucing?

    Kucing dewasa mengiau sebagai cara khusus untuk berkomunikasi dengan manusia. Walaupun mengiau tidak dikaitkan dengan maksud tertentu, ia adalah bahasa kucing yang inginkan perhatian daripada manusia yang dicintainya, menunjukkan keperluan untuk makan, pelukan atau sekadar berkomunikasi dengan anda. 

  • Apakah maksud apabila kucing menjilat anda?

    Kucing sering menjilat bersih diri sendiri, dan ibu kucing mendandan anak kucing dengan menjilat mereka. Jika si comel menjilat anda, anggap ia penghormatan tertinggi, bersamaan dengan ciuman manusia. Sekiranya kucing cuba mendandan anda dengan menjilat anda, ini bermakna mereka menganggap anda sebahagian daripadanya dan mendandan anda seperti anak-anaknya sendiri.

Artikel berkaitan:

SHEBA® BELI DALAM TALIAN

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah

SHEBA® BELI DALAM TALIANproduct

Klik untuk membeli daripada mana-mana peruncit di bawah