PENYAKIT MATA KUCING: PUNCA & PERAWATAN
Meskipun kucing umumnya akan menjurusi hayat yang sihat dan panjang, tetapi haiwan kecil ini masih terdedah kepada beberapa masalah kesihatan yang boleh membuat pemilik kucing berasa bimbang. Antara masalah kesihatan paling lazim yang dialami kucing ialah penyakit mata kucing, dan isu ini seharusnya ditangani dengan segera bagi mengelakkan kesakitan dan ketidakselesaan yang berkekalan untuk si manja anda.
Jangkitan mata biasanya diiringi dengan lelehan mata, kelipan mata yang tidak normal, kegatalan mata, dan perbuatan sering menggosok mata. Memandangkan deria penglihatan adalah sangat penting bagi kucing, maka kita haruslah peka agar masalah tersebut dapat ditangani dengan segera.
TANDA-TANDA JANGKITAN MATA BAGI KUCING

Jangkitan mata kucing boleh dikenal pasti dengan petanda seperti:
- Kelopak mata bengkak
- Kucing sakit mata berair
- Mengenyit atau sensitif terhadap cahaya
- Menggosok mata
- Ketumbuhan berhampiran mata
- Sering berlanggar dengan objek
- Kelopak mata ketiga (membran kelip) lebih ketara daripada biasa
- Perubahan warna mata
APAKAH PUNCA JANGKITAN MATA BAGI KUCING?
Terdapat beberapa sebab yang boleh membuat kucing sakit mata berair lalu menyebabkan keradangan pada bahagian mata, misalnya:
- Jangkitan saluran nafas atas:
Keradangan mata kucing atau jika mata kucing berair, mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran nafas atas daripada virus seperti kalisivirus kucing. Dan meskipun jangkitan saluran nafas atas bagi kucing merupakan sesuatu yang agak jarang, ia boleh menjadi semakin parah jika tidak diberi perhatian, dan akan diiringi dengan simptom-simptom seperti hidung berair, bersin, keradangan mata, dan pembentukan lelehan mata.
Biasanya serupa seperti jangkitan saluran nafas atas yang menyerang manusia dari segi simptomnya, jangkitan saluran nafas adalah lebih cenderung dialami oleh kucing berusia kecil serta anak kucing yang mempunyai sistem imun yang lemah, termasuk kucing yang terdedah kepada persekitaran berketekanan tinggi, lantas rawatan segera perlulah diberikan.
- Konjunktivitis:
Keradangan mata kucing yang juga membuat mata kucing berair boleh disebabkan oleh konjunktivitis, satu komplikasi lazim yang membuat konjunktiva atau kelopak mata dijangkiti atau meradang. Konjunktivitis merupakan satu isu kesihatan yang boleh berlaku beberapa kali dalam hayat seekor kucing.
Sementara konjunktivitis bagi kucing biasanya berpunca daripada habuk, debunga, hama, dan kutu, ia juga boleh disebabkan oleh perengsa fizikal, asap, bahan kimia, bakteria, dan alahan daripada ubat mata. Penyakit mata kucing yang berpunca daripada konjunktivitis mungkin akan kelihatan kemerahan, membengkak, mewujudkan lelehan mata, serta sensitif terhadap cahaya, justeru membuat si manja sering mengelip, mengenyit atau memejam matanya.
- Alahan:
Selain jangkitan saluran nafas atas dan keradangan konjunktiva, penyakit mata kucing yang membuat kucing sakit mata, membentuk lelehan mata, serta mengelip atau mengenyit mata adalah satu reaksi yang lazim apabila ia terdedah kepada agen alahan di persekitarannya. Kucing terdedah kepada pelbagai alergen seperti asap, debunga dan habuk yang boleh mencetus reaksi alahan, lalu menyebabkan kucing sakit mata berair atau kegatalan.
Meskipun tiada langkah yang boleh menjamin kucing anda menghindari alahan sama sekali, anda masih boleh membuat penyesuaian dalam gaya hidup si manja bagi mengurangkan pendedahan kepada alergen tertentu.
- Cakaran:
Kucing merupakan haiwan yang sangat riang, dan suka bermain secara kasar antara satu sama lain, yang melibatkan cakaran dan gigitan manja, justeru boleh menyebabkan kecederaan tanpa sengaja. Cakaran pada mata kucing yang disebabkan oleh kuku atau objek tajam juga boleh menjejaskan kondisi mata kucing.
Jika mata kucing anda telah dicucuk atau dicakar, anda haruslah mendapatkan nasihat pakar haiwan dalam kadar segera, kerana jika dilengahkan, ia boleh meningkatkan risiko kecederaan tersebut mula dijangkiti, malah boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dalam kes yang serius.
BAGAIMANA JANGKITAN MATA KUCING DIRAWAT?

Jangkitan mata boleh membuat kucing berasa sakit atau kurang selesa. Memandangkan kucing sangat bergantung kepada deria penglihatannya untuk aktiviti harian, penyakit mata kucing boleh menjejaskan gaya hidup si manja secara signifikan. Oleh itu, adalah penting untuk mematuhi prosedur rawatan yang bersesuaian jika kucing anda mengalami keradangan yang membuat kucing sakit mata.
- Jangkitan mata kucing boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atas kaunter, yang disediakan dalam bentuk titisan dan salap untuk digunakan terus pada mata kucing.
- Apabila kita bercakap tentang cara merawat kucing sakit mata, anda haruslah mengunjungi klinik haiwan untuk mengenal pasti apa yang menyebabkan kewujudan lelehan mata, iritasi, dan kesakitan, agar kucing anda boleh diberikan rawatan yang bersesuaian.
- Sementara ubat titis mata, antibiotik, dan salap adalah efektif untuk menangani masalah kucing sakit mata, tetapi ia hanya patut digunakan jika disyorkan sendiri oleh doktor haiwan.
BOLEHKAH JANGKITAN MATA KUCING DICEGAH?
Sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, memahami cara merawat kucing sakit mata jika kucing sakit mata adalah sangat penting, dan pasti ada yang akan bertanya sama ada penyakit mata kucing boleh dicegah. Kita boleh cuba mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan risiko si manja menghadapi masalah mata, tetapi tiada langkah pencegahan yang dapat menjamin masalah ini dielakkan seratus peratus.
Sebaliknya, berikut merupakan langkah terbaik yang anda boleh ambil jika anda perasan ada sesuatu yang tidak kena pada mata kucing anda, yang mungkin juga membayangkan punca kucing sakit mata yang tertentu, lalu anda boleh memulakan langkah cara merawat kucing sakit mata:
- Periksa jika terdapat tanda-tanda jangkitan mata pada kucing anda, seperti kemerahan, bengkak, mata berair, lelehan mata, sensitiviti dan perbuatan sering mengenyit.
- Elakkan kucing berkumpul dalam kelompok besar, terutamanya dengan kucing-kucing kecil yang lain.
- Sebagai langkah pencegahan, buat pemeriksaan kesihatan di klinik haiwan secara berkala.
- Pastikan jadual vaksinasi tahunan diikuti.