Resipi Sheba® Dipertingkat: Rasa Lebih Hebat, Nutrisi Lebih Baik
Soalan Lazim
-
Apa yang perlu dilakukan jika kucing tidak mahu makan resipi baharu?
Kami sangat menggalakkan peralihan diet secara beransur untuk membantu kucing menyesuaikan diri dengan resipi baharu dengan lebih selesa.
Peralihan diet yang betul biasanya mengambil masa kira‑kira 7 hari, mengikut panduan di bawah:
Hari 1–2: 25% makanan baharu + 75% makanan biasa*
Hari 3–4: 50% makanan baharu + 50% makanan biasa*
Hari 5–6: 75% makanan baharu + 25% makanan biasa*
Hari 7: 100% makanan baharu (sepenuhnya beralih)
*Jika makanan rutin Si Manja anda tidak tersedia, anda boleh beri makanan lain yang biasanya dimakan. Jika tiada, kami mengalakkan pilihan perisa serupa seperti 70g Sheba Pouch Ayam dengan Tuna dalam Kuah atau 70g Sheba Gourmet Cuisine Tuna Katsuobushi Lobak Merah dalam Kuah.
Jika kucing menjadi ragu‑ragu, makan kurang, atau enggan makan pada mana‑mana peringkat, jangan risau. Hanya kembali kepada campuran sebelumnya yang kucing selesa selama 2–3 hari, kemudian tambahkan semula bahagian Sheba® Can baharu secara perlahan. Pastikan air sentiasa tersedia.
Kucing boleh menjadi sensitif terhadap perubahan bau, rasa, atau tekstur. Kadangkala ini boleh menyebabkan muntah, cirit‑birit, atau enggan makan sementara. Peralihan perlahan membantu mengurangkan kesan ini dan menyokong keselesaan serta kesejahteraan kucing anda.
Jika kucing masih mengalami masalah perut atau sukar menyesuaikan diri walaupun selepas peralihan beransur, adalah lebih baik untuk hentikan pemberian makanan tersebut dan rujuk vet untuk nasihat lanjut.
Jika kucing hanya makan Sheba Can Sebahagian hidangan utama sebelum ini, apakah yang perlu dilakukan jika kucing tidak mahu makan resipi baharu?
Kami sangat menggalakkan anda terus cuba memberi kucing resipi baharu kerana ia kini lengkap dan seimbang. Hidangan lengkap dan seimbang membekalkan semua nutrien penting harian yang diperlukan oleh kucing — termasuk protein berkualiti, asid lemak, asid amino seperti taurina, vitamin dan mineral — untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang. Jika kucing menolak sesuatu varian, kami menggalakkan anda rcuba varian lain berasaskan Tuna dalam rangkaian Sheba Can untuk cari perisa yang paling digemari oleh Si Manjanya.
Apakah nutrisi lengkap & seimbang untuk kucing?
Memberi kucing anda nutrisi lengkap dan seimbang bermaksud makanan mereka menyediakan semua nutrisi yang diperlukan untuk kekal sihat setiap hari. Ia termasuk jumlah yang tepat protein berkualiti tinggi, vitamin penting, mineral, serta nutrien seperti taurina – asid amino penting untuk menyokong otot, imuniti, pencernaan dan kesejahteraan keseluruhan.
Sheba® Can diformulasi mengikut piawaian nutrisi yang diiktiraf, seperti profil nutrisi AAFCO, dan boleh diberi Sebahagian hidangan harian sendiri tanpa perlu makanan tambahan atau suplemen lain.
Apakah perbezaan yang mungkin saya nampak dengan resipi baharu?
Penambahbaikan telah dibuat pada resipi dan ramuan untuk memastikan makanan memberi 100% nutrisi lengkap dan seimbang kepada Si Manja, sambil meningkatkan rasa serta pengalaman makan. Semua ramuan mematuhi piawaian kualiti dan menyediakan nutrien penting selaras dengan profil nutrisi AAFCO serta Mars Petcare Essential Nutrient Specifications (MPENs).
Sebahagian daripada penambahbaikan ini, anda mungkin akan melihat sedikit perbezaan pada warna, tekstur, rupa kuah atau aroma berbanding resipi sebelumnya. Perbezaan ini dijangka dan merupakan hasil semula jadi daripada penambahbaikan nutrisi serta kemas kini ramuan untuk menyokong nutrisi lebih baik dan keseronokan makan kucing anda.
Produk ini selamat, berkualiti tinggi, dan direka untuk memberikan hidangan lazat kepada kucing anda setiap hari.